Cara Mengisi Rekod Bacaan Murid Dalam Sistem AINS Nilam Guna HP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membina satu platform untuk membantu merekodkan bahan bacaan pelajar. Sistem AINS Nilam adalah bertujuan untuk menggalakan amalan membaca dikalangan pelajar sekolah rendah dan meenengah.Pelajar digalakan mengisi data dan maklumat bahan bacaan mereka menggunakan sistem tersebut. Kami telah menyediakan panduan ringkas cara mengisi rekod AINS yang mudah dan berkesan.
Apa Itu AINS Nilam
Sistem AINS (Advance Integrated Nilam System) menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital. Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.
Cara Mengisi Rekod AINS Nilam Menggunakan HP
Berikut adalah Langkah-langkah Mengisi Rekod bacaan yang perlu anda ikuti:
- Layari pautan Advance Integrated Nilam System (AINS)
- Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
- Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
- Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
- Maklumat Bahan Bacaan
- Tajuk Buku
- Pilihan Bahasa
- Tahun Terbitan
- Pengarang
- Penerbit
- Jenis Bahan Bacaan
- Buku Fiksyen
- Buku Bukan Fiksyen
- Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
- Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
- Rumusan
- Aktiviti Pengayaan
- Aktiviti Lain-lain (jika ada)
- Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
- Selesai Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan. Selamat mencuba, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda.
Pengisian Anugerah Nilam dalam PAJSK
Melalui pangkalan data IQ-Nilam ini, murid dapat mengetahui jumlah terkumpul bacaan atau jumlah bacaan keseluruhan. Menarik tentang Program Nilam, pencapaiannya boleh juga diisi dalam Rekod PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum).
Guru-guru dan murid-murid boleh merujuk jadual di atas untuk mengetahui jumlah markah yang akan dicatatkan dalam PAJSK. Semoga dengan adanya pengiktirafan ini, murid akan lebih bermotivasi untuk membaca. Ingat, membaca jambatan ilmu.
Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru yang ingin memanfaatkan IQ-Nilam bersama murid-murid.
Terlupa Kata Laluan AINS Nilam Login KPM
Opssss. saya ada id..tetapi saya terlupa kata laluan….anda tidak perlu risau. Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan sistem aplikasi ini, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Artike Lain : Tablet PdPR
1 thought on “AINS NILAM 2024(Cara Isi Rekod Bacaan Guna HP)”