PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41 BERMULA 7 JULAI 2021(18,702 Kekosongan)

PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41 BERMULA 7 JULAI 2021(18,702 Kekosongan)

PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan satu sidang media berkenaan pengambilan khas permohonan Guru secara oneoff gred DG41.

Pengambilan ini dilakukan secara one-off yang melibatkan kekosongan jawatan sebanyak 18,7022.

Kekosongan jawatan ini adalah bagi Pegawai Perkhdimatan Pendidikan Gred DG41.

PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41

Baca Juga:CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI 2021(Speaking Reading Listening & Writing)

Kenyataan Media KPM Kekosongan Guru

PENGAMBILAN GURU DG41 MULAI 7 JULAI 2021

 

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.

Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.

“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Bagi yang ingin membuat permohonan, sila buat pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), iaitu badan yang bertanggungjawab membuat pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran seperti guru dan pensyarah.

Baca Juga: E-LEMBAGA PEPERIKSAAN:PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN & SEMAK SEMULA STATUS

Penjelasan “PENGAMBILAN GURU SECARA ONE-OFF”

Oleh YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan)

“One Off” bermaksud pengambilan khas ini akan dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar.

 

Penjelasan:

Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41.

Seramai 18 702 orang guru akan ditempatkan

Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP

 

Tujuan pengambilan khas secara one off

1) Mengatasi jurang kekurangan guru

2) Menyahut Pelan Pemulihan Negara

 

Perbezaan pengambilan khas ‘one-off’ dengan pengambilan biasa setiap tahun.

1) Jumlah pengambilan guru kebiasaannya 5000 sahaja, manakala pengambilan khas akan menempat 18,702 guru.

2) Pengambilan biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/matapelajaran yang memerlukan guru, manakala pengambilan khas ini adalah bagi menutup jurang kekurangan guru.

Baca Di Sini: CARA DAFTAR MySPP 2021:PERMOHONAN PENGAMBILAN GURU ONE-OFF DG41

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
  • Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
  • Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
  • Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN

Bagaimana dengan graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka?

Akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua.

*Contoh: Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains.

 

Baca Juga: IKHTISASS SMART SELANGOR STDC:PERMOHONAN TAJAAN YURAN PENGAJIAN 10 KURSUS TVET

Proses Permohonan Guru Oneoff DG41

  • Rujuk portal rasmi SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)
  • Iklan akan dikeluarkan 7 Julai 2021 (save the date!)
  • Akan diterangkan dengan lebih lanjut di iklan akan datang.

Secara ringkas:-

PERMOHONAN > TAPISAN 1 (Kelayakan, bidang yang dipohon) > Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) – (bagi calon bukan pendidikan) > Lulus > Temuduga > Keputusan temuduga > Penempatan.

.

Makluman tambahan.

Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP.

Penempatan akan diuruskan oleh KPM.

 

Status Penempatan

Oktober 2021

Bakal guru dinasihatkan agar BERSEDIA untuk ditempatkan di mana-mana sahaja demi memenuhi keperluan negara.

“Guru mestilah berjiwa pendidik”.

.

Yang benar,

Ifa Safirah Abd Rahim

Yang bercita-cita untuk jadi pendidik.

 

Rujuk pautan pada hantaran asal di Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4169918253069986&id=100001555579540

Permohonan Guru OneOff DG41 Online

Iklan dan permohonan guru oneoff DG41 ini akan mula dibuuka pada 7 Julai 2021. Di mana permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian.

Penempatan permohonan guru oneoff DG41 pula akan diadakan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober 2021.

PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41

Baca Juga: CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK ORANG LAIN(DATUK NENEK IBUBAPA/TANGGUNGAN) GUNA MySEJAHTERA

Senarai Kekosongan Mata Pelajaran

Kekosongan permohonan guru oneoff DG41 mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

PERMOHONAN GURU ONEOFF DG41

Baca Juga:PENGAMBILAN TLDM 2021:PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMAKAN STATUS(Lepasan SPM/SVM/Diploma Kejuruteraan)

Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP

Pemohon permohonan guru oneoff DG41  boleh mengisi mySPP namun dinasihatkan membaca Maklumat Jawatan terlebih dahulu untuk mengelakkan jawatan yang dimohon tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Langkah Permohonan Jawatan mySPP adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke mySPP
  2. Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon semasa proses daftar akaun baharu)
  3. Klik butang ‘SIMPAN’ setelah semua maklumat lengkap diisikan
  4. Isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’
  5. Isikan Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika tiada klik butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’
  6. Seterusnya klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ serta sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.
  7. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon
  8. Permohonan mySPP 2Nota: Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon justeru pastikan maklumat dimasukkan adalah betul
  9. Untuk membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan klik butang <<
  10. Seterusnya pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan
  11. Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi
  12. Nota: Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki
  13. Pastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan
  14. Jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses

Baca Juga: PERMOHONAN POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI:PENDAFTARAN & KEMASKINI (SESI AKADEMIK 2021/2022)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan permohonan guru oneoff DG41 boleh hubungi Hotline mySPP seperti berikut:

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020

Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022

Leave a Comment