Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 (Semak Tarikh Bayaran)

Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 (Semak Tarikh Bayaran)

Insentif Alat Bantuan Mengajar

Berita gembira buat pendidik di Malaysia, anda bakal menikmati insentif sebanyak RM100 untuk digunakan membeli alatan bantuan mengajar.

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 seperti diumumkan dalam Bajet 2022 merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan buat guru yang bertungkus lumus menjayakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Apa Itu Insentif Alat Bantuan Mengajar

Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM 100 kepada lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid semasa tempoh pandemik

Siapakah Yang Layak Insentif Alat Bantuan Mengajar

Bayaran layak diberikan kepada pegawai yang melaksanakan PdPR dalam tahun 2021 seperti berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:

 

  • Prasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia), Sekolah Reendah dan Sekolah Menengah
  • Kolej Vokasional
  • Kolej Tingkatan 6
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPM
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajra di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

 

Pembayaran ini TIDAK LAYAK diberikan kepada:

  • Lantikan MyStep
  • Guru SABK lantikan Kerajaan Negeri
  • Guru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022
  • Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021
  • Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021
  • Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021
  • Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib

 

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

Cara Permohonan Insent1f Khas Alat Bantuan Mengajar

  • Bayaran Insentif Khas ini akan diuruskan oleh pusat pembayar kepada guru yang layak tanpa perlu memohon.
  • Ianya merupakan tanggungan pusat pembayar di mana guru tersebut berkhidmat pada tarikh pembayaran.
  • Untuk keterangan lanjut, sila layari SINI

Info Lanjut

Maklumat Lanjut: https://budget.mof.gov.my/ms/

 

Artikel Lain: Semakan Penempatan Guru One Off 2022

Leave a Comment