LOGIN SMPK:Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan(smpk.moe.gov.my)
Berikut adalah tatacara lengkap Login SMPK (Cara pengisian permohonan)
Tatacara Pengisian Permohonan Manual LOGIN SMPK
1.Buka laman smpk.moe.gov.my
2.Masukkan ID Pengguna
3.Masukkan Katalaluan
4.Klik anak panah ke kanan
Ketahui juga cara login sistem semakan slip peperiksaan pelajar. LOGIN SAPS
5.Klik menu Permohonan ePrasekolah
6.Klik Tambah Permohonan Manual
Nota : Paparan laman eprasekolah peringkat sekolah akan dipaparkan selepas pengguna klik Tambah Permohonan Manual
7.Klik Permohonan atau Borang Permohonan Prasekolah untuk mengisi permohonan manual
8.Masukkan No. Mykid
9.Klik Seterusnya
10.Lengkapkan semua maklumat murid berdasarkan borang permohonan yang telah dihantar oleh ibu
bapa/penjaga
11.Klik butang Langkah 2
12.Lengkapkan/kemaskini semua maklumat alamat semasa pemohon berdasarkan borang permohonan
yang telah dihantar oleh ibu bapa/penjaga
13.Klik butang Langkah 3
14.Lengkapkan semua maklumat
15.Maklumat Ibu
16.Maklumat Bapa
17.Tick kotak “Tandakan Sekiranya Tinggal Dengan Penjaga” dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan (sekiranya berkaitan).
Nota : Bagi kes anak tidak sah taraf (maklumat bapa tiada), isi maklumat bapa dengan perkataan Tidak Berkenaan dan pendapatan bapa adalah 0
15Klik butang Langkah 4
16Klik butang +Tambah Maklumat untuk memasukkan maklumat tanggungan
17Lengkapkan Maklumat Tanggungan
18Klik butang Simpan
19Ulang langkah 16 hingga 18 jika tanggungan lebih dari seorang (sila rujuk borang permohonan yang
dihantar oleh ibu bapa/penjaga).
Nota : Nama kanak-kanak yang memohon mesti dimasukkan dalam maklumat tanggungan ibu bapa/penjaga.
Tanggungan adalah tidak melibatkan suami atau isteri
20Klik butang Langkah 5 setalah memasukkan maklumat semua tanggungan
* klik pensil jika ingin kemaskini
** klik ikon tong sampah jika ingin padam maklumat tanggungan
21.Lengkapkan maklumat Sekolah Dipohon berdasarkan borang permohonan yang diterima oleh pihak
sekolah/institusi
22.Klik butang Langkah 6
23.Tick kotak pengesahan
24.Klik butang Hantar Permohonan
25.Klik butang :
26.SEMAKAN jika ingin membuat semakan
27.CETAK jika ingin membuat cetakan
28.KEMBALI KE SMPK jika ingin kembali ke laman Permohonan Kemasukan ePrasekolah atau ingin tambah permohonan manual yang lain.
Nota : Permohonan manual yang telah diisi akan dipaparkan bersama-sama dengan permohonan secara dalam talian
Ulang langkah 6 hingga langkah 24 untuk mengisi permohonan manual yang lain.
Tatacara Memproses Permohonan LOGIN SMPK
1.Klik menu Permohonan ePrasekolah
2.Klik pensil pada kolum tindakan untuk Kemaskini Status Permohonan
Nota : Markah wajaran hanya akan dipapar setelah permohonan disahkan oleh sekolah
3.Pilih Disahkan dan klik butang Kemaskini
NOTA:
– Sebarang proses kemaskini tidak boleh dilakukan jika permohonan telah disahkan. Sila buat semakan sebelum pengesahan dibuat.
– Bagi permohonan yang berstatus TIADA REKOD JPN. Pihak sekolah perlu menyemak sama ada maklumat yang diisi dalam sistem sama atau tidak sama dengan dokumen yang dihantar (Pastikan semakan dibuat : Adakah no mykid anak yang di masukkan adalah betul iaitu sama seperti dalam MYKID).
– Sekiranya maklumat dalam sistem adalah sama dengan dokumen asal, pihak sekolah perlu mengesahkan permohonan tersebut. Sekiranya maklumat dalam sistem tidak sama dengan dokumen, sila hubungi ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mengesahkan permohonan.
4.Pastikan semua permohonan disahkan supaya sistem boleh mengira markah wajaran secara automatik.
5.Muat turun Senarai Permohonan
NOTA: Sekiranya ada maklumat yang diisi oleh ibu bapa/penjaga tidak tepat (tidak sama seperti dokumen yang dihantar), sila buat pembetulan maklumat pada file excel yang dimuat turun berdasarkan dokumen sokongan yang dihantar. Pastikan markah wajaran dikira semula secara manual berdasarkan garis panduan yang telah diedarkan.
Contoh : a) Pendapatan bapa diisi RM500.00, sedangkan slip gaji RM5000.00
Sila betulkan pada kolum :
- Pendapatan bapa
- Jumlah Pendapatan (Pendapatan Bapa + Pendapatan Ibu)
- Pendapatan Perkapita (Jumlah Pendapatan ÷ Bil. Tanggungan)
- Wajaran Perkapita (sila rujuk jadual sistem merit)
- *Jumlah Wajaran (Wajaran Kohort + Wajaran Perkapita + Wajaran Penjaga + Wajaran Jarak)
b) Nama anak yang dimohon tidak dimasukkan dalam senarai tanggungan. Contoh: tanggungan
4 termasuk anak yang dimohon tetapi dalam sistem cuma dimasukkan 3 orang
Sila betulkan pada kolum :
- Tanggungan (bilangan adalah termasuk anak yang dimohon)
- Pendapatan Perkapita (Jumlah Pendapatan ÷ Bil. Tanggungan)
- Wajaran Perkapita (sila rujuk jadual sistem merit)
- *Jumlah Wajaran (Wajaran Kohort + Wajaran Perkapita + Wajaran Penjaga + Wajaran Jarak)
* NOTA: Pastikan senarai disusun semula mengikut susunan jumlah wajaran daripada tinggi ke rendah
sekiranya jumlah wajaran diubah bagi tujuan membuat keputusan semasa proses pemilihan
murid.
6.Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah. Pastikan semua keputusan dan
makluman dicatat dalam minit mesyuarat bagi tujuan memudahkan PPD/PPW/JPN membuat
semakan sebelum perakuan dibuat. (Sila hantar satu salinan minit mesyuarat ke PPD/PPW/JPN
sertakan bersama lampiran-lampiran yang berkaitan)
7.Klik Edit untuk Tetapkan Tarikh pendaftaran, Masa Pendaftaran, Tempat Pendaftaran, Tarikh Surat
dan Rujukan Kami (nombor rujukan fail). (Berdasarkan keputusan mesyuarat)
8.Masukkan semua maklumat yang diperlukan. (Maklumat ini akan dimasukkan dalam surat tawaran
bagi yang berjaya)
9.Klik pensil untuk kemaskini keputusan permohonan (Berjaya/Tidak Berjaya) di dalam sistem berdasarkan keputusan mesyuarat.
10.Pilih status sama ada berjaya atau tidak berjaya. Sekiranya berjaya, sila tetapkan kelas dan klik butang Kemaskini.
11.Tick kotak Hantar Pengesahan ke PPD/PPW/JPN dan klik butang HANTAR untuk diperakukan oleh
PPD/PPW/JPN.
12.Klik Ya jika pasti
NOTA: – Pastikan semua tindakan telah dibuat sebelum hantar pengesahan
– Sebarang perubahan/ kemaskini tidak boleh dilakukan oleh pihak sekolah selepas tindakan Hantar
Pengesahan ke PPD/PPW/JPN dibuat.
13.Surat tawaran kepada yang berjaya boleh dicetak oleh sekolah/institusi/ibu bapa/penjaga
Tatacara Permohonan Rayuan
Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga
melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan
adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang
dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.
Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui
sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.
1.Klik Mohon Rayuan pada kolum status rayuan (sekiranya ibu bapa/penjaga hadir dan ingin membuat
rayuan)
Nota : – PPD/PPW/JPN perlu memproses semua permohonan rayuan yang diterima.
– PPD/PPW/JPN perlu membuat keputusan berdasarkan kekosongan di sekolah/institusi dalam
PPD/PPW/JPN masing-masing.
– Keputusan permohonan rayuan oleh PPD/PPW/JPN adalah muktamad.
2.Lengkapkan maklumat yang berkaitan dan klik butang Hantar Rayuan
Bantuan Helpdesk
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
Atau
Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan
Unit Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dan Prasekolah Alamat Emel
NEGERI | ALAMAT EMEL |
JPN Johor | [email protected] |
JPN Kedah | [email protected] |
JPN Kelantan | [email protected] |
JPN Melaka | [email protected] |
JPN Negeri Sembilan | [email protected] |
JPN Pahang | [email protected] |
JPN Perak | [email protected] |
JPN Perlis eprasekolah. | [email protected] |
JPN Pulau Pinang | [email protected] |
JPN Sabah | [email protected] |
JPN Sarawak | [email protected] |
JPN Selangor | [email protected] |
JPN Terengganu | [email protected] |
JPWP Kuala | Lumpur [email protected] |
JPWP Labuan | [email protected] |
JPWP Putrajaya | [email protected] |
Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada: