Cara Buat Bill Payment Guna Maybank2u (Bayar Bil TNB/Astro & Lain-Lain)

Cara Buat Bill Payment Guna Maybank2u (Bayar Bil TNB/Astro & Lain-Lain)

Bill Payment Maybank2u

Dah penat nak beratur di kaunter untuk bayar bil-bil utility, lagi-lagi sekarang musim pandemic covid. Lagi lah malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai.

Sedarlah, belum terlambat untuk menggunakan cara yang jauh lebih mudah dan selamat.

Ya! Semuanya di hujung jari sahaja. Kini dengan membuat bayaran atas talian boleh membantu anda menjimatkan masa serta memudahkan urusan kerja.

Dengan Maybank2u anda dapat membuat bill payment tanpa ragu-ragu. Hanya mengikuti beberapa Langkah mudah, urusan anda pasti selesai.

Cara Buat Bill Payment TNB Dengan Maybank2u

Pertama sekali sudah tentu anda perlu membuka aplikasi Maybank2u. Pastikan anda memasukan username dan kata laluan dengan betul.

  1. Seterusnya setelah login, anda Klik pada “Pay” yang berada di bahagian bawah pada paparan tersebut.

Cara Buat Bill Payment Guna Maybank2u

  1. Anda perlu klik pada nombor akaun anda
  2. Pilih pada “New Payee”
  3. Disini anda klik pada Tenaga Nasional Berhad.

aa1

  1. Jangan lupa masukan nombor akaun TNB dan klik continue
  2. Seterusnya sila masukan jumlah amaun bayaran yang ingin anda bayar

Cara Buat Bill Payment Guna Maybank2u

  1. Pastikan anda semak semua butiran adalah betul dan klik “Confirm and Transfer”.

cb4

  1. Klik pada “Approve”
  2. Transaksi sudah Berjaya. Anda boleh download resit jika perlu sebagai bukti pembayaran.

 

Cara Buat BillPayment Astro Dengan Maybank2u

 Ramai penduduk Malaysia melanggan perkidmatan Astro, anda boleh ikuti Langkah berikut  untuk pembayaran bil

  1. Anda perlu login ke Maybank2u
  2. Pastikan anda memasukan username dan password dengan betul
  3. Seterusnya setelah login, anda Klik pada “Pay” yang berada di bahagian bawah pada paparan tersebut.
  4. Anda perlu klik pada nombor akaun anda
  5. Pilih pada “New Payee”
  6. Disini anda klik pada Astro
  7. Jangan lupa masukan nombor akaun TNB dan klik continue
  8. Seterusnya sila masukan jumlah amaun bayaran yang ingin anda bayar
  9. Pastikan anda semak semua butiran adalah betul dan klik “Confirm and Transfer”.
  10. Klik pada “Approve”
  11. Transaksi sudah Berjaya. Anda boleh download resit jika perlu sebagai bukti pembayaran.

Dengan kemajuan teknolgi dan penggunaan aplikasi atas talian telah menjadikan urusan kita lebih pantas dan mudah. Semoga perkongsian cara bayar bill payment guna Maybank2u ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara Reset Password Maybank2u

1 thought on “Cara Buat Bill Payment Guna Maybank2u (Bayar Bil TNB/Astro & Lain-Lain)”

Leave a Comment