LOGIN ePRASEKOLAH (PENDAFTARAN & SEMAKAN PRASEKOLAH ONLINE SESI 2023/2024)
Perhatian bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2022), kini anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem login ePrasekolah KPM.
Semakan status login ePrasekolah penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my/
Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web login ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh Permohonan Login ePrasekolah
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
Bagi murid tahun 1 pula, permohonan Pendaftaran Tahun 1 sekolah boleh dibuat di https://public.moe.gov.my bermula 1 Mac 2022
Semakan Keputusan Permohonan
Semakan keputusan permohonan login ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022.
Semakan login ePrasekolah boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my
Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.
Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2021
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.
Fungsi Sistem ePrasekolah
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi login ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:
- PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM
- Borang permohonan
- Semak dan kemas kini permohonan
- Rayuan permohonan
- KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif)
- CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
- SEMAK STATUS PENDAFTARAN
Semak status pendaftaran murid
Cara Mendaftar ePrasekolah KPM
Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM
Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar.
Daftar & Login ePrasekolah
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
- Lengkapkan Maklumat
Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa DI SINI.
- Kemaskini & Cetak
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2022 berserta dokumen yang berkaitan.
NOTA:
- Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
- Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
- Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
- Semak Status Permohonan
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2021.
Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).
NOTA:
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
- Rayuan
Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah
Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.
Bantuan / Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected]
Baca Juga: HRMIS 2.0 Login:Log Masuk Portal hrmis2.eghrmis.gov.my