Cara Pindah Data Whatsapp Ke Hp Baru (Ios ke Android)

Cara Pindah Data Whatsapp Ke Hp Baru (Ios ke Android)

cara pindah data whatsapp

WhatsApp akhirnya mengeluarkan kemaskini silang platform, yang membolehkan pengguna bertukar peranti antara iOS dan Android dengan mudah. Pengguna Iphone kini dapat pindah data Whatsapp mereka ke telefon Samsung dengan mudah.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh memindahkan sejarah sembang termasuk nota suara, gambar, serta perbualan dengan mudah dan selamat. Ia akan boleh digunakan dahulu oleh pengguna Android bermula dengan peranti baru Samsung iaitu Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Bermakna, untuk awal ini pengguna boleh memindahkan data iOS kepada Android, dan kemudian baru boleh memindah data Android ke iOS.

Seterusnya dalam beberapa minggu akan datang, peranti Samsung yang menjalankan sistem operasi Android 10 dan ke atas akan menerima fungsi pemindahan data silang platform ini.

Jika anda mahu bertukar ke telefon baru Samsung sekarang, anda dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Samsung Smart Switch untuk pemindahan data daripada telefon lama termasuk WhatsApp, dengan lancar. Anda boleh ikuti cara pindah data whatsapp yang telah disediakan.

 

Persediaan Sebelum Pindah Data Whatsapp Iphone ke Samsung

Berikut adalah panduan ringkas sebelum anda membuat pemindahan data tersebut, anda perlu pastikan:

  • Aplikasi Samsung SmartSwitch versi 3.7.22.1 atau ke atas dipasang di peranti Samsung baru
  • Aplikasi WhatsApp iOS versi 2.21.160.17 atau ke atas di iPhone lama
  • Aplikasi WhatsApp Android versi 2.21.16.20 atau ke atas dipasang di peranti Samsung baru
  • Kabel USB-C ke Lightning
  • Menggunakan nombor telefon yang sama di peranti lama dan baru
  • Peranti Samsung mestilah masih baru dalam tetapan lalai kilang, atau direset semula

 

Cara Pindah Data Whatsapp Iphone ke Samsung

Anda hanya perlu ikuti Langkah-langkah dibawah untuk proses Pindah Data Whatsapp Iphone ke Samsung :

  1. Hidupkan telefon pintar Android dan sambungkan kabel kepada iPhone apabila diminta
  2. Turuti langkah yang dimaklumkan di dalam aplikasi Samsung Smart Switch
  3. Imbas kod QR di peranti baru Samsung apabila diminta, menggunakan kamera iPhone
  4. Tekan ‘Start’ di iPhone, dan tunggu sehingga proses selesai
  5. Teruskan membuat tetapan di telefon baru Samsung
  6. Apabila tiba di paparan utama, buka WhatsApp dan daftar masuk menggunakan nombor telefon yang samaTekan Import apabila diminta, dan tunggu sehingga proses selesai
  7. Lengkapkan pengaktian di peranti Samsung baru dan nantikan semua perbualan kembali di telefon Samsung baru
  8. Perlu diingatkan bahawa, semua data di telefon lama iPhone masih tersimpan di sana, melainkan anda membuang ada mereset semual telefon tersebut.

 

Pengurus Produk WhatsApp, Sandeep Paruchuri berkata, “Mesej WhatsApp anda adalah milik anda. Kerana itu ia disimpan di dalam telefon anda secara lalai dan tidak boleh diakses di awan seperti perkhidmatan permesejan lain. Kami sangat teruja buat pertama kalinya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan data Whatsapp pengguna dengan selamat, dari satu sistem operasi kepada yang lain. Ini telah menjadi satu fungsi yang diminta ramai sejak bertahun-tahun dan kami telah bekerjasama dengan pembangun sistem operasi dan pengeluar peranti untuk menyelesaikannya.”

Semoga perkongsian cara pindah data whatsapp ini memberikan manfaat kepada anda semua

 

Artikel Lain : Cara Buat Folder Telegram Whatsapp Chat

 

Leave a Comment