SENARAI KOLEKSI UCAPAN SALAM RAMADAN 2024(Selamat Berpuasa)

SENARAI KOLEKSI UCAPAN SALAM RAMADAN(Selamat Berpuasa)

UCAPAN SALAM RAMADAN

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadhan pada 23 Macl 2023 (Khamis) bersamaan 1 Ramadhan 1444 (Hijrah). Semestinya anda akan mencari teks ucapan samaada untuk update pada media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp, line dan sebagainya.Disini kami akan kongsikan kepada anda kata ucapan salam Ramadan dan anda hanya perlu copy dan paste sahaja pada status anda, semoga membantu.

 

MAKSUD BULAN RAMADAN

Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Setiap tahun, pada bulan Ramadan ibadah berpuasa biasanya berjalan selama 29 hingga 30 hari mengikut penetapan anak bulan. Tarikh tepat penetapan awal Ramadan ini berbeza setiap tahun kerana kalendar Islam Hijrah adalah berdasarkan fasa bulan.

 

PERISTIWA SEMASA RAMADAN

Turunnya al-Quraan. Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan; oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut, ayat 1 hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

 

AMALAN SEWAKTU RAMADAN

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

  • Puasa Ramadan
    • Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib
  • Solat Tarawih
    • Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.
  • Zakat Fitrah
    • Zakat fitrah ialah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya.
  • Aidilfitri
    • Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.

 

SENARAI KATA UCAPAN SALAM RAMADAN

Berikut adalah merupakan kata ucapan yang biasa digunakan bagi ucapan salam Ramadan iaitu:

  1. Marhaban Ya Ramadan 1444H, “Ya Allah, sejahterakanlah aku untuk Ramadan, dan sejahterakanlah Ramadan untukku, dan terimalah daripadaku segala amalan di sepanjang Ramadan ini”
  2. Salam Ramadan 1444H, “Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu” – Riwayat Al-Bukhari
  3. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan. Saya memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Semoga Allah mempermudahkan ibadah puasa kita tahun ini. Insya Allah.
  4. Selamat Menundaikan Ibadah Puasa Ramadan, Semoga ibadah & amal soleh kita diterima oleh Allah SWT
  5. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 2023, “Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah, keampunan, rahmat dan kebebasan daripada api negara. Semoga kita dapat memperbanyakkan doa dan amal soleh. Aaminn”
  6. Ramadan Mubarak, Selamat menyambut bulan Ramadan buat seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia
  7. Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak, “Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya yang terdahulu” – Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  8. Marhaban yan Ramadan, Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2023/1444H, Semoga amal ibadah kita diterima olehNya. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
  9. Tiada kata seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadan. Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang selalu berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Maaf Zahir Batin Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
  10. Sempena Bulan Ramada yang bakal tiba. Saya mohon kemaafan zahir dan batin. Semoga kedatangan bulan mulia ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.
  11. Marhaban ya Ramada 1444H/2023M, Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga diterima segala ibadah kita, serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh Allah SWT
  12. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, Saya menzahirkan ucapan Salam Ramadan al-Mubarak dan selamat mengerjakan ibadah puasa buat sekalian umat Islam di serata dunia.

 

SENARAI KATA UCAPAN SALAM RAMADAN ENGLISH

Berikut adalah merupakan kata ucapan salam Ramadan bagi versi inggeris iaitu:

  1. Ramadan is the best time of the year as it brings you closer to Allah. Ramadan Mubarak
  2. Marhaban Ya Ramadhan 1444H, “Wish you have a blissful Ramadan 2023. May the Rahmat of Almighty Allah shine upon you and your family always”
  3. May the spirit of Ramadan fill our homes and our hearts with joy, peace and happiness
  4. Sending love to you and your family this Ramadan. May all your prayers be answered and your fasting go smoothly
  5. Sending your family love and light during the holy time of Ramadan. We hope Allag grants you abundance, prosperity and strenght throughout the fast.

 

SENARAI  PANTUN RAMADAN

Berikut adalah merupakan koleksi pantun pada bulan Ramadan iaitu:

Bulan bercahaya terang angkasa,

Menerang alam segenap dermaga,

23 haribulan mula berpuasa,

Begitu telah ku duga.

Konsep madani ilham perdana,

Dianut rakyat berbilang bangsa,

Sebulat suara kita sekata,

Bulan ramadan disambut bersama.

Solat terawih di bulan Ramadan,

Ibadah sunat selepas puasa,

Suci dalam luar dan badan,

Tingkat takwa iman perkasa.

Di Pulau Panda menebar pukat,

Tempat berkelah pilihan bercuti,

Bulan Ramadan bulan berkat,

Berpuasalah seikhlas hati.

Main gajet membazir masa,

Jatuh serban di atas riba,

Mari bermasjid mari berpuasa,

Akhir Syaaban, Ramadan tiba.

Kalau Siang Ada Matahari,

Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan,

Mari Kita Mensucikan Hati,

Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “SENARAI KOLEKSI UCAPAN SALAM RAMADAN 2024(Selamat Berpuasa)”

  1. Nak tahu Kategori miskin BKC berapa RM aras pendapatan nya… ada kah sama dengan Aras pendapatan yang ditetapkan BPR 2021.

    Terima kasih

    Balas

Leave a Comment