Cara Guna MAE MAYBANK(Bayar/Transfer Duit/Semak Perbelanjaan)

Cara Guna MAE MAYBANK(Bayar/Transfer Duit/Semak Perbelanjaan)

cara guna mae maybank

Anda seorang pengguna tegar Maybank? Segala urusan transaksi harian memang guna Maybank. Kadang-kadang sehari berpuluh kali kita buka apps M2U tu untuk buat transaksi. Tak kira lah sama ada untuk bayar barang guna QR Pay ke, check balance ke.

Kini Maybank telah memperkenalkan e-wallet mereka sendiri yang dikenali sebagai MAE. MAE boleh digunakan oleh pengguna Maybank dan pengguna bank lain juga. Ia mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Banyak sebenarnya kegunaan Maybank MAE selain daripada untuk transfer duit semata-mata.

MAE menggunakan kaedah pembayaran ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi masa kini.  Jom kita lihat cara-cara guna e-wallet Maybank MAE untuk panduan kita semua.

Apa itu MAE Maybank?

MAE ni e-wallet. Dulu MAE ni ada dalam apps M2U, tapi sekarang Maybank dah buat apps MAE itself untuk memudahkan lagi urusan seharian anda. MAE ni berganda lagi best sebab dia ada banyak sangat features yang membantu anda urusan kewangan anda. Kita boleh bezakan duit mana nak guna untuk cash, duit mana nak guna untuk cashless (e-wallet) dan paling best, duit mana nak simpan, dalam tabung yang berbeza-beza. Haa, banyak kan function dia?

Apa kelebihan MAE Maybank?

Selain dari manage duit anda dalam MAE, anda juga boleh bayar guna QR Pay, bayar bil, transfer duit, reload dan macam-macam lagi lah sama seperti M2U. Menariknya, dekat MAE anda boleh track amount yang anda spent di Spending Summary ni. Semua dia tulis situ. Maka senang lah anda nak pantau perbelanjaan anda.

 

Cara bayar guna MAE Maybank

Sekiranya anda berada di lokasi anda dan ingin membuat pembayaran menggunakan kaedah QR code, MAE akan memudahkan urusan pembelian anda. Hanya ikut langkah di bawah ini.

  1. Anda perlu buka aplikasi MAE anda dan klik pada “Money Out”.
  2. Setelah itu anda perlu memilih untuk membayar dengan QR ataupun klik pada butang “Pay With QR”.  Seperti yang dihuraikan sebentar tadi, MAE menggunakan kaedah pembayaran “cashless”.
  3. Kemudian, anda perlu ke tempat pembayaran yang mempunyai tempat untuk anda ”scan QR code” anda. Pergi sahaja ke ruangan QR codeyang disediakan dan scan menggunakan aplikasi MAE anda tadi.
  4. Setelah anda scan, masukkan nilai yang ingin anda bayar untuk tujuan pembelian anda sebentar tadi pada ruangan “Enter Amount”.
  5. Kemudian tekan butang “OK” dan sekiranya transaksi anda berjaya anda akan dapat mesej yang menyatakan pembayaran anda “Successful”.
  6. Selesai sudah urusan pembayaran anda menggunakan MAE QR code payment.

Setelah selesai membahas tentang cara guna MAE Maybank, anda juga perlu tahu bahawa MAE Maybank juga menyediakan banyak fungsi-fungsi (features) yang menarik untuk para pelanggan dan pengguna aplikasi MAE Maybank.

 

Cara transfer duit MAE Maybank e-wallet ke akaun lain

Dengan MAE, anda boleh transfer duit ke mana-mana akaun bank. Sebagai contoh jika anda bukan seorang pengguna Maybank, namun anda menggunakan aplikasi MAE Maybank ini dan anda ada top up masuk sejumlah wang ke dalam e-wallet MAE anda, anda boleh transfer duit daripada e-wallet anda ke akaun bank anda yang lain. Hebat kan!

  1. Tekan fungsi Transferpada paparan MAE anda.
  2. Masukkan kata laluan anda
  3. Pilih sama ada anda ingin membuatInstant Transfer ataupun DuitNow.
  4. Setelah memilih anda perlu ke paparan berikutnya di mana anda perlu memilih bank yang anda ingintransfer duit e-wallet anda sebentar tadi.
  5. Masukkan account numberdan jumlah yang ingin anda transfer.
  6. Masukkanrecipient reference dan tekang butang
  7. Pilihfunds transfer dan klik
  8. Baca maklumat dengan betul dan klik Transfer Now.
  9. Anda perlu klik butang Approvepada paparan berikutnya.
  10. Selesai urusan anda.

 

Cara keep track of expenses dan semak perbelanjaan anda Guna MAE Maybank

Sebagai contoh jika sudah hujung bulan dan anda ingin membuat semakan untuk kesemua perbelanjaan anda, anda tidak perlu lagi untuk view statement pada akaun bank anda.

Anda hanya perlu klik pada Spending Summary pada aplikasi MAE Maybank anda. Di sana anda akan dapat melihat perbelanjaan bulanan anda dengan sangat-sangat terperinci dan dapat memudahkan urusan anda untuk menyemak perbelanjaan harian dan bulanan anda.

 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Pertama sekali, anda kena tahu anda nak buat tabung ni untuk simpan duit apa. Kalau dah tau tabung apa yang anda nak simpan, anda boleh Create Tabung dan pilih options yang ada. Anda boleh letak nama tabung anda sendiri.

Kemudian pilih bila anda nak mula menabung dan bila anda nak tabung anda penuh dan MAE akan kirakan berapa amount sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda tu. Anda kena ada target anda sendiri lah bila anda nak buat tabung tu kan. Nama pun tabung.

Next, anda akan diberi summary tabung anda. Anda boleh pilih sama ada nak menyimpan dalam tabung sendirian atau anda nak menabung dengan orang lain. Contoh menabung dengan orang lain ni sesuai untuk mereka yang plan nak pergi bercuti beramai-ramai. Plan nak bercuti dengan family. Jadi sebulan masing-masing simpan dalam tabung yang sama. Anda ni kira bendahari lah senang cerita. Haha.

Kalau taknak saving beramai-ramai takpa. Anda boleh menabung seorang diri. Pilih saja akaun mana yang anda nak Tabung ni deduct. Dari akaun savings, atau dari MAE itself. Anda boleh juga pilih untuk auto deduct atau anda yang nak masukkan sendiri ikut kesesuaian badget anda hingga tabung penuh. Mudahkan.

 

Cara dapatkan kad fizikal MAE Maybank

Anda juga boleh mendapatkan kad MAE anda secara fizikal. Antara langkah untuk anda mendapatkan kad fizikal anda adalah:

  1. Anda perlu ke bahagian Maybank2u dan tekan butang Cards.
  2. Tekan pada MAE Debit Card.
  3. Tekan pada butang Apply For Physical MAE Card.
  4. Selesai urusan anda dan permohonan anda akan diuruskan oleh pihak Maybank.

Semoga perkongsian cara guna MAE Maybank ini memberikan manfaat kepada anda semua. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini.

 

Artikel Lain : Cara Reset Password Maybank2u

2 thoughts on “Cara Guna MAE MAYBANK(Bayar/Transfer Duit/Semak Perbelanjaan)”

Leave a Comment