Harga Tiket Zoo Melaka & Dinosaur Encounter Terkini

Harga Tiket Zoo Melaka & Dinosaur Encounter Terkini

Zoo Melaka Dinosaur Encounter

Dinosaur Encouter Zoo Melaka merupakan tarikan terbaharu terdapat di Zoo Melaka yang kini semakin popular sejak pembukaan sempadan dan pemansuhan PKP tahun ini.

Kami akan berkongsi info berkenaan harga tiket terkini untuk melawat Zoo Melaka & Dinasour Encounter.

Apa Itu Zoo Melaka & Dinosaur Encounter

Walaupun telah dirasmikan pada 25/12/2020 (Jumaat) iaitu pada Hari Krismas 2020 tahun lepas lagi. Ianya sangat istimewa kerana menampilkan haiwan-haiwan yang telah pupus untuk tatapan semua pengunjung Zoo Melaka, terutamanya anak-anak kecil yang minati dinosau

Selain boleh mempelajari spesis dinosaur, pelbagai aktiviti dan tarikan lain di sini seperti

  • Valley of Light,
  • Ice Age Park,
  • Galeri Fosil,
  • Persembahan Dinosaur ,
  • Photobooth,
  • Content Educational,
  • Guided Tour,
  • Kedai Barangan Cenderahati,
  • VR Games,
  • Dinosaur Ride dan lain-lain permainan.
  • Dino Cafe juga ada disediakan untuk keluarga berehat sambil melayan anak-anak.

Yang ingin merasai suasana berlainan, boleh juga datang di sebelah malam untuk melihat dinosaur-dinosaur di sini termasuk sebuah taman berkonsepkan ‘avatar’ yang pastinya memukau mata anda.

Harga Tiket Masuk Zoo Melaka & Dinosaur Encounter 

Harga tiket masuk Zoo Melaka & Dinosaur Encounter adalah berharga RM38 (dewasa) dan RM31 (kanak-kanak / warga emas).

*Kanak-kanak 3 Tahun kebawah PERCUMA

Pembelian online : https://ticket.zoomelaka.gov.my

NOTA:

  • Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah percuma.
  • Kemasukan warga emas hanya berlaku untuk warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Sila kemukakan MyKad anda di Kaunter Tiket.
  • Harga sudah termasuk GST dan Cukai Hiburan.

Untuk pembelian online di laman web Zoo Melaka, sila layari : https://ticket.zoomelaka.gov.my

Wah seronoknya, ibu ayah yang ada anak-anak yang minat sangat dengan dinosaur kini bolehlah masukkan Zoo Melaka dalam destinasi mesti pergi cuti sekolah ini kan?

Zoo Melaka Dinosaur Encounter

Info Sebelum Ke Dinosaur Encounter ZooMelaka 

  • Untuk Night Safari di Zoo Melaka anda perlu semak dahulu samada ianya buka atau tidak sebelum ke sana. Saya call zoo dahulu untuk kepastian.
  • Biasanya banyak nyamuk. Jadi boleh spray atau sapu kaki tangan anak-anak dengan penghalau nyamuk dahulu sebelum masuk ke Zoo.
  • Walaupun pada malam hari namun suasana mungkin agak panas. Ini disebabkan Zoo berada dalam kawasan pokok tinggi dan belukar.
  • Anda boleh bawa kipas tangan atau kipas elektronik yang kecil sebelum ke sana. Atau boleh pakai seluar dan baju lengan panjang untuk elakkan dari digigit nyamuk.
  • Gerai makanan/minuman mungkin ditutup, jadi disarankan bawa bekalan air dan makanan untuk alas perut anak-anak juga ibubapa.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan info terkini sila rujuk dari laman web rasmi mereka dan saluran media sosial berikut:

Facebook: Dinosaur Encounter / Zoo Melaka & Taman Burung

Untuk pembelian korporat, pelajar, kumpulan atau tiket khas, sila hubungi kami di [email protected]

Artikel Lain : Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds

Leave a Comment