ePrasekolah KPM (Cara Daftar Prasekolah 2024/2025 Online)

ePrasekolah KPM (Cara Daftar Prasekolah 2024/2025 Online)

eprasekolah.moe.gov.my

Bagi ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM, kami ada kongsikan cara untuk mendaftar di eprasekolah.moe.gov.my. Anda juga boleh ketahui cara semak keputusan kemasukan prasekolah di sini.

Tarikh Permohonan Login ePrasekolah

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 secara dalam talian dibuka Mulai (Akan Dikemaskini Kemudian).

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan login ePrasekolah boleh dibuat bermula (Akan Dikemaskini Kemudian).

Semakan login ePrasekolah boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my

Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

Cara Daftar eprasekolah.moe.gov.my

  1. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Pengguna.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan diikuti dengan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  6. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang ‘Langkah 2’ atau seterusnya sehingga tamat.
  7. Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.
  8. Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan. Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.

Peringatan:

  • Sila pastikan katalaluan disimpan di tempat yang selamat bagi tujuan permohonan dan penyemakan.
  • Sila tekan butang LOG KELUAR bagi tujuan keluar dari sistem ini apabila selesai sesi.

 

Cara Log Masuk eprasekolah.moe.gov.my

  1. Layari eprasekolah.moe.gov.my.
  2. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Anda boleh memilih urusan anda. Antara urusan yang boleh dibuat ialah:
    • Kemaskini maklumat
    • Carian institusi
    • Status pendaftaran
    • Semak permohonan

Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM

Kaedah permohonan ke prasekolah boleh melalui dua cara iaitu:

Dalam Talian

  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula (Akan Dikemaskini Kemudian).
  • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my.
  • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
  • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada (Akan Dikemaskini Kemudian)
  • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.

Manual

  • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
  • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
  • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Semak Keputusan Permohonan Prasekolah KPM

Anda boleh mula memohon keputusan bermula (Akan Dikemaskini Kemudian). Semakan ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

Dalam talian

  • Semakan boleh dibuat melalui laman web eprasekolah.moe.gov.my

Manual

  • Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon

Bagi rayuan permohonan:

  • Ibu bapa/ penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau pejabat pendidikan daerah (PDD) / jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
  • Keputusan rayuan boleh disemak mulai (Akan Dikemaskini Kemudian) (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/ penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

 

Soalan Lazim

1.Bolehkan saya membuat permohonan prasekolah Online?

  • Boleh, layari eprasekolah.moe.gov.my untuk membuat permohonan.

2.Bilakah tarikh permohonan prasekolah dibuka setiap tahun?

  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula (Akan Dikemaskini Kemudian) manakala Tempoh permohonan secara manual bermula (Akan Dikemaskini Kemudian)

3.Bolehkah saya membuat permohonan prasekolah secara manual?

  • Boleh, sila hadir ke pejabat sekoalh yang ingin dipohom.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan eprasekolah.moe.gov.my

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari eprasekolah.moe.gov.my atau hubungi pihak sekolah yang berdekatan.

 

Baca Juga: LOGIN SMPK:Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan(smpk.moe.gov.my)

2 thoughts on “ePrasekolah KPM (Cara Daftar Prasekolah 2024/2025 Online)”

Leave a Comment