CARA DAPATKAN KUPON FREE SHIPPING(Shopee/Lazada)

CARA DAPATKAN KUPON FREE SHIPPING(Shopee/Lazada)

CARA DAPATKAN KUPON FREE SHIPPING

 

Seperti yang kita sedia maklum,pembelian online amat menggalakan pada masa terkini. Salah satu platform yang biasa kita dengar adalah SHOPEE dan LAZADA. Tahukah anda bahawa kedua-dua platform ini ada menyediakan kupon Free Shipping dsan anda hanya perlu membayar harga barangan anda sahaja.

Bagaimana cara untuk dapatkan kupon Free Shipping Shopee dan Lazada? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU SHOPEE

Shopee adalah sebuah aplikasi yang dalam dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. Shopee didatangkan dalam bentuk aplikasi yang memudahkan penggunanya dalam melakukan kegiatan berbelanja secara online. Namun cukup menggunakan smartphone anda, Shopee akan menawarkan pelbagai produk dan pilihan untuk pembeli.

APA ITU LAZADA

Lazada Malaysia ialah Sebuah pusat membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk termasuklah peralatan rumah, barangan-barangan elektronik, barangan-barangan fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk-produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, dan pelbagai lagi.

 

CARA DAPATKAN KUPON FREE SHIPPING SHOPEE

Sekiranya anda penggemar platform Shopee, berikut adalah cara untuk dapatkan kupon free shipping:

  1. Untuk menggunakan kupon free shipping ini, pastikan anda aktifkan shopee pay anda terlebih dahulu. Kerana free shipping ini valid ketika membuat pembayaran menggunakan shopee pay. Untuk mengetahui cara aktifkan shopee pay boleh rujuk DISINI (mey link cara aktif shopee pay)
  2. Log Masuk akaun Shopee anda
  3. Pada paparan utama klik pada butang Free Shipping  (Butang ikon lori warna hijau).
  4. Anda akan dibawa ke halaman promosi kupon Free Shipping tersebut.
  5. Tekan pada butang Claim  dan anda akan terima kupon anda terus ke akaun Shopee anda nanti. Kebiasaannya Shopee akan beri dalam 5-6 kupon, bergantung kepada promosi disediakan pada setiap bulan.
  6. Anda boleh semak semula apa kupon free shipping yang anda sudah claim di bahagian profil anda pada ruangan My Voucher.
  7. Anda boleh gunakan kod kupon free shipping semasa proses checkout nanti.
  8. NOTA: Untuk menggunakan kupon free shipping ini anda dikehendaki membuat pembelian pembelian minimum seperti yang dinyatakan pada kupob free shipping tersebut (selalunya pembelian minimum adalah RM15 (bergantung pada promosi yang ditetapkan oleh Shopee).

 

CARA DAPATKAN KUPON FREE SHIPPING LAZADA

Sekiranya anda penggemar platform Lazada, berikut adalah cara untuk dapatkan kupon free shipping:

  1. Log masuk akaun Lazada anda
  2. Pada paparan hompage Lazada Malaysia, klikpada Ikon Lori berwarna hijau.
  3. Anda akan di bawa ke laman Free Shipping.
  4. Klik pada “Collect” pada kupon free shipping tersebut.
  5. Anda boleh gunakan voucher anda untuk beli barang kegemaran anda semasa proses checkout nanti. Biasa nya, Lazada akan beri banyak voucher pada bakal customer mereka.
  6. NOTA: Untuk pengetahuan anda konsep kupon free shipping ini adalah auto apply dari sistem

 

Artikel Lain : Cara Buat Shopee Live

Leave a Comment