PERMOHONAN KUARANTIN DIRUMAH ONLINE KKM(Request Home Quarantine)

PERMOHONAN KUARANTIN DIRUMAH ONLINE KKM(Request Home Quarantine)

KUARANTIN DIRUMAH ONLINE KKM

Bermula 21 September 2021, permohonan untuk menjalani kuarantin di rumah kini lebih mudah menerusi portal Home Quarantine Application (HQA) yang boleh diakses pengembara dari luar negara.

Portal yang menampilkan sistem lebih mantap tersebut telah dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Crisis Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

Kewujudnya portal HQA sebagai langkah penambahbaikan, pengurusan permohonan kuarantin di rumah itu dapat dilakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini. kami akan terangkan berkenaan permohonan online untuk kuarantin dirumah oleh KKM.

Tempoh Permohonan Sebelum Masuk Malaysia

Pengembara dari luar negara yang leah divaksinasi  boleh memohon untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman dalam tempoh 7-10 hari sebelum tiba di Malaysia.

Permohonan bagi ketibaan selepas 28 September boleh dibuat di portal khas yang boleh diakses menerusi laman rasmi KKM, www.moh.gov.my bermula 21 September.

 

Syarat-syarat Permohonan Kuaratin Di Rumah

Berikut adalah syarat kuaratin di rumah online kkm:

  • Untuk vaksin dos berganda: penerima mesti menerima dua dos lengkap di mana lebih daripada 14 hari telah berlalu sejak tarikh dos kedua
  • Untuk vaksin dos tunggal: yang mana lebih dari 28 hari telah berlalu sejak tarikh dos vaksin
  • Rumah atau kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko. Penilaian risiko dibuat berdasarkan:
  1. Bilangan orang di rumah atau kediaman tersebut
  2. Bilangan orang tua di rumah atau kebencian tersebut (berumur di atas 60 tahun)
  3. Bilangan anak di rumah atau kediaman tersebut (berumur di bawah 12 tahun)
  4. Bilangan orang dengan penyakit kronik di rumah atau kediaman tersebut
  5. Bilangan ibu mengandung di rumah atau kediaman tersebut
  6. Jumlah bilik di rumah atau kediaman tersebut
  7. Bilangan bilik mandi di rumah atau kediaman tersebut
  8. Jumlah bilik tidur dengan bilik mandi en suite di rumah atau kediaman tersebut

Cara Permohonan Kuaratin Di Rumah Secara Online KKM

Permohonan online untuk kuarantin dirumah oleh KKM., sila rujuk langkah di bawah:

  • Klik laman web https://ecovid19.moh.gov.my/
  • Pilih menu Home Quarantine Application
  • Isikan maklumat pengembara dengan lengkap.
  • Muatnaik semua dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Dokumen yang telah dihantar akan disemak. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima notifikasi untuk tindakan lanjut.

 

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia atau laman sosial KKM di sini: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan sistem, sila e-mel kepada:
[email protected]

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan data, sila e-mel / hubungi:
CPRC Kebangsaan KKM

  • Telefon : 03 8881 0200/03 8881 0600/03 8881 0700
  • Whatsapp : +60178429454
  • Email : [email protected]
  • Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang

Semoga perkongsian permohonan online untuk kuarantin dirumah oleh KKM ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain

APDM 2023 (Cara Kemaskini Data Vaksinasi & Pelaporan Covid-19)

Leave a Comment