KPTM & UPTM Permohonan Kemasukan Ambilan 2024

KPTM & UPTM Permohonan Kemasukan Ambilan 2024

KPTM & UPTM

Kepada para graduan yang masih berminat untuk menyambung penggajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bagi kemasukkan ambilan 2024, permohonan kini telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada anda syarat kelayakan dan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU KPTM & UPTM

Berikut adalah merupakan maklumat mengenai asas KPTM&UPTM iaitu:

KPTMKolej Poly-Tech MARA pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003. Kini ianya sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional.
UPTMUniversiti Poly-Tech Malaysia pula yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jurusan yang ditawarkan kepada pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

BIDANG PENGGAJIAN DITAWARKAN 

Berikut adalah merupakan bidang penggajian yang ditawarkan iaitu:

 

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu:

KPTM
  1. SPM:- Minimum 3 Kepujian SPM mana-mana subjek bagi semua program Diploma.
  2. Kecuali bagi Diploma in Nursing yang memerlukan 5 Kepujian bagi subjek berikut:
    • Bahasa Malaysia
    • Matematik/Matematik Tambahan
    • Salah satu kredit dalam matapelajaran berikut:
      • Sains atau
      • Biologi atau
      • Kimia atau
      • Fizik atau
      • Applied Science
    • Kredit dalam mana-mana 2 mata pelajaran lain
    • Lulus Bahasa Inggeris
UPTM
  1. Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana mana 2 mata pelajaran.
  2. Lepasan STAM: Lulus dengan Gred minimum pangkat Jayyid.
  3. Lepasan Diploma: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  4. Lepasan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00.

 

TARIKH PERMOHONAN KPTM & UPTM 2024

Permohonan kemasukkan bagi sesi 2024 mula dibuka pada 19 Februari 2024.

 

CARA PERMOHONAN KPTM & UPTM

Kepada pemohon yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal pengambilan eAdmission
  2. Klik NEW APPLICATION
  3. Pastikan calon melengkapkan semua maklumat yang diperlukan sebelum Klik –> REGISTER
  4. Pastikan calon menggunakan EMEL dan NO. KAD PENGENALAN yang sah sebagai Username dan Password
  5. Permohonan akan diproses sebaik sahaja calon melengkapkan semua butiran yang diperlukan (Profile, Qualification, Program Selection, Transcript (bagi permohonan Ijazah) dan Acknowledgement).
  6. Calon yang layak akan menerima emel tawaran.
  7. Tawaran adalah bersifat tawaran bersyarat. Calon dikehendaki membuat pengesahan terima tawaran dengan membuat Bayaran Pengsahan Terima Tawaran dan Yuran Pendaftaran seawal mungkin di menu Payment

NOTA PENTING: Keutamaan tawaran akan diberikan kepada calon yang telah membuat Bayaran Pengesahan Terima Tawaran dan Yuran Pendaftaran AWAL (1st come 1st serve basis). Tawaran akan ditutup apabila KUOTA AMBILAN bagi program yang dimohon telah penuh. Sila ambil maklum bahawa permohonan kemasukan ke KPTM/UPTM hanya boleh dibuat dengan KEPUTUSAN RASMI SIJIL/SPM/STAM/ASASI/STPM/DIPLOMA & IJAZAH

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumut lanjut atau sebarang persoalan mengenai kemasukkan KPTN & UPTN, anda boleh merujuk saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment