UJIAN i-MEDSI SESI 2024/2025(Semakan Panggilan Tips Lulus)

Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Tips Temuduga

UJIAN i-MEDSI

Perhatian untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf yang telah membuat permohonan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI atau Universiti Awam (UA) yang lain, anda kini boleh membuat semakan panggilan ujian MEdSI. Berikut dikongsikan maklumat penting ini serta panduan temuduga, semoga membantu.

 

Apa itu Ujian MeDSI

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia – Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam

Untuk makluman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah penyelaras kepada Ujian iMeDSI untuk kemasukan ke UA. Selain calon UPSI, calon UA lain yang terlibat adalah dari UUM, UM, UiTM, UTHM, USM, UPM, UKM dan UiAM.

 

Tujuan Ujian MEdSI

Soalan dalam ujien ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya seperti:

  1. Personaliti
  2. Minat kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi

 

Tarikh Semakan Panggilan Ujian MedSI

Semakan panggilan ujian iMEdSI sesi akademik 2024/2025 boleh dibuat bermula 07 Mei 2023 (Selasa), 5.00 Petang

 

Cara Semakan Ujian MEdSI UA

I) PROGRAM PENDIDIKAN

Semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM
**Calon perlu mengikuti tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

II) PROGRAM BUKAN PENDIDIKAN

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian (#), boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan:

Sila hubungi UA terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Format & Contoh Soalan Ujian MEdSI

Fromat ujian ini merangkumi 300 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian mengikut pecahan seperti berikut iaitu:

  1. Bahagian Personaliti – 110 item
  2. Bahagian Kerjaya –  60 item
  3. Bahagian Integriti – 70 item
  4. Bahagian Emosi – 60 item

Berikut adalah merupakan beberapa contoh soalan ujian mengikut bahagian:

Bahagian PersonalitiSaya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Bahagian KerjayaTidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Kerja ada sesuatu sistem yang teratur

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Bahagian IntegritiJika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Kecerdasan EmosiApa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Klik: Contoh soalan dan tips menjawab

 

Tips Temuduga Ujien MEdSI

  • Ketika sesi temuduga, pastikan anda kekal tenang menjawab soalan dan ini akan menampakkan anda seorang calon yang berkeyakinan tinggi.
  • Sentiasa jadi diri sendiri dengan bersikap jujur menjawap setiap soalan yang diberikan.
  • Ambil masa berfikir selama beberap saat sebelum menjawab soalan yang diberikan kerana tidak ada gunanya anda menjawap jawapan dengan pantas tapi jawapan yang diberikan merapu-rapu.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan Semakan ujien MedSI & Temuduga UPSI atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi:

  • BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK (BHEA)
    ARAS 1, BLOK C,
    KOMPLEKS AKADEMIK,
    KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH (KSAS),
    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
    35900 TANJUNG MALIM, PERAK.
  • TEL (Pejabat) : +6015 – 4879 7981/7982/7985/7973
    HOTLINE (BHEA) : +6011 – 6107 0648

Artikel Lain:

1 thought on “UJIAN i-MEDSI SESI 2024/2025(Semakan Panggilan Tips Lulus)”

Leave a Comment