upu.mohe.gov.my (Permohonan UPU Sesi Akademik 2023/2024)
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) untuk kemasukan sesi akademik 2023/2024 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Hebahan Permohonan UPUONLINE 2023/2024
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
Tarikh Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2023/2024
- Mei 2023 hingga Jun 2023
Tempoh Setuju Terima Tawaran UPU Online
Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:
- Mei 2023 hingga Jun 2023
Cara Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2023/2024
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022.
Pautan Semakan UPU Online (upu.mohe.gov.my)
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
Cara Rayuan UPUOnline
Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/
Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Bila tarikh buka Permohonan UPU Sesi Akademik 2023/2024?
Pemohononan boleh dibuat pada mengikut setiap fasa iaitu:
- Fasa 1 : 7 Januari 2023 (12.00 Tengah Hari) hingga 28 Mac 2023 (5.00 Petang)
- Fasa 2 : 15 Mei 2023 (12.00 Tengah Hari) hingga 12 Jun 2023 (5.00 Petang)
NOTA: Boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga
Info Penting
Pembelian PIN : Tidak diperlukan kerana bayaran proses dikecualikan dan akan ditanggung oleh kerajaan. Permohonan boleh dibuat terus ke laman sesawang UPU tanpa pin unik ID di mana pemohon hanya perlu mendaftar, log masuk, dan mengisi maklumat peribadi.
Anda boleh klik pautan ini
Bagaimanakah cara buat Permohonan UPU Sesi Akademik 2023/2024?
Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:
- Layari pautan permohonan UPUOnline
- Pantikan anda membuat semakan terhadap:
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan. dan klik pada Simpan
- Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.
NOTA: Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
Senarai kategori Permohonan UPU Sesi Akademik
PERMOHONAN LEPASAN SPM | PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF |
SPM 2022 SPM 2021 & SPM 2020 |
|
Bagaimanakah cara isi borang Permohonan UPU online Sesi Akademik?
Kepada yang telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Anda boleh klik pautan ini : upu.mohe.gov.my
Berikut dikongsikan Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2021-2022 buat panduan pemohon. Carta alir terkini sesi 2022-2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Daftar Kali Pertama
- Login
- Isi Maklumat Peribadi
- Isi Maklumat Keluarga
- Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
- Isi Maklumat Lain-lain
- Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
- Seterusnya Isi Maklumat Akademik
- Klik SAH dan HANTAR
- Paparan Slip Permohonan dalam Format PDF
Bagaimana jika terlupa password upu online?
- Kemudahan ini sebenarnya hanyalah untuk pemohon yang telah membuat pendaftaran sebelum ini.
- Pemohon yang telah membuat pendaftaran tetapi telah kehilangan atau lupa kata laluan mereka untuk log in ke dalam sistem UPU Online.
- Caranya ialah sila pergi ke menu utama dan klik “Lupa Kata Laluan”
- Masukkan maklumat sepeti yang tertera untuk Reset kata lalaun. Semua medan adalah WAJIB diisi.
- Setelah tekan butang Hantar, Sila log masuk menggunakan kata laluan baru anda. Salinan kata laluan baru akan dihantar ke E-Mel yang didaftarkan.
- Dapatkan kata laluan baru dan anda boleh log in semula ke portal rasmi UPU Online.
Artikel lain : Jadual Tarikh Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara
Hi, Bilakah tarikh kemaskini bagi lepasan setaraf?
kenapa di page upu saya tiada tempat untuk lupa kata laluan?
samaa.. dah tahu cara reset kata laluan?