Senarai Koleksi  Ucapan & Pantun Selamat Tahun Baru 2024(Happy New Year)

Senarai Koleksi  Ucapan & Pantun Selamat Tahun Baru 2024(Happy New Year)

ucapan selamat tahun baru

Saban tahun, hari berganti hari akhirnya tahun baru akan tiba. Pastinya banyak impian dan azam baru yang mahu kita capai pada tahun mendatang. Pelbagai cara atau kaedah yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menyambut tahun baru yang bakal muncul. Lagi elok kita memberikan ucapan selamat tahun baru buat semua.

Ucapan yang ringkas dan menarik juga boleh dikirimkan kepada ahli keluarga atau rakan yang menyambut tahun baru. Kami akang kongsikan ucapan yang boleh anda gunakan.

Ucapan Selamat Tahun Baru Kepada Orang Tersayang

SELAMAT TAHUN BARU. Semoga
Januari akan menjadi kisah ceriamu.
Februari akan menjadi cerita romantis.
Mac akan menjadi perjalanan damai
April akan menjadi masa senda tawa
Mei akan menjadi catatan kejayaan
Jun hingga November akan menjadi cerita kebahagiaanmu.
Dan Disember akan menjadi kenangan manis yang terindah buatmu.

Tinggalkan semua kesedihan yang pernah kamu alami. Biarkan ia berlalu. Mari mulai lembaran baru dengan penuh semangat dan optimis demi masa depan yang penuh harapan.

Semoga apa yang diharapkan namun tidak tercapai akan terwujud pada tahun baru ini. Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Biarkan yang lalu menjadi kenangan dan pengalaman. Kerana masa depan masih menanti perjuangan dan kemantapan diri kita. Selamat tahun Baru 2024

Selamat tahun baru. Semoga di tahun baru ini, memberikan anda kehangatan cinta dan cahaya untuk memandu jalan menuju tujuan yang positif.

Masa lalu adalah sejarah. Masa depan adalah misteri. Lepaskan semua kenangan buruk di masa lalu. Gapailah kebahagiaan di masa depan.

Jalan-jalan naik pedati, menikmati pemandangan indah sekali. Tidak terasa tahun berganti. Semoga cinta tetap abadi.

Anda boleh menyemak tarikh cuti am di sini https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am

Ucapan Selamat Tahun Baru Kepada Kawan

Jangan masuk toilet pada tanggal 31 Disember 2023 Jam 23:59. Kerana kamu akan keluar pada tahun baru

Jadilah cahaya dalam balutan kegelapan yang kelam. Jadilah inspirasi yang mampu emmberikan pencerahan. Selamat Tahun Baru

Kadang tidak bererti. Kadang tidak bermakna. Semoga ditahun baru ini, setiap lembaran menjadi lebih bermakna. Selamat Tahun Baru 2023.

Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baru. Semoga hidup sentiasa diberkatiNya dan dipermudahkan di setiap langkah dalam meraih sejuta impian.

Ucapan Selamat TahunBaru Kepada Keluarga

Semoga tahun baru ini memberimu banyak kegembiraan dan kesenangan. Semoga kamu menemukan kedamaian, cinta, dan kesuksesan.”

 “Saya berharap tahun baru akan menjadi tahun terbaik dalam hidupmu. Semoga semua impianmu menjadi kenyataan dan semua harapanmu terpenuhi.”

 “Saya berharap hidupmu akan penuh kejutan dan kegembiraan di tahun baru yang akan segera dimulai. Semoga kamu diberkati dengan semua yang kamu inginkan dalam hidup.”

Pantun Tahun Baru

Ucapan selamat tahun baru lebih menarik jika diselitkan dengan pantun.

Jalan merempuh pepohon ru;
Masa berlalu jadi teladan,
Dalam menempuh tahun baru.

Cuaca gemilang nun membiru,
Malam purnama gemerlap bintang;
Bila menjelang tahun baru,
Azam lama digilap ditatang.

Dari barat pergi ke hulu,
Membawa bayam penuh sesampan;
Tercicir hasrat tahun berlalu,
Apakah azam tahun hadapan?

Angin menderu di Danau Toba,
Terbang gagak hinggap di tebat;
Tahun baru menjelang tiba,
Apakah tertunggak hutang ibadat?

Buah papaya buah kuini,
Buah duku mari diikat;
Azam saya pada tahun ini,
Hendak meluku murid yang jahat

Daun palas jatuh ke riba,
Layu berguguran di angin deru;
2016 menjelang tiba,
Menanti cabaran di alaf baru.

Semoga perkongsian ucapan selamat tahun baru ini dapat menceriakan tahun baru anda.

Artikel Lain : Koleksi Ucapan Hari Lahir 

Leave a Comment