Senarai Nota Lengkap Tatabahasa (Sekolah Menengah)
Bahasa Melayu adalah salah satu subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk menguasai subjek ini, pelajar perlulah selalu membuat ulangkaji nota dan sering membuat latihan.
Kami akan membantu anda dengan menyediakan nota berkenaan Tatabahasa Bahasa Melayu yang ringkas dan padat.
Apa Itu Tatabahasa Bahasa Melayu
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya “minum”. “Minum” tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata “diminum” boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu “di” dan “minum”. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Maklumat lanjut berkenaan tatabahasa boleh layari pautan INI
Kata Ganti Nama
Dalam tatabahasa Melayu terdapat iaitu Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Tatabahasa perlu tepat dan betul untuk membuat ayat.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama | Penggunaannya |
aku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba (tunggal) | digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
patik (tunggal) | digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
beta (tunggal) | digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
kami (jamak) | digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita (jamak) | digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua |
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk | contoh kata nama diri pertama |
tunggal | beta, patik, aku, saya |
jamak | kita, kami, kita orang |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk | contoh kata Ganti Diri kedua | |||
Tunggal | tuanku, wak, kamu, anda, engkau | |||
Jamak | kalian | |||
Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya | |||
anda (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita | |||
awak (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita | |||
engkau (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga | |||
tuanku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja | |||
kalian (jamak) | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap | |||
kamu (tunggal dan jamak) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk | Contoh kata ganti diri ketiga | |||
tunggal | ia, dia, beliau, baginda | |||
jamak | mereka | |||
Kata Ganti Diri Ketiga | Penggunaannya | |||
baginda (tunggal) | digunakan untuk raja dan sultan | |||
beliau (tunggal | digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin | |||
dia dan ia (tunggal) | digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan | |||
mereka (jamak) | digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 “Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 “Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan,” kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 ” tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu,” kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri | Tunggal | Bilangan Banyak / Jamak |
Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) | aku saya patik hamba | kami kita |
Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap ) | awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku | awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian |
Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya) | dia ia nya beliau baginda | mereka |
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda | Orang | Tempat | Masa | Hal | Bilangan | |||
apakah | siapakah | manakah | bilakah | bagaimanakah kenapakah mengapakah | berapakah | |||
Kata Ganti Nama | Penggunaannya | |||||||
apa | digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan | |||||||
siapa | digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang | |||||||
mana | digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat |
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat | Penggunaannya | |||
sana | digunakan untuk tempat yang dianggap jauh | |||
sini | digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap | |||
situ | digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana | |||
Benda, orang, Binatang | ini, itu | |||
Tempat | sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh) | |||
Keadaan | begini, begitu, demikian |
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Tatabahasa perlu tepat dan betul untuk membuat ayat.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Adjektif (Kata Sifat)
Dalam tatabahasa Melayu terdapat iaitu Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Tatabahasa perlu tepat dan betul untuk membuat ayat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.
Kata Sendi
Dalam tatabahasa Melayu ada Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi | Penggunaannya | Ayat Contoh |
akan/ kepada/ terhadap | untuk menunjukkan emosi dan sikap | 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. |
bagi/untuk | untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain | 1. Pen itu dibeli untuk anaknya. 2.Jamuan itu bagi guru-guru baru. |
dari | untuk menunjukkan tempat dan masa | 1. Mereka baru pulang dari Johor. 2.Dia tidak sedar diri dari pagi tadi. |
daripada | untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan | 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. |
di | untuk tempat | Di dalam dompet itu ada wang. |
dengan | untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat | 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. |
hingga/ sampai | untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu | 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. |
ke | untuk tempat dan benda konkrit | 1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. |
kepada | untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri | Kes itu diserahkan kepada pihak polis. |
oleh | untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- | 1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. |
pada | untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu | 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim. 3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. |
sejak | untuk menyatakan makna suatu jangka masa | Dia tidak makan sejak semalam. |
seperti/ umpama/bak | untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain | 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. |
tentang | untuk menyatakan makna mengenai sesuatu | Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah. |
Kata Hubung
Dalam tatabahasa Melayu ada Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan | Leela dan Siu Lan berjiran. |
hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika | Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau | Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali | Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta | Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara | Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun | Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. |
supaya | Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. |
walaupun | Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. |
tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
Kata Hubung Berpasangan
Contoh | Ayat Contoh |
Baik – mahupun | Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. |
Baik- baik | Baik Daud baik adiknya samasama pintar. |
bukan sahaja malah | Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. |
entah entah | Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. |
Jangan – pun | Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. |
Kian – kian | Kian lama kian banyak orang yang ke sana. |
Sama ada – ataupun | Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. |
sedangkan…inikan pula | Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. |
semakin…semakin | Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. |
sungguhpun…tetapi | Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. |
walaupun…namun | Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. |
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan | hingga | lalu | ketika |
Dengan | yang | tetapi | jika |
Kerana | serta | kalau | kemudian |
demikian | walhal | walau | agar |
atau | demi | supaya |
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa | sementara | seharusnya | andaikata |
semoga | seketika | sebaliknya | sedangkan |
setelah | sesungguhnya | walaupun | itupun |
sewaktu | seandainya | meskipun | sekali[un |
mudah-mudahan | moga-moga | jikalau | bagaimanapun |
padahal |
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Kata Perintah
Dalam tatabahasa Melayu ada Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
contoh
Jangan | Sila | tolong | Harap |
usah | jemput | Minta |
Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Kata Kerja
Dalam tatabahasa Melayu ada Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja
transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men …i, men …kan, memper, memper…i, dan memper…kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) “Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan,” kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja transitif | penyambut ( Objek ) |
Dia suka | membaca | buku |
Jamilah | memukul | seekor ular |
Abidin | menjual | kuih-muih |
Ramli | berjalan | ke sekolah |
Kereta itu | melanggar | seekor lembu |
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja tak Transitif | keterangan |
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber… an,
dan ber…kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
Semoga perkongsian nota tatabahasa ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain: Tarikh Peperiksaan Jadual SPM 2022