upu.mohe.gov.my (Permohonan UPU Sesi Akademik 2024/2025)

upu.mohe.gov.my (Permohonan UPU Sesi Akademik 2024/2025)

upu.mohe.gov.my

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) upu.mohe.gov.my untuk kemasukan sesi akademik 2024/2025 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

Hebahan Permohonan UPUOnline 2024/2025

Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline® akan dibuka.

Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan Fasa Kedua.

Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 503 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,111 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

 

Senarai kategori Permohonan UPU Sesi Akademik

PERMOHONAN LEPASAN SPMPERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF
SPM 2023

SPM 2021 & SPM 2022

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA / Politeknik
  • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
  • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
  • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Institut Penggajian Ditawarkan UPUOnline

Berikut adalah merupakan antara intitut penggajian yang boleh dimohon menerusi UPUOnline iaitu:

  • 20 Universiti Awam
  • 36 Politeknik
  • 105 Kolej Komuniti
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

 

Tarikh Permohonan UPUOnline Sesi 2024/2025

Permohonan mulai dibuka bermula pada:

  • Fasa Pertama: 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024
  • Fasa Kedua: 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024

 

Lokasi Pembelian No PIN UPUOnline

  • Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
  • BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.
  • Tariah pembelian no PIN UPUOnline bermula pada 28 Februari 2024 sehingga 08 Jun 2024

 

Harga No PIN UPUOnline

Kadar harga bagi no PIN UPUOnline adalah RM10.60

 

Panduan Pemilihan Program Penggajian UPUOnline

Berikut adalah merupakan panduan untuk anda membuat pemilihan program penggajian iaitu:

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

 

Cara Permohonan UPUOnline 2024/2025 (upu.mohe.gov.my)

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Layari pautan permohonan UPUOnline
  2. Pantikan anda membuat semakan terhadap:
    • Semak katagori anda dan pastikan kategori anda betul.
    • Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline dan kirat merit disini.
    • Semak tren permohonan dan penawaran.
    • Semak laluan kerjaya.
  3. Isi permohonan UPUOnline.
  4. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  5. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  6. Lengkapkan borang permohonan. dan klik pada Simpan
  7. Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.

NOTA: Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

 

Cara Semakan Permohonan UPUOnline 2024/2025 (upu.mohe.gov.my)

Kepada pemohon boleh membuat semakan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan semakan UPUOnline
  2. Log masuk seperti biasa.
  3. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  4. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran

 

Tempoh Akaun Setuju Terima Tawaran UP Online 2024/2025

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

  • Akan dikemaskini kemudian

 

Pautan Semakan UPU Online (upu.mohe.gov.my)

 

Cara Rayuan UPUOnline (upu.mohe.gov.my)

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

 

Bagaimanakah cara isi borang Permohonan UPUonline Sesi Akademik?

Kepada yang telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Anda boleh klik pautan ini : upu.mohe.gov.my

Berikut dikongsikan Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2021-2022 buat panduan pemohon. Carta alir terkini sesi 2022-2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  1. Daftar Kali Pertama
  2. Login
  3. Isi Maklumat Peribadi
  4. Isi Maklumat Keluarga
  5. Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  6. Isi Maklumat Lain-lain
  7. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
  8. Seterusnya Isi Maklumat Akademik
  9. Klik SAH dan HANTAR
  10. Paparan Slip Permohonan dalam Format PDF

 

Bagaimana jika terlupa password upuonline? 

  1. Kemudahan ini sebenarnya hanyalah untuk pemohon yang telah membuat pendaftaran sebelum ini.
  2. Pemohon yang telah membuat pendaftaran tetapi telah kehilangan atau lupa kata laluan mereka untuk log in ke dalam sistem UPU Online.
  3. Caranya ialah sila pergi ke menu utama dan klik “Lupa Kata Laluan”
  4. Masukkan maklumat sepeti yang tertera untuk Reset kata lalaun. Semua medan adalah WAJIB diisi.
  5. Setelah tekan butang Hantar, Sila log masuk menggunakan kata laluan baru anda. Salinan kata laluan baru akan dihantar ke E-Mel yang didaftarkan.
  6. Dapatkan kata laluan baru dan anda boleh log in semula ke portal rasmi UPU Online.

 

Artikel lain : Jadual Tarikh Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 

3 thoughts on “upu.mohe.gov.my (Permohonan UPU Sesi Akademik 2024/2025)”

Leave a Comment