CARA TUKAR NO HP MAYBANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP MAYBANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP MAYBANK(Update Mobile Phone Number)

 

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. Maybank2U merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Maybank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No TAC akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar ata kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP MAYBANK?

 

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Maybank mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut:

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

Anda ingin menukar no hp KWSP? Baca : Cara Tukar NO HP KWSP 

 

CARA TUKAR NO HP MAYBANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui Maybank2U
    • Harap maaf, penukaran no telefon untuk TAC maybank2U tidak boleh dilakukan secara atas talian samada Web ataupun Aplikasi.

 

  1. Penukaran No HP di Kaunter Maybank:
    • Sila pergi ke cawangan Maybank berdekatan,
    • Maklum dekat pegawai bank anda ingin kemaskini nombor telefonMaybank lama dengan yang baru.
    • Lengkapkan borang permohonan kemas kini / ubah nombor telefon bimbit TAC
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Kakitangan akan terus mendaftar TAC
    • Selesai

 

 

  1. Penukaran No HP di ATM Maybank:
    • Pergi mana-mana ATM Maybank berhampiran anda
    • Masukkan kad ATM dan nombor PIN.
    • Pada Menu Utama pilih Makluman Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Other
    • Pilih Kemas kini M2U TAC Mobile / Update M2U TAC Mobile
    • Masukkan nombor telefon bimbit baru
    • Selesai
    • Dapatkan resit / slip menyatakan kemaskini anda berjaya.Masukkan Nombor Telefon

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON MAYBANK?

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi talian helpline Maybank Customer Care 1-300 88 6688 (Malaysia)

 

 

SOALAN LAZIM

 

Mengapa saya memerlukan TAC?

TAC adalah diwajibkan untuk transaksi tertentu kerana ia menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi anda daripada akses ke akaun anda tanpa izin.

 

Apakah itu TAC?

Kod Kebenaran Transaksi (TAC) adalah ciri keselamatan yang digunakan oleh Bank untuk melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, anda akan menerima TAC daripada Nombor telefon yang anda daftarkan melalui Bank

 

Adakah TAC sama dengan PIN Perbankan Internet?

Tidak, ia berbeza. PIN Perbankan Internet anda, yang dikeluarkan di Cawangan, membolehkan anda mendaftar ke Maybank2u.com. TAC tidak digunakan untuk log masuk tetapi hanya untuk urus niaga dan jenis aktiviti tertentu.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari web rasmi Maybank di pautan https://www.maybank2u.com.my/

22 thoughts on “CARA TUKAR NO HP MAYBANK(Update Mobile Phone Number)”

  1. Slm saya minta tukar nombor Hpoon dalam akaun maybank saya,sudah lama saya tidak pakai tu nombor Hpon,da
    Ni Hpon saya skrg,0146416400

    Balas
  2. Hi, customer servis boleh tukarkan tak?

    No lama (012 397 5034)
    No baru (017 236 5084)

    *Saya nak tukar kepada number baru*

    Balas
  3. Hi .. sir madam boleh tolong i tukar tac number tak .. sebab i lama punya number dah hilang

    #subject : minta tolong i tukar tac number baru

    Balas
  4. ASSALAMMUA’LAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..DI SINI SAYA INGIN MEMOHON JASA BAIK TUAN/PUAN UNTUK SELESAIKAN MASALAH SAYA YANG BERIKUT:

    1)SAYA TELAH DAFTAR M2U DENGAN MENGGUNAKAN NO TELEFON(0172743747) YANG LAMA TETAPI NO TELEFON INI SUDAH SEKIAN LAMA HILANG MELEBIHI LEBIH KURANG 5 BULAN.BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA KEMASKINI DAN MENDAFTAR NO TELEFON YANG TERKINI DALAM AKAUN MAYBANK DAN M2U SUPAYA DAPAT MENJALANKAN URUSAN PENDAFTARAN SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.SEBELUM ITU UCAPAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

    Balas
    • Assalamu alaikum.saya ingin menukar nombor telepon.pasal nombor yg lama telah hilang.saya ingin nomor saya yg baru.0164468875

      Balas

Leave a Comment