Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2024

Bagaimanakah Cara Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT  MAIDAM?

Bantuan Awal IPT MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara oleh MAIDAM adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri Terengganu yang telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD).

Kadar Bayaran Bantuan

Bantuan ini disalurkan sekali sahaja mengikut kadar berikut untuk setiap peringkat pengajian:

BilTahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
1SijilRM 600
2DiplomaRM 800RM 800
3Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 2000
4SarjanaRM 1200RM 2500
5PhDRM 1500

Syarat Permohonan

Untuk memenuhi syarat bantuan awal ini, pemohon dan ibu bapa/penjaga perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang telah menetap di negeri tersebut sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mula pengajian, atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum mula pengajian.
  2. Beragama Islam, baligh, dan berakal.
  3. Pelajar baharu yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dan membuat permohonan tidak melebihi tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  4. Pengajian yang layak dipertimbangkan termasuk Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master), dan PhD. Bantuan hanya boleh dipohon sekali untuk setiap peringkat pengajian secara berurutan.
  5. Tidak terlibat dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.
  6. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi dalam negara atau luar negara, termasuk institusi pengajian kemahiran dalam negara yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 6 bulan. Keutamaan diberikan kepada pengajian sepenuh masa, walaupun pengajian separuh masa juga boleh dipertimbangkan.
  8. Ibu bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu perlu menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Cara Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM

Permohonan bantuan boleh dibuat secara online melalui laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM di https://yp.maidam.gov.my/iptonline. Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara online dan memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga, dan adik beradik dalam tanggungan (bagi permohonan kali pertama).
  • Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/pesara swasta)/penyata pencen/kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
  • Surat tawaran belajar rasmi.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Berhenti Sekolah/sijil-sijil berkaitan (bagi permohonan kali pertama).
  • Surat pengesahan mastautin terkini untuk pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu tetapi telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  • Slip permohonan dan surat mastautin perlu disahkan oleh pihak berkuasa yang sah seperti Amil Zakat/Pengerusi Masjid/Ketua Kampung/Penghulu.
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar yang belajar di luar negara.
  • Salinan sijil kematian/penceraian ibu bapa (jika berkenaan).
  • Dokumen lain yang berkaitan.

 

Maklumat lanjut Bantuan Awal IPT MAIDAM

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing:

Alamat Yayasan Pendidikan MAIDAM: Lot 9 & 10 Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Email: [email protected] / [email protected] No. Tel: 09-6223500 / 096225600

  • Hubungi:
  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
    • Marang 09-618 33 17
    • Hulu Terengganu 09-681 78 09
    • Dungun 09-845 28 10
    • Kemaman 09-859 45 45
    • Setiu 09-609 03 07
    • Besut 09-697 53 23
    • Kerteh 09-826 64 63
    • Kuala Nerus 09-662 2910

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Yayasan Pendidikan MAIDAM di: https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

Leave a Comment