Apple Pay Maybank (Cara Setting Kad Kredit / Kad Debit Guna iPhone iWatch Mac Wallet)

Apple Pay Maybank (Cara Setting Kad Kredit / Kad Debit Guna iPhone iWatch Mac Wallet)

Apple Pay Maybank

Welcome Apple Pay to Malaysia!

Walaupun kebanyakkan daripada kita merasakan contactleas payment ni masih baru, tapi pembayaran NFC dan paywave sebenarnya dah lama. Cuma ramai dikalangan kita baru nak cuba cuba dan belum terbiasa.

Sebelum ini dah ada samsung pay, google pay, garmin pay yang support contactless payment menggunakan NFC.

Tapi ingat, kemudahan pembayaran sebegini diharap tidak memudahkan kita untuk lebih boros berbelanja. Perlu dikawal juga. Terutamanya jika menggunakan kad kredit.

Ada yang risau jika pembayaran terlalu mudah, senang untuk dicuri nanti. Jangan risau, melalui Apple pay, anda akan diminta masukkan code untuk verify transaction.

Buat masa ini, bank yang menyokong untuk Apple Pay adalah Maybank, Ambank dan Standard Chartered. Kami akan memberikan panduan mudah cara setting kad Maybank anda untuk menggunakan Apple Pay.

 

Apa Itu Apple Pay Maybank

Apple Pay adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih Apple. Ini adalah kaedah mudah untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan yang selamat dengan hanya menggunakan telefon anda. Transaksi ini disokong melalui sambungan NFC.

Apple Pay memberikan dompet digital yang mudah digunakan untuk pembayaran tanpa sentuhan di dalam kedai, dalam aplikasi, atau pembelian dalam talian. Anda bahkan boleh menghantar wang kepada keluarga dan rakan melalui pesanan ringkas!

 

Fungsi Apple Pay Maybank

Apa kelebihan buat masa ini? Buat masa ini pembayaran secara NFC dan payWave dengan menyentuh iphone di terminal pembayaran. Sama dengan Samsung Pay.

Walaupun aku rasa masih belum ada merchant yang menyediakan pembayaran secara Apple Pay tapi boleh guna function payWave.

 

Cara Setting Apple Pay Maybank

Sebelum ni perlu tukar region ke Singapore dan kembali ke Malaysia. Tetapi dengan kemaskini terbaru dah boleh masukkan terus tanpa tukar region.

Antara bank yang sudah ready dengan Apple Pay ini adalah Maybank

Buat tetapan mengikut arahan yang diberikan, bila diminta untuk Verify, aku pilih verification melalui sms ke nombor telefon. Dan dah boleh guna.

Yang menggunakan Apple Watch pun dah boleh guna juga kemudahan ini.

 

Cara Setting Apple Pay Kad Kredit/Kad Debit Maybank

  1. Anda hanya cuba buka aplikasi Wallet dalam iPhone.
  2. Tekan butang atau ikon + di sebelah atas kanan.
  3. Pilih samada kad debit akau kad kredit
  4. Teruskan
  5. Boleh scan kad dan app akan masukkan secara automatik
  6. Kalau sudah hafal, masukkan sahaja nombor kad kredit, nama, expiry date dan CVV secara manual
  7. Ikut arahan seterusnya sehingga selesai
  8. Kalau pihak pihak sudah mengesahkan kad tersebut, anda akan dapat lihat kad tersebut dalam Apple Wallet
  9. Selesai

 

Cara Setting Apple Pay Maybank Di Apple Watch

Sekiranya anda ingin gunakan Apple Pay di Watch, ada langkah tamabahan perlu anda buat:

  1. Lancarkan APP Watch di iPhone
  2. Skrol kebawah dan tekan Wallet
  3. Anda akan nampak kad yang anda masukkan tadi dalam senarai, tekan ADD.
  4. Anda kana diminta untuk masukkan nombor keselamatan CVV dan proses pengesahan daripada bank akan berlaku

 

Kelebihan Apple Pay

  • Ini adalah sistem pembayaran NFC yang cepat dan mudah
  • Pembayaran tanpa nama memastikan data anda selamat
  • Anda boleh menggunakan Apple Wallet untuk menguruskan kad hadiah, tiket, kad pembayaran dan banyak lagi.
  • Pedagang boleh memisahkan diri dengan menerima Apple Pay
  • Anda boleh membayar rakan dan keluarga atau meminta wang melalui aplikasi Mesej.

Kekurangannya Apple Pay

  • Hanya peranti Apple yang menyokong Apple Pay, sedangkan Google Pay, misalnya, berfungsi dengan semua peranti.
  • Untuk membayar rakan dan keluarga, mereka juga harus memiliki peranti Apple dengan Apple Pay.
  • Membayar di kedai menggunakan pengecam wajah dilaporkan lebih sukar daripada dengan peranti Android.
  • Apple Pay masih tidak diterima oleh semua peruncit, jadi anda mungkin masih perlu membawa dompet.

 

Artikel Lain : Cara Tukar Nombor HP Maybank

Leave a Comment