SPOTME LOGIN (Cara Guna Sistem Pemantauan Operasi Tugas Penjawat Awam)
Kepada penjawat awam, semestinya anda pernah mendengar dan mengguna sistem Spot-Me. Bagi yang pertama kali ingin menggunanya, seharusnya perlu mengetahu cara login sistem ini. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU SPOTME
Sistem Pemantauan OperasI Tugas atau SPOT-Me merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan bagi kakitangan sektor awam. Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan secara dalam talian menerusi pelayar web yang pelbagai. Dengan menggunakan sistem ini juga, pegawai yang berperanan sebagai Penyelia boleh memantau tugasan pegawai di bawah seliaannya secara harian.
FUNGSI SPOTME
Sistem ini berfungsi sebagai sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web.
OBJEKTIF SPOTME
Berikut adalah merupakan okjektif perlaksanaan sistem ini iaitu:
- Merekod waktu daftar masuk dan keluar di pejabat atau dari mana-mana lokasi
- Mengurus isu kehadiran pegawai
- Menjana transaksi kehadiran pegawai.
- Memantau tugasan pegawai di bawah seliaan.
TEMPOH PERLAKSANAAN SPOTME
Spot-Me diperkenalkan secara berperingkat kepada pelbagai agensi kerajaan.bermula apda tahun 2020 dan dicadangkan untuk peluasan penggunaannya di agens kerajaan yang lain.
PANDUAN PEKELILING PERLAKSANAAN SPOTME
Pembangunan sistem ini adalah selari dengan peraturan semasa dan mematuhi pekeliling-pekeliling berkaitan kehadiran dan waktu bekerja, seperti yang berikut:
- Surat Pekeliling Am Bil. 1/2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan
- Pekeliling Perkhid. Bil. 11/2017 – Pelaksanaan Kebenaran Keluar Awal Satu Jam kepada Pegawai Wanita Mengandung
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2019 – Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan
- JPA SARAAN(S) 256/6/31 JLD. 6(2) – Arahan Bekerja Dari Rumah
PERINGKAT PERLAKSANAAN SPOT-ME
Status pelaksanaan di peringkat kementerian/agensi yang bermula pada tahun 2020:
- MAMPU 8/2020
- JPA 11/2020
- UKAS 12/2020
- JPJ 1/2021
- MOT 2/2021
- CAAM 3/2021
- I-LEAD 3/2021
- MARDI 2/2021
- JAWHAR 2/2021
CARA UNTUK AKSES SPOTME
Spot-Me boleh diakses dengan menggunakan pelbagai peranti seperti:
- Laptop
- Komputer
- Peranti mudah alih
CARA LOGIN SPOTME
Berikut adalah merupakan panduan cara log masuk bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara akan dibekalkan oleh pentadbir sistem kepada pengguna kali pertama
- Layari pautan LOG MASUK Spot-Me
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda
- Seterusnya klik Login. Anda telah berjaya log masuk ke dalam akaun anda
CARA GUNA SPOTME
Untuk panduan penggunaan sistem ini akan dikemaskini kemudian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem Spot-Me ini, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://www.spotme.gov.my/#hero
ARTIKEL LAIN
PPSR 2023 (Semakan Keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Tahun 6)
1 thought on “SPOTME LOGIN (Cara Guna Sistem Pemantauan Operasi Tugas Penjawat Awam)”