SENARAI CADANGAN HADIAH KAHWIN (Sesuai Untuk Pengantin Baru)

SENARAI CADANGAN HADIAH KAHWIN (Sesuai Untuk Pengantin Baru)

hadiah kahwin

Bila tiba cuti sekolah, perkara biasa yang terjadi adalah majlis perkahwinan di sana sini. Memberikan hadiah semasa majlis perkahwinan adalah satu perkara normal dalam masyarakat kita.

Ramai yang masih tercari-cari hadia apa yang sesuai untuk diberikan kepada pengantin. Memberikan hadiah yang istimewa untuk pengantin baru seperti satu tradisi yang mana sehingga sekarang ramai yang melakukannya, lebih-lebih lagi seseorang yang tersangat special di mata kita.

Kami akan kongsikan beberapa idea hadia perkahwinan yang sesuai dan berpatutan kepada para pengantin di luar sana.

 

  1. Peralatan Elektronik

hadiah kahwin

Pengantin mana tak gembira kalau dapat barang elektronik kan? Dengan harga barang yang mahal mungkin terus hilang penat pengantin.

Kalau dulu, orang ramai suka bagi pembakar roti, blender dan hand mixer. Tapi sekarang ni dah modern. Banyak peralatan elektrik yang unik bahkan mampu milik lagi. Jadi antara barang elektronik yang boleh dijadikan hadiah kahwin adalah:

  • Vakum wireless
  • Waffle maker
  • Pengisar jus buah-buahan
  • Coffee maker
  • Water Dispeser

 

  1. Barangan Ikea

aa

Ikea juga menjual produk-produk yang berkualiti tinggi dari barangan dapur, set pinggan mangkuk, untuk bilik tidur, perabot yang cantik, hiasan rumah, segala jenis lampu dan banyak lagi.

Kebanyakan barangan Ikea boleh anda beli untuk membuat kejutan dan kelainan kepada pengantin kerana selain kualiti serta rekaan yang menarik, harga juga ada yang murah samada bawah RM50, RM100 atau RM200 dan seterusnya.

Antara barangan-barangan yang pasti akan menarik minat anda untuk membelinya adalah seperti yang dikongsikan di bawah, pilihlah yang mana sesuai dari segi harga dan kesesuaian:

 

  • Set meja makan IKEA
  • Gelas dan cawan
  • Hiasan lampu tidur
  • Bekas rempah IKEA
  • Set kutleri
  • Set cadar dan tilam
  • Aksesori bilik mandi
  • Perabot kecil
  • Tempat letak kasut etc
  • IKEA Clothes Rack

 

Sebenarnya, masih banyak hadiah-hadiah yang boleh didapati daripada jenama IKEA, walau bagaimanapun, senarai yang dikongsikan adalah sekadar cadangan berdasarkan kualiti dan harga yang berpatutan.

Jika ada barangan yang berkenan di hati, anda tidak perlu pergi ke IKEA untuk mendapatkannya kerana anda boleh beli secara online sahaja melalui link yang kami kongsikan ini : https://www.ikea.com/my/en/

 

  1. Perkakas Dapur

hadiah kahwin

Kalau nak dapur berasap lepas kahwin mestilah kena persiapkan perkakas untuk memasak kan?

Jadi apa salahnya kalau kita hadiahkan sekali dengan alatan memasak. Walaupun bunyinya tidak berapa unik tapi zaman sekarang ni macam-macam rekaan tau kuali, periuk dan segala macam jenis senduk.

Buka sahaja laman membeli-belah online, macam-macam jenis perkakas dapur kita boleh jumpa. Nak yang warna-warni pun ada tau. Barulah nampak eksklusif.

Kalau anda dengan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk kongsi duit. Boleh lah beli perkakas dapur dan berjenama mewah macam Vantage ataupun Corelle. Mesti teruja pengantin nanti.

 

  1. Hamper Makanan

Nak hadiah unik kan? Haa yang ini memang paling unik punya!

Apa kata kita bagi hamper makanan pula. Bukan hamper macam zaman hari sukan sekolah dulu. Kali ini kita beri kelainan dan biar bersesuaian dengan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Untuk hadiah hamper makanan ini, anda boleh beri bahan masakan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa idea hamper makanan yang boleh diberikan kepada pengantin;

  • Rempah ratus
  • Produk tin; susu, laici, sardin
  • Kicap, sos cili, sos tiram
  • Beras, tepung, gula
  • Kopi dan teh

Haa walaupun nampak macam bantuan mangsa banjir, tapi tak salah pun. Barulah unik kan! Yang penting berilah produk yang ada jenama. Balut hadiah ni pun cantik-cantik tau.

 

  1. Hadiah Kahwin Hiasan Rumah

Settle bahagian dapur. Ini pula idea hadiah kahwin yang bukan sahaja unik malah istimewa. Kalau dapat hadiah hiasan rumah ni memang senyum lebar pengantin.

Antara hiasan rumah customize yang popular sekarang adalah;

  • Pokok palsu
  • Lampu hiasan
  • Jam dinding

 

  1. Alatan Senaman

Naik berat lepas kahwin ni memang sinonim lah kan. Ada sahaja orang yang akan mengusik pasangan pengantin. Katanya “lepas kahwin nanti naiklah berat badan tu!”

Jadi kalau anda rakan yang prihatin, hadiakan mereka alatan bersenam. Tidak perlu mesin-mesin yang mahal macam dekat gym tu. Cukup dengan alatan-alatan yang boleh digunakan untuk bersenam di rumah.

Berikut merupakan beberapa idea alatan bersenam yang sesuai dijadiikan hadiah;

  • Dumbbell
  • Tali Skipping
  • Tikar Yoga
  • Bola Yoga
  • Alatan sukan: Racket Badminton

 

  1. Bahan Bacaan Sebagai Hadiah Kahwin

Membaca itu jambatan ilmu. Jadi tak salah kalau lepas kahwin ni kita banyakkan membaca betul tak?

“Nak bagi buku apa untuk orang baru kahwin?”

Sebenarnya buku apa-apa pun sesuai, janji pengisiannya bermanfaat. Mungkin ini antara buku yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin;

  • Fiqh Perkahwinan
  • Majalah Keluarga
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Panduan Perkahwinan
  • Nama-nama Anak

 

  1. Barang Kelengkapan Bilik

Haa jangan lupa ada satu lagi hadiah unik yang anda boleh pertimbangkan. Ya! Barang kelengkapan bilik tidur.

Barang-barang untuk bilik tidur ni berguna tau. Mungkin kalau dapat banyak, boleh digunakan untuk bilik-bilik lain selain bilik pengantin. Yang penting memang sesuai dan berbaloi.

Ini 5 idea kelengkapan bilik yang boleh dijadikan hadiah;

  • Karpet
  • Set cadar
  • Langsir
  • Bantal
  • Barang ibadah seperti sejadah dan rehal

 

  1. Hadiah Kahwin Rare

Idea hadiah kahwin yang terakhir sekali adalah hadiah yang rare!

Kenapa rare? Sebab hadiah ni kita sendiri yang design untuk pengantin. Barulah ada nilai sentimental.

Yang bestnya, hadiah ni boleh customize tau. Cakap sahaja yang buat design apa, gambar pengantin, ucapan ringkas atau apa sahaja rekaan anda sendiri kini semuanya tersedia.

Setiap rekaan yang anda inginkan boleh dijadikan hadiah yang bermanfaat. Antara jenis hadiah tersebut adalah;

 

Artikel Lain : Senarai Mesin Dryer Terbaik

1 thought on “SENARAI CADANGAN HADIAH KAHWIN (Sesuai Untuk Pengantin Baru)”

Leave a Comment