Cara Bayar Unifi Online Guna Maybank2u

Cara Bayar Unifi Online Guna Maybank2u

Cara Bayar Unifi Online

Ramai pengguna yang baru pasang unifi tertanya-tanya cara bayar unifi dengan mudah terutamanya bila guna Maybank2u. Kini tak perlu penat–penat beratur di kaunter untuk bayar bil, lagi-lagi sekarang musim pandemic covid. Lagi lah malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai.

Ya! Semuanya di hujung jari sahaja. Kini dengan membuat bayaran atas talian boleh membantu anda menjimatkan masa serta memudahkan urusan kerja.

Disini saya kongsikan cara paling mudah untuk bayar bil unifi. Hanya mengikuti beberapa Langkah mudah, urusan anda pasti selesai

jika nak gunakan cara ini untuk membayar bil internet UNIFI mahupun Streamyx atau TM Broadband, kena tahu nombor akaun TM anda.

Bagaimana nak tahu nombor akaun?

Anda boleh dapat tahu dengan melihat bil internet terdahulu, boleh juga semak email daripada pihak TM yang biasanya akan remind mengenai tunggakan bil internet anda atau menerusi SMS yang dihantar oleh pihak TM setiap bulan (dari nombor 62100).

Ok, jom ikuti panduan di bawah tentang cara nak membayar bil internet UNIFI menerusi portal perbankan internet Maybank2U.

 

Cara Bayar Unifi Online Guna JomPay Maybank2u

Ini cara paling simple dan paling mudah. Cara bayar bil Unifi guna JomPay macam ni:

Bukak Maybak2u.

  1. Login mcm biasa
  2. Pilih Pay & Transfer
  3. Bahagian Pay to pilih JomPAY
  4. Enter Biller Code: Taip 8888 je. Jangan taip Unifi pulak. Hehehe Kod ni hanya untuk Unifi.
  5. Ref-1: Isi no akaun anda. Biasanya selepas pendaftaran unifi berjaya, agent akan bagi no akaun unifi ni. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.

Nombor akaun adalah sgt penting. Untuk check nombor akaun, boleh check bill. Jika tak ada bill, boleh check myunifi app. Jika tak ada myunifi app juga, boleh check SMS tiap bulan yang dapat tu.

  1. Isi jumlah yang kena bayar setiap bulan di bahagian Pay Amount. Let say anda ambil pakej RM89 sebulan. Kira sekali dengan SST jadi RM94.
  2. Tick di bahagian “i hereby agree to the T&C” dan klik PAY. Selesai

Senang kan? Biasanya agent yang anda deal masa nak daftar unifi akan advice tentang perkara ni. So sepatutnya setiap yang berdaftar mesti dah diterangkan.

 

Cara Bayar Unifi Online Guna Maybank2u

Bayar menggunakan Maybank2u versi baru

Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan Maybank2u:

  1. Layari laman web Maybank2u.com di https://www.maybank2u.com.my
  2. Seterusnya, login ke akaun anda
  3. Masukkan usernamedi ruangan My Username
  4. Tekan butang Login
  5. Jika gambar dan security phraseadalah betul, tekan butang YES
  6. Masukan passworddi ruangan My Password
  7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya log masuk Maybank2u
  8. Pergi ke bahagian Pay & Transfer
  9. Klik New Paymentdi menu atas
  10. Cari Telekom Malaysia (TM)
  11. Tak perlu cari UniFi sebab tak akan jumpa
  12. Masukkan nombor akaun Unifi yang ingin dibayar ke dalam ruangan
  13. Tekan butang Confirm
  14. Nama yang didaftarkan atas akaun tersebut akan muncul pada bahagian Registered Bill Name
  15. Pastikan nama akaun yang ingin dibayar betul.
  16. Masukkan nilai amaun yang ingin dibayar
  17. Klik butang Pay
  18. Masukkan nombor TAC yang diterima di telefon bimbit yang berdaftar.
  19. Jika berjaya, akan butiran transaksi akan dipaparkan
  20. Unifi juga akan memaklumkan pembayaran berjaya dengan menghantar mesej pengesahan bayaran.

 

 Cara Bayar Unifi Online Guna M2U MY app

Berikut pula ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan aplikasi M2U MY:

  1. Pastikan anda sudah downloaddan install aplikasi Maybank2u MY:
  2. Login aplikasi M2U MY
  3. Pergi ke bahagian PAY
  4. Anda akan diminta untuk login
  5. Pastikan usernameanda betul
  6. Masukkan password
  7. Tekan butang PROCEED
  8. Pilih akaun di bahagian PAY FROM, contohnya Savings Account-i
  9. Klik butang + pada NEW PAYEE
  10. Cari Telekom Malaysia (TM)
  11. Masukkan nombor akaun Unifi di bahagian Bill Account Number
  12. Tekan CONTINUE
  13. Masukkan nilai amaun yang dikehendaki
  14. Teruskan sehingga pembayaran selesai

 

Dengan kemajuan teknolgi dan penggunaan aplikasi atas talian telah menjadikan urusan kita lebih pantas dan mudah. Semoga perkongsian cara bayar bil Unifi guna Maybank2u ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain: Cara View dan Dowload Statement Maybank

Leave a Comment