Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) 2023 Login & Kemaskini Data Murid
Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) merupakan fungsi yang terdapat di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid.
APB digunakan untuk membuat pendaftaran pelajar yang berada di dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Para pihak yang bertugas bagi setiap sekolah perlu mengemakini data di dalam ABP bagi melayakkan murid/ pelajar mendapakanan KWAPM 2023.
Kami akan membantu anda dalam menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) dengan mudah.
Kategori Akses Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
Berikut merupakan kumpulan pengguna yang boleh mengakses sistem APB ini:
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Pengetua / Guru Besar sekolah
- Guru KWAPM yang telah dilantik oleh sekolah
Maklumat Murid Dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
Maklumat-maklumat berikut diperlukan oleh pihak sekolah daripada murid untuk dikemaskini dalam SPS Modul Pengurusan Murid:
- No KP Murid
- Nama Murid
- Darjah/Tingkatan Murid
- Status Warganegara Murid
- Kaum murid
- Nama ibubapa
- No KP ibubapa
- Pendapatan ibubapa
- Tanggungan ibubapa
Cara Akses Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
Bagi memastikan individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini maklumat murid dalam APB, Pengetua atau Guru Besar dan Guru KWAPM perlu didaftarkan dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).
Kemudian sila akses ke alamat di bawah :
- http://sps.moe.gov.my/utama.php
- Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid SPS
menggunakan ID yang telah didaftarkan. - Setelah log masuk, klik link “Ke Pengurusan
Bantuan
Cara login dan kemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
Laman APDM boleh diakses melalui pautan https://apdm.moe.gov.my/
Kemudian, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk login APB dan mengemaskini maklumat terkini murid:
- Layari laman APDM
- Log masuk akaun dengan memasukkan makluma ID Pengguna dan Kata Laluan
- Tandakan pada kotak “Saya bukan robot”
- Klik butang Log Masuk
- Klik pada Biasiswa Sukan untuk mengemaskini maklumat biasiswa sukan murid
Dengan penggunaan sistem APB ini, diharapkan pihak yang terlibat seperti para guru dalam memanfaatkan sistem ini demi kebaikan murid-murid terutamanya dari golongan yang layak mendapat bantuan KWAPM.
Login APB Permohonan BKP
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – https://sps1.moe.gov.my
Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Login APB Permohonan KWAPM
Caranya adalah login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid pada pautan https://apdm.moe.gov.my
Pergi ke menu APDM dan klik “ke Pengurusan bantuan”.
Dan masuk ke dalam menu KWAPM untuk mengemaskini maklumat murid yang layak menerima bantuan ini.
Untuk memudahkan para admin sila rujuk manual aplikasi pengurusan bantuan klik:
Aplikasi Pengurusan Bantuan Modul Pengurusan KWAPM
Baca Juga: Prmohonan Pertukaran Guru 2021
Login APB Permohonan Biasiswa Sukan
Link untuk akses ke Login APB biasiswa sukan telah diwujudkan dalam APDM di bawah
menu ‘Ke Pengurusan Bantuan’
Untuk APB biasiswa sukan ikuti langkah mudah dibawah:
- Login di pautan : https://apdm.moe.gov.my
- Masukkan ID Pengguna & Kata Laluan
- Tandakan didalam Kotak ‘Saya bukan robot’
- Klik Log Masuk
- Kemudian klik biasiswa sukan untuk pengurusan biasiswa sukan murid
- Isikan maklumat yang diperlukan
Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara Login APB biasiswa sukan klik link dibawah untuk manual APB biasiswa sukan:
Manual LOgin APB Pengurusan Biasiswa Sukan
Permohonan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas EMK
Permohona EMK dilakukan oleh pihak sekolah rujuk panduan seperti dibawah
Permohonan Sekolah:
- Diambil daripada Sistem Pengurusan Sekolah
- (SPS) – Modul Pengurusan Murid
- ◦ Dipilih mengikut maklumat OKU
Tindakan sekolah :
- Guru Kelas kemaskini maklumat OKU di dalam Modul Pengurusan Murid SPS seperti biasa
- Guru EMK perlu menyemak murid yang layak memohon di APB EMK.
- Guru EMK perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).
(Rujuk tatacara pendaftaran guru bantuan melalui eOPERASI di muka hadapan Modul Pengurusan Murid)
- Kemudian sila akses ke alamat di bawah :
http://sps.moe.gov.my/utama.php
atau
https://apdm.moe.gov.my
- Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid menggunakan ID yang telah didaftarkan.
Untuk memudahkan para admin sila rujuk manual aplikasi pengurusan bantuan EMK klik:
Aplikasi Pengurusan Bantuan Modul Pengurusan EMK
atau
Manual Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas
baca Juga: LOGIN eOPERASI KPM GURU