Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASB (ASNB)

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASB (ASNB)

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASB

Suatu tika dahulu, urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter – kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Segala urusan penambahan atau penjualan semula saham perlu dilakukan melalui kaunter dan perlu menggunakan buku akaun simpanan milik individu. Setiap pelanggan ASB perlu menunggu lama sekiranya ingin membuat urusan ASB di kaunter terutamanya selepas dividen diumumkan pada awal tahun. Para pelanggan akan mula membanjiri cawangan – cawangan kaunter ASB dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Namun, dunia yang semakin maju menuju ke hadapan dengan segala teknologi yang canggih dan terkini telah membawa begitu banyak perubahan. Kemajuan teknologi ini juga turut memberi impak kepada urusniaga ASB. Pelanggan ASB tidak perlu lagi bersesak di kaunter hanya untuk membuat penambahan saham. Dengan hanya klik dalam sistem perbankan, nilai pelaburan boleh ditambah dengan mudah. Walau bagaimana pun, sistem ini tidak membenarkan pelanggan membuat penjualan saham secara online. kami akan kongsikan cara Transfer Duit Maybank2u ke akaun ASB dengan mudah dan selamat.

 

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASNB

Berikut adalah Langkah-langkah untuk Transfer Duit dari Maybank2u ke akaun ASB yang perlu anda ikuti:

 

  1. Login ke Maybank2u
  2. Pergi ke “Pay & Transfer”

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASB (ASNB)

  1. Tekan “Transfer”
  2. Pilih “From To: Preferred Account” dan “Transfer To: ASNB Accounts”

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Akaun ASB (ASNB)

  1. Pilih Akaun ASNB yang kita nak transfer
  2. Masukkan nilai wang di bahagian “Transfer Amount”

d3

  1. Tekan ✓ pada “Terms and Conditions”
  2. Pilih “Transfer” untuk meneruskan proses

d4

  1. Semak dan tekan “Confirm” untuk sahkan transaksi.
  2. Selesai

*Jika kita nak transfer ke akaun ASB orang lain, perlu key in nombor ASB dan pilih “New Transfer”.

 

Cara Semak Baki ASB Guna Maybank2u

  1. Daftar / Login Maybank2u seperti biasa
  2. Baki akaun Maybank terkini akan dipaparkan
  3. Scroll ke sebelah kanan sekali iaitu di bahagian WEALTH
  4. Di bahagian WEALTH ini akan dipaparkan ASNB ACCOUNT
  5. Tekan VIEW. Semua akaun ASB kita akan dipaparkan beserta dengan nombor akaun.
  6. Klik pada akaun ASB yang ingin disemak. Perincian baki, dividen dan 5 transaksi terakhir di ASB akan dipaparkan.

Semoga perkongsian cara Transfer Duit dari Maybank2u ke akaun ASB ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel lain: Cara buat payment guna Maybank2u

Leave a Comment