CONTOH SOALAN KBAT(Cara Bina Soalan KBAT Matematik/Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu)

CONTOH SOALAN KBAT(Cara Bina Soalan KBAT Matematik/Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu)

contoh soalan kbat

Contoh soalan KBAT panduan kepada guru untuk membuat soalan dan juga murid untuk memahami soalan KBAT. Bagi menghadapi persaingan masa kini, Kementerian Pendidikan sangat memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan.

 

Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistemik. KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.

 

Jadi kepada ibubapa mahupun pendidik atau para pelajar, kami disini cuba membantu semampu mungkin dengan berkongsi kepada anda contoh soalan KBAT yang telah disediakan untuk memudahkan anda membuat ulangkaji dan panduan untuk membina soalan KBAT dengan kata kunci yang betul. Budayakan membaca, tanpa ilmu siapalah kita.

 

Apa Itu KBAT

Dipetik daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Hal ini adalah berkaitan dengan perkembangan dunia pendidikan pada zaman kini. Melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran KBAT adalah sangat penting dalam membina negara bangsa.

 

Nilai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran berfikir perlu didasarkan kepada nilai yang ada pada murid itu sendiri bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang sewajarnya. Murid yang mengamalkan nilai secara mampan mampu mempamerkan perwatakan yang mulia, berkeperibadian yang tinggi dan melaksanakan tanggungjawab serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Nilai tersebut merangkumi kerohanian, berperikemanusiaan, bersemangat patriotik, berintegriti, bertanggungjawab dan bersatu padu.

 

Fokus Kemahiran Berfikir Murid

Seiring dengan keperluan kompetensi global, setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran berfikir termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. contoh soalan KBAT. Pelaksanaan PdP yang kurang memberikan penekanan kepada kemahiran tersebut menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif dalam kehidupan seharian. Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran Berfikir adalah keupayaan menggunakan minda bagi menghadapi sesuatu situasi dan membuat keputusan melalui penaakulan. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.

 

Bentuk Soalan KBAT

Untuk membina soalan KBAT terdapat beberapa elemen dan kata kunci yang perlu anda fahami untuk diaplikasikan dalam soalan tersebut. Berikut merupakan tahap KBAT yang dinilai daripada mengingat hingga mencipta. Untuk lebih lengkap, rujuk gambarajah seperti dibawah :

 CONTOH SOALAN KBAT

Anda boleh merujuk pautan ini untuk maklumat lebih lanjut: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/kbat/1336-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-aplikasi-di-sekolah-2014/file

Kunci Membina Soalan KBAT

Untuk itu, berikut adalah kata kunci penting bagi membina soalan KBAT :

  1. MENGINGATI

Nilai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

2. MEMAHAMI

 CONTOH SOALAN KBAT

3. MENGAPLIKASI

 CONTOH SOALAN KBAT

4. MENGANALISIS

 CONTOH SOALAN KBAT

5.  MENILAI

NILAI

6. MENCIPTA

CIPTA

Semoga perkongsian tentang contoh soalan KBAT ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain: Permohonan Subsidi Yuran Taska 2022

Leave a Comment