CARA SEMAK BAKI CELCOM/HOTLINK/DIGI PREPAID (Check Balance Internet Prepaid & Postpaid)

CARA SEMAK BAKI CELCOM/HOTLINK/DIGI PREPAID (Check Balance Internet Prepaid & Postpaid)

Cara semak baki

Cara Semak Baki Celcom, Hotlink, & Digi Prepaid

Di sini kami ingin berkongsi cara semak baki Celcom Hotlink & Digi Prepaid serta Postpaid. Untuk memastikan kuota internet anda mencukupi sehingga hujung bill cycle anda, anda disarankan utk menyemak serta memantau kegunaan internet dari masa ke semasa. Sekiranya anda pengguna Prepaid, anda juga boleh rujuk cara topup akaun untuk memastikan akaun anda kekal aktif.

Berikut dikongsikan cara semak baki dan topup prepaid serta semakan postpaid ketiga-tiga rangkaian terbesar di Malaysia sekarang ini. Kita bermula dengan rangkaian Celcom.

 

Semak Baki Celcom Prepaid Melalui Aplikasi Celcom Life

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Celcom Life di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android.
  3. Buka aplikasi Celcom Life ditelefon pintar anda.
  4. Baki internet Celcom Postpaid anda akan tertera di halaman utama.
  5. Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.

Jika anda tidak mempunyai sambungan internet, anda boleh juga cara semak baki Celcom Postpaid anda melaui kod UMB yang lebih mudah.

 

Semak Baki Celcom Prepaid Melalui Kod UMB

  1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *118# dan tekan butang call.
  2. Di paparan utama skrin, pilih My Account dan hantar.
  3. Kemudian, pilih Check Balance dan hantar.
  4. Di paparan seterusnya pilih Internet.
  5. Anda akan mendapat maklumat baki internet anda melalui SMS.

 

Semak Baki Bil Celcom Untuk Kekal Aktif

Untuk memastikan akaun anda kekal aktif dan panggilan tidak disekat, anda boleh melalukan semakan bil anda menerusi aplikasi Celcom Life atau kod UMB.

Untuk memastikan akaun anda kekal aktif dan panggilan tidak disekat, anda boleh melalukan semakan bil anda menerusi aplikasi Celcom Life atau kod UMB.

 

Muat Turun Aplikasi Celcom Life

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Celcom Life di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android.
  3. Buka aplikasi Celcom Life ditelefon pintar anda.
  4. Jumlah bil Celcom Postpaid anda akan tertera di halaman utama.
  5. Buat pembayaran sekiranya terdapat jumlah bil yang perlu dibayar.
  6. Di sebelah kanan jumlah bil, klik pada butang Pay Now.
  7. Di halaman seterusnya, masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan.
  8. Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan
  • Boost e-wallet
  • Online banking (FPX)
  • Kad debit atau kredit
  1. Tekan butang Next.
  2. Anda akan di bawa ke payment page bagi kaedah pembayaran yang telah dipilih.

 

Semak Bil Celcom Melalui Kod UMB

  1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *118# dan tekan butang call.
  2. Di paparan utama skrin, pilih My Account dan hantar.
  3. Kemudian, pilih Check Balance dan hantar.
  4. Seterusnya, pilih Main Account dan hantar.
  5. Anda akan mendapat maklumat akaun serta bil melalui SMS.
  6. Bagi pembayaran pula, anda boleh melalukan pembayaran menggunakan nombor akaun anda di
  • Celcom Store.
  • Kiosk Celcom.
  • Ejen Celcom yang berdaftar.

Seterusnya kita semak pula cara semak baki digi prepaid dan perkara berkaitan dengan digi.

 

Cara Semak Baki  Digi Prepaid

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk Cara semak baki akaun anda, sama ada menggunakan MyDigi Apps atau melalui kod UMB. Di sini kami sertakan langkah-langkah yang tepat.

 

Cara Semak Baki Digi Prepaid Melalui MyDigi Apps

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
  4. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
  5. Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.

Sekiraya anda tidak mempunyai sambungan internet, anda boleh juga check baki Digi Prepaid anda melaui kod UMB yang lebih mudah.

 

Cara Semak Baki Digi Prepaid Melalui Kod UMB

  1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*1#
  2. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
  3. Internet tidak diperlukan untuk check baki menggunakan kaedah ini.

 

Cara Topup Kredit Digi Prepaid

Sekiranya anda kekurangan baki topup ataupun baki anda telah tamat tempoh, kami sarankan untuk anda topup supaya nombor anda boleh kekal aktif. Ada beberapa cara yang akan kami kongsikan untuk topup baki kredit Digi Prepaid anda.

 

1.Topup menggunakan kupon reload

  1. Anda boleh beli kupon reload di mana-mana outlet digi, kedai serbaneka seperti 7 Eleven atau KK Mart dan di kedai runcit berhampiran.
  2. 16 digit nombor PIN akan terlihat di kupon reload Digi Prepaid.
  3. Dial *123* dan masukkan 16 digit PIN reload diikuti dengan butang #
  4. Tekan call untuk meneruskan transaksi.
  5. Kemudian anda akan menerima SMS dengan baki terbaru akaun anda.

 

2.Topup menggunakan Flexi E-Load

  1. Pergi ke mana-mana ejen yang menjual topup digi.
  2. Berikan nombor telefon serta jumlah yang anda inginkan untuk topup.
  3. Ejen akan topupkan akaun anda menggunakan sistem automatik.
  4. Tiada kupon diperlukan untuk topup menggunakan cara ini.

 

3.Topup melalui Digi Kiosk

  1. Digi Kiosk adalah mesin layan diri yang membolehkan pengguna untuk topup kredit bagi akaun Digi Prepaid anda bermula dari RM10 sehingga RM100 dengan kenaikan sebanyak RM5.
  2. Di paparan skrin halaman utama pengguna perlu Pilih Bahasa yang bakal digunakan. Ada pilihan untuk bahasa inggeris, bahasa malaysia dan juga bahasa cina.
  3. Paparan seterusnya akan menunjukkan anda beberapa pilihan, pilih Tambah Nilai.
  4. Pilih Kaedah Pembayaran sama ada menggunakan cash atau kad debit/kredit.
  5. Masukkan nombor telefon yang anda ingin topup.
  6. Halaman seterusnya akan meminta anda untuk mengisi jumlah topup yang diinginkan.
  7. Tekan butang Sahkan paparan skrin akan menunjukkan details bagi pengesahan maklumat dan pembayaran.
  8. Tekan butang Next dan buat pembayaran.
  9. Akaun Digi Prepaid anda akan ditopup dengan serta merta.

 

4.Topup menggunakan MyDigi Apps

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
  4. Di halaman utama, pada bawah baki akaun anda akan terlihat butang Reload, klik pada butang tersebut.
  5. Halaman seterusnya adalah pilihan jumlah topup yang anda inginkan.
  6. Seterusnya, sahkan alamal emel anda dan pilih kaedah pembayaran di Payment Method.
  7. Anda boleh membuat pembayaran melalui FPX atau kad debit/kredit.
  8. Kod one-time password (OTP) akan dihantarkan melalui SMS.
  9. Sahkan transaksi dengan mengisi OTP di ruangan tersedia.
  10. Topup anda telah berjaya, semak baki akaun anda di halaman utama semula.

 

Sekian serba sedikit berkaitan Digi kita teruskan dengan satu lagi rangkaian yang popular di Malaysia iaitu hotlink.

Berikut cara semak baki hotlink & juga perkara lain berkaitan hotlink.

 

Cara Semak Baki Hotlink Prepaid

Untuk menyemak baki akaun anda, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk berbuat demikian. Anda boleh semak baki akaun anda di aplikasi Hotlink ataupun menggunakan kod UMB. Di sini kami kongikan cara semak dengan tepat.

 

Cara Semak Baki Hotlink Prepaid Melalui Aplikasi Hotlink

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
  4. Baki Hotlink Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
  5. Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.

Jika anda tidak mempunyai sambungan internet, anda boleh juga check baki Hotlink Prepaid anda melaui kod UMB yang lebih mudah.

 

Cara Semak Baki Hotlink Prepaid Melalui Kod UMB

  1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*1#
  2. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di paparan skrin telefon bombit anda.
  3. Sambungan internet tidak diperlukan untuk check baki menggunakan caraini.

 

Cara Tambah Kredit Topup Hotlink

Sekiranya anda kekurangan baki topup, ada dua cara lagi yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan topup di kala kecemasan selain daripada SOS topup. Ikuti langkah berikut berikut untuk tambah nilai hotlink.

 

Ask-A-Topup Hotlink

Dengan Ask-A-topup, anda boleh meminta kredit daripada orang yang dikenali dengan syarat, mereka juga menggunakan pelan Hotlink Prepaid. Hanya anda perlu request dan sekiranya mereka approve, kredit akan ditolak dari baki akaun mereka dan akan dimasukkan ke akaun anda. Anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.

 

1.Melalui aplikasi Hotlink

  • Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
  • Pilih pada pautan iOS atau Android
  • Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
  • Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
  • Di halaman seterusnya, pilih Ask-A-Topup.
  • Masukkan nombor telefon pemberi.
  • Pilih jumlah anda mahu minta.
  • Tekan Hantar.
  • Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

2.Melalui kod UMB

  • Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*3#
  • Masukkan nombor telefon pemberi.
  • Masukkan jumlah yang anda mahu minta (RM1 – RM100 maksima).
  • Tekan Hantar.
  • Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

 

Share-A-Topup Hotlink

Bagi Share-A-Topup pula, anda dibenarkan untuk berkongsi baki kredit anda kepada pengguna Hotlink Prepaid yang lain. Sama seperti servis Ask-A-Topup, anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.

 

1.Melalui aplikasi Hotlink

  • Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
  • Pilih pada pautan iOS atau Android
  • Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
  • Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
  • Di halaman seterusnya, pilih Share-A-Topup.
  • Masukkan nombor telefon penerima.
  • Pilih jumlah anda mahu kongsi.
  • Tekan Hantar.
  • Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

2.Melalui kod UMB

  • Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*2#
  • Masukkan nombor telefon penerima.
  • Masukkan jumlah yang anda mahu kongsi (RM1 – RM100 maksima).
  • Tekan Hantar.
  • Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut & pertanyaan tentang  semak baki Celcom Hotlink & Digi Prepaid serta Postpaid atau maklumat lain berkaitan hubungi mereka seperti dibawah:

Sekiranya servis Celcom Postpaid anda mengalami gangguan, anda boleh menghubungi servis khidmat pelanggan mereka hubungi 019 601 1111.

Sekiranya proses tambah nilai anda gagal, pihak Digi akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi hubungi 016 221 1800.

Sekiranya proses penggunaan servis Hotlink Prepaid anda gagal, pihak Hotlink akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Hotlink hubungi 03 7492 2123

Baca Juga: CHECK KELAJUAN INTERNET RUMAH/SEKOLAH/PEJABAT(Cara Buat Speedtest Melalui Web & Aplikasi)

2 thoughts on “CARA SEMAK BAKI CELCOM/HOTLINK/DIGI PREPAID (Check Balance Internet Prepaid & Postpaid)”

  1. Assalamualaikum..
    saya nk tanya.. baki kredit celcom saya masih lagi banyak,adakah cara utk saya nk gunakan baki kredit saya tu, spt buat bayar bill utiliti atau sebagainya..

    Balas

Leave a Comment