Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Sesi 2 / 2024

Permohonan untuk pinjaman pelajaran dalam negara oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini dibuka untuk Sesi 2 / 2024.

Tempoh Permohonan Dari 1 Julai 2024 hingga 21 Julai 2024.

Syarat Am Permohonan

  1. Lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Mendapat tawaran kemasukan atau sedang menuntut di IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
  3. Kursus yang diikuti perlu mendapat Sijil Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih sah semasa permohonan dibuat.
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
  5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’.
  7. Pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).

Jenis IPT & Taraf Pengajian yang Ditaja

YPJ hanya menaja pelajar yang menuntut di IPTA untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Panduan Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ

Permohonan perlu diisi secara dalam talian bermula 1 Julai 2024 pada jam 10 pagi di laman web YPJ atau melalui pautan https://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/.

Dokumen Wajib

Untuk memastikan permohonan anda lengkap dan diproses dengan lancar, berikut adalah senarai dokumen wajib yang perlu disertakan:

  • Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

Cara Menghantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

A) Kaedah Serahan Tangan di Kaunter YPJ:

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  2. Semakan awal di kaunter untuk memastikan dokumen lengkap.
  3. Dokumen yang tidak lengkap akan dipulangkan untuk disempurnakan. B) Kaedah Pos:
  4. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  5. Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4.
  6. Pastikan nama jenis permohonan ditulis di penjuru kanan atas sampul surat.
  7. Gunakan kaedah pos yang mempunyai “tracking number” untuk memastikan dokumen diterima dalam tempoh 7 hari.

Info dan Maklumat Lanjut Pinjaman Pelajaran YPJ

Ikuti Yayasan Pelajaran Johor untuk maklumat lanjut:

Artikel Lain>Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT Negeri Johor

Leave a Comment