e-Tunai Belia Rahmah (Cara Tebus/Claim Guna TnG GrabPay Shopee BigPay)

e-Tunai Belia Rahmah (Cara Tebus/Claim Guna TnG GrabPay Shopee BigPay)

e-Tunai Belia Rahmah

 

Dalam belanjawan 2023 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah inisiatif e-Tunai Belia Rahmah. Di bawah pengumuman ini, 2 juta orang belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun akan menerima kredit e-dompet RM200 setiap seorang.

Inisiatif ini mungkin adalah penjanamaan semula daripada ePemula yang diumumkan dalam bulan Oktober 2023 lalu dengan sedikit perubahan. Pada ketika itu, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz umumkan ada dua skop penerima iaitu belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumura 21 tahun ke atas.

Sekiranya ini benar, makanya lebih ramai belia 18-20 akan terima kredit eDompet. Walau bagaimanapun, mekanisme penyaluran masih belum ada. Kami akan kemas kini sejurus maklumat tersebut dikongsi oleh pihak kerajaan

Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum sekaligus mampu mencerminkan pe­rancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Penekanan utama kerajaan untuk belanjawan 2023 adalah terhadap tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan akan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat

 

Apa Itu e-Tunai Belia Rahmah

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2022 bagi tujuan meringankan beban kewangan belia disamping menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless).

Ianya dijangka bakal memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia dai setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-Tunai dalam estart belia.

Syarat Bantuan ePemula

Terdapat 2 syarat bagi melayakkan anda menerima bantuan ePemula ini iaitu :

  1. Warganegara Malaysia mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada 2022 sehingga 2004) ATAU
  2. Pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.

Data belia akan disemak dengan data IPT tempatan yang berdaftar

Tarikh Permohonan Dan Tebus ePemula

Mereka yang layak boleh tuntut RM150 dalam bentuk kredit eWalllet bermula 11 April 2022 (8.00 Pagi) sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Cara Mohon Dan Tebus ePmula

Seperti yang diumumkan pada awalnya, terdapat 4 aplikasi eWallet yang layak anda gunakan bagi menebus kredit RM150 ini iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan eWallet sahaja. Dah tebus sekali, tak boleh tebus dah

1.  Cara Mohon Guna BigPay

Daftar BigPay

1.  Download aplikasi BigPay dan “Sign Up” > pilih Malaysia
2.  Masukkan nombor telefon berserta kod pengesahan yang dihantar melalui SMS
3.  Tetapkan password BigPay anda dan masukkan segala butiran peribadi yang diminta
4.  Pada bahagian referals code, jangan lupa masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma. Selesai!

Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Masuk ke aplikasi BigPay dan verify dengan upload gambar MyKad bersama selfie muka dengan jelas
2.  Kemudian anda perlu topup RM20 terlebih dahulu untuk menggunakan BigPay. Duit tersebut akan dimasukkan terus ke akaun BigPay dan ianya bukan yuran. Jangan risau!
3.  Jika sudah, kini anda boleh mula mohon dan tebus ePemula RM150 pada bahagian Payments > ePemula dan klik “Apply Now”

*BigPay lebih menarik apabila selain akaun eWallet, anda juga akan menerima kad fizikal mastercard secara percuma yang akan dihantar terus ke rumah anda.

info lanjut, boleh pergi ke pautan www.bigpayme.com/epemula

2.  Cara Mohon Guna GrabPay

Upgrade Dan Tebus RM150

Anda perlu upgrade wallet GrabPay terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Download aplikasi Grab dan klik pada tab Payment
2.  Masukkan nama penuh dan no. Mykad anda dan seterusnya klik “Upgrade Wallet”
3.  Tangkap gambar MyKad anda dengan jelas bersama-sama gambar selfie muka anda
4.  Masukkan butiran peribadi dan proses pengesahan mengambil masa 2-3 hari
5.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150

Info lanjut, boleh pergi ke pautan www.grab.com/my/campaign/epemula/

3.  Cara Mohon Guna ShopeePay

Daftar ShopeePay

1.  Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada butang wallet ShopeePay
2.  Kemudian klik pada “Set up ShopeePay”
3.  Masukkan nama penuh dan no. mykad. Tandakan pada kotak

4.  Anda akan menerima SMS bersama nombor OTP. Masikan 6-digit kod tersebut untuk langkah seterusnya
5.  Kemudian barulah anda tetapkan 6-digit ShopeePay anda sendiri untuk kegunaan masa hadapan
6.  Selesai! Anda kini boleh mula menggunakan ShopeePay

 Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Pergi ke aplikasi Shopee semula dan klik pada wallet ShopeePay anda
2.  Klik pada butang “Verify Now”
3.  Upload gambar MyKad bersama selfe anda. Proses pengesahan mengambil masa sehingga 24 jam
4.  Jika sudah disahkan atau verified. Anda boleh kini boleh tebus ePemula RM150 DISINI

Info lanjut, boleh pergi ke pautan shopee.com.my/m/epemula

4.  Cara Mohon Guna Touch ‘n Go eWallet

Daftar TnG eWallet

1.  Download aplikasi TnG eWallet dan klik “Sign Up”
2.  Masukkan no. telefon berserta kod OTP yang dihantar menerusi SMS
3.  Tetapkan no. pin untuk setiap kali buat pembayaran
4.  Isi butiran peribadi yang diperoleh seperti nama, mykad, email dan sebagainya

Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Buka semula aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile > Account Verification
2.  Kemudian ambil gambar MyKad anda bersama-sama selfie muka anda dengan jelas. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam
3.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150

Info lanjut, boleh pergi ke pautan www.touchngo.com.my/somethingnew/

Bolehkah saya membuat tuntutan kredit RM150 eBelia kepada lebih daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai?

Anda dibenarkan membuat tuntutan kredit RM150 eBelia hanya sekali kepada 1 penyedia perkhidmatan e-tunai pilihan anda sepanjang tempoh program. Selepas tuntutan berjaya dibuat, sebarang tuntutan selanjutnya akan ditolak oleh sistem.

Semoga perkongsian berkenaan estart belia ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Semakan cabutan Wow SSPN 2022

Leave a Comment