BINGKAS 2022 (Login Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )

BINGKAS 2022 (Login Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )

 

BINGKAS

Berita gembira buat penduduk Selangor, Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ini akan memperuntukkan RM3,600 setahun iaitu sebanyak RM300 sebulan kepada keluarga yang layak.

BINGKAS telah diumumkan di dalam Belanjawan 2022 Selangor hari ini dengan peruntukan sebanyak RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga dan termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

Bantuan sebanyak RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

Pada tahun 2021, penerima bantuan KISS dan KISS-IT sedia ada adalah seramai 21,000 orang serta 9,000 orang tambahan penerima akan menikmati manfaat Program BINGKAS yang dijangka bermula pada Februari 2022,

 

Apa Itu BINGKAS

Inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah usaha kerajaan negeri Selangor dalam membantu meringankan beban penduduk Selangor. Langkah ini bertujuan memastikan anak Selangor menjalani kehidupan yang lebih stabil dari segi ekonomi lagi-lagi Ketika musim pandemik ini.

Info Penting BINGKAS

Kerajaan Negeri Selangor melalui BINGKAS akan menyalurkan bantuan melalui program berikut:

  • Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
  • KISS Ibu Tunggal (KISS-IT)

Nilai Bantuan BINGKAS

Penerima bantuan akan menerima sebanyak RM300 sebulan selama setahun bermula Februari 2022

Syarat Kelayakan Permohonan

Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan

 

PERMOHONAN BARU BINGKAS (ONLINE)

1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.

Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.

2. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di www.bingkasselangor.com

3. Permohonan yang dibuat mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

– Warganegara Malaysia;
– Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
– Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
– Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
– Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

Dokumen Pendaftaran:

  • 1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • 2) Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan
  • 3) Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)
  • 4) Salinan semakan SPR
  • 5) Salinan Kad OKU (jika berkaitan)
  • 6) Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)

4. Setiap permohonan akan ditapis bagi memastikan hanya yang berkelayakan dan memerlukan yang akan diluluskan.

*Laman sesawang www.bingkasselangor.com hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi

* Sila pastikan setiap dokumen yang dimuatnaik adalah betul dengan mengikut turutan ‘column’.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075

Sukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah. Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.

Langkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini : shorturl.at/amqwH

2. Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang www.bingkasselangor.com bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.

*Laman sesawang www.bingkasselangor.com hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi

 

CARA MENDAFTAR

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  1. Pusat Wanita Berdaya

 

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN DENGAN PERMOHONAN

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  • Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan dataeKasih
  • Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

 

Manfaat Kad KISS (BINGKAS)

  • Kad KISS akan diberikan kepada yang layak
  • Kad ini boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
  • Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai RM300 setiap bulan secara automatic

 

Cara Semakan KISS dan KISS IT

 Anda boleh membuat semakan dengan hanya memasukan nombor kad pengenalan anda disini : https://kiplepay.com/cards/card-activation

 

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan Iltizam Anak Selangor (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

 

4 thoughts on “BINGKAS 2022 (Login Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )”

  1. 29/9 & 30/9 saya pergi kedai nak beli barang guna bingkas. Tp cashier tu kata tak boleh nak scan barcode bingkas saya. 2 kali pergi, 2 kali tak boleh scan. Kenapa yaa? Saya nak habiskan bingkas saya pun, tak boleh. Kecewa sangat 😭😭

    Balas
  2. mak saya penerima kiss . Kenapa sekarang bingkas takde dapat bantuan ? Nak kemaskini pun untuk penerima kiss tidak ada . Macam mana yee ?

    Balas

Leave a Comment