CARA BUAT DISKAUN SHOPEE (Buat Harga Diskaun & Voucher)

CARA BUAT DISKAUN SHOPEE (Buat Harga Diskaun & Voucher)

cara buat diskaun shopee

Pembelian atas talian menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kini,. Pelbagai tawaran murah dan diskaun barangan menjadi tarikan utama di Shopee. Ramai orang memilih Shopee kerana penjual memberikan diskaun yang menarik.

Anda sebagai penjual semestinya memahami konsep supply and demand. Anda boleh tawarkan diskaun untuk menarik minat pembeli.

Kami telah menyediakan panduan ringkas cara buat diskaun shopee yang akan membantu anda dengan lebih tepat dan pantas.

Cara Buat Diskaun Shopee Menggunakan Komputer

Berikut adalah Langkah-langkah mudah yang anda boleh ikuti:

Langkah 1: Login ke Seller Center > https://seller.shopee.com.my/

Langkah 2: Pilih ‘Marketing Center’.

 

CARA BUAT DISKAUN SHOPEE  

Langkah 3: Pilih ‘My Discount Promotion’ > Tekan ‘New Discount Promotion’

 

CARA BUAT DISKAUN SHOPEE

Langkah 4: Create Discount Promotion

Di sini masukkan nama promosi dan tetapkan tempoh diskaun yang bakal berlangsung. Contohnya namakan diskaun tersebut sebagai “End February” dan setkan tarikh pilihan anda.

 

s3

Kemudian tekan ‘Save & Continue”

 

Langkah 5: Pilih produk yang anda ingin kenakan diskaun.

Cuma tick produk pilihan seperti gambar di bawah. Anda boleh pilih sebanyak mana yang anda mahu. Kemudian, tekan ‘Confirm’

 

Langkah 6: Tetapkan jumlah diskaun

Setkan jumlah diskaun dan had item yang boleh dibeli pada harga diskaun dalam ruang yang disediakan. Contohnya 10% dan 1 item sahaja. Kemudian tekan ‘Update all products’, dan ‘Done’.

s4

 

Siap!

 

Secara automatik produk akan ada label diskaun berwarna kuning. Harga barang juga akan berkurangan mengikut jumlah diskaun yang anda tetapkan sebentar tadi.

 

Cara Buat Diskaun Shopee Menggunakan Telefon 

Berikut adalah Langkah-langkah mudah yang anda boleh ikuti:

  1. Buka aplikasi Shopee di Telefon anda.
  2. Pada halaman utama, klik “ME”
  3. Klik pada “My Shop”
  4. Seterusnya anda pilih “Marketing Center”
  5. Anda akan Nampak beberapa pilihan, Klik pada “Discount Promotions”.
  6. Teruskan dengan klik pada “Create New Discount”
  7. Anda isikan semua maklumat yang diperlukan. Dah selesai isi terus SAVE sahaja.
  8. Harga selepas kita letak peratus tadi akan automatic ada kat situ, seperti gambar .
  9. Secara automatik produk akan ada label diskaun berwarna kuning. Harga barang juga akan berkurangan mengikut jumlah diskaun yang anda tetapkan sebentar tadi.
  10. Bila dah confirm, dan masa Promosi diskaun yang korang tetapkan dah tiba, Promosi Diskaun akan berpindah ke status “ongoing” yang bermaksud Promosi sedang berjalan atau berlangsung.  Kalau status berpindah ke “Expired”, Promosi dah tamat. Kalau kamu mau sambung promosi, renew saja semula masa Promosi tu.
  11. Ok !! Tengok tu, harga kasut adalah harga promosi, dan jumlah peratus yang kita tetapkan juga ada kat situ.

Banyak kaedah yang Shopee Seller Center sediakan untuk para usahawan Shopee guna untuk meningkatkan jualan. Semoga perkongsian CARA BUAT DISKAUN SHOPEE ini dapat membantu anda.

Artikel Lain: Cara Padam Delete Akaun Shopee

Leave a Comment