KALENDAR AKADEMIK MATRIKULASI KPM 2023/2024(Bila Cuti Semester)
Kepada pelajar Matrikulasi, sudah semestinya anda ingin mengetahui kalendar akademik Matrikulasi KPM bagi sesi 2023/2024 supaya anda merancang cuti semester anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU MATRIKULASI KPM
Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti. Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM
Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
- Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
- Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
- Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
- Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
TARIKH LAPOR DIRI MATRIKULASI KPM 2023/2024
Merujuk kepada Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh lapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada sesi 2023/2024 adalah pada tarikh berikut:
- 9 Julai 2023 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
- 10 Julai 2023 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)
NOTA: Pasti anda merujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.
TAKWIM AKADEMIK MATRIKULASI KPM 2023/2024
Berikut adalah merupakan kalender akademik bagi program Matrikulasi KPM 2023/2024
NOTA: Untuk dapatkan takwim dalam bentuk PDF, anda beleh muat turun DI SINI
KALENDER CUTI SEMESTER & UMUM MATRIKULASI KPM 2023/2024
Berikut ialah merupakan jadual cuti bagi Kolej Matrikulasi sesi 2023/2024 iaitu:
NOTA: Tarikh cuti bagi pelajar Matrikulasi adalah tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
- Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kalendar akademik dan cuti Matrikulasi 2023/2024, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
ARTIKEL LAIN: