Semakan e-UKCG 2023 (Tarikh Keputusan UKCG & Tips Calon)
Anda ingin membuat Semakan UKCG online . Bilakah tarikh semakan UKCG online 2023.
Nama calon berjaya layak menduduki UKCG akan diumumkan dan boleh membuat semakan secara atas talian/ online. UKCG diadakan bagi menapis pemohon sebelum pemohon layak menerima tawaran kemasukan ke IPG.
Apakah UKCG & eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
Semakan Keputusan UKCG 2023
Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ mulai 20 Julai 2023 (Khamis), jam 3.00 petang.
Cara semakan Keputusan e-UKCG IPG
Anda boleh layari pautan ini : https://pismp.moe.gov.my/
Semakan online juga boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
TIPS LULUS eUKCG
- UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
- Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
- Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
- Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
- Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
- Soalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.
: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.
No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok
- Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.
: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.
- Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.
: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.
Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.
TARIKH UJIAN eUKCG 2023
Akan dikemaskini untuk 2023
e-UKCG dijalankan pada tarikh berikut:
- Saringan Ujian Kelayakan Calon Guru: 11-16 Oktober 2021
- Semakan Keputusan e-UKGC & Panggilan Temuduga : 17-31 Oktober 2021
- Saringan Temuduga Lantikan CoS : 1-14 November 2021
- Keputusan : 27 November 2021
Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:
Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/
Tarikh Semakan Keputusan UKCG ONLINE
Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ mulai 20 Julai 2023 (Khamis), jam 3.00 petang.
Maklumat Lanjut
- Calon telah menduduki UKCG/ temu duga tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status semakan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi ditetapkan
- Pemohon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temuduga serta tawaran (sementara) dalam permohonan online
- Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
- PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU : Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Untuk maklumat lanjut tentang Semakan UKCG online, sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/6769
emel : [email protected] | [email protected]
Tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil ke semakan UKCG Calon Guru IPG 2021.
Semoga anda berjaya untuk mendapat tawaran kemasukan ke IPG yang dihajati.
Artikel Lain : Semakan keputusan Rayuan IPG
Assalamualaikum,
Tarikh Semakan Keputusan UKCG ONLINE
Berikut adalah tarikh semakan keputusan UKCG Online:
Pengumuman rasmi calon jaya adalah pada 27 November 2021.
27 November tu tarikh keputusan temuduga kan? Tarikh keputusan UKCG Online kalau tak silap pada 27 Oktober 2021 (Rujuk: https://mypdpp.moe.gov.my/IKLAN_2021/PK_cos_carta_2021.pdf)
Maaf … pembetulan
Tarikh keputusan UKCG Online kalau tak silap pada 28 Oktober 2021 (Rujuk: https://mypdpp.moe.gov.my/IKLAN_2021/PK_cos_carta_2021.pdf)