PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024(Cara Isi mara.gov.my)

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024(Cara Isi mara.gov.my)

PERMOHONAN MRSM

Murid-murid  yang cemerlang mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang berprestij seperti MRSM. Peluang untuk sambung belajar di MRSM adalah satu batu loncatan kepada mereka untuk terus Berjaya dalam apa jua bindang yang mereka ceburi. Langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 ke MRSM . Para ibu-bapa atau penjaga harus cakna dan peka dengan Tarikh tersebut.

 

MATLAMAT MRSM

MRSM merupakan institusi pendidikan untuk mendidik bakal-bakal saintis profesional yang bertaraf Nobel Laureate, usahawan tekno dan pemimpin dalam pelabagai bidang, serta mempunyai personaliti terpuji iaitu berakhlak mulia, cemerlang, serta berdaya saing pada peringkat global , cemerlang dan kompetitif.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Sistem Pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

 

TARIKH PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga dijangka boleh membuat permohonan secara dalam talian sekitar bulan September-November 2023. Ini kerana, permohonan MRSM 2024 pada tahun 2023 tahun lalu bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.

Sila layari : https://www.mara.gov.my/en/index/

 

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2024

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon memohon secara dalam talian (online)
  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  • Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon juga hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

Terdapat pelbagai sistem Pendidikan  yang diterapkan di MRSM seperti berikut:

 

SENARAI SISTEM PENDIDIKAN MRSM

  • Program Biasa
  • Program IGCSE
  • Program Ulul Albab
  • Program Teknikal
  • Program IB MYP

Jikalau anda berminat dengan salah satu program di atas, pastikan anda letakkan pada pilihan pertama semasa pendaftaran permohonan Tingkatan 1 pada masa dihantar. Pastikan permohonan Tingkatan 1 yang anda hantar lengkap dan mengikut format yang ditetapkan supaya pengambilan ke atas permohonan anda mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak MARA.

Mana-mana yang terpilih untuk salah satu program samada IGCSE, Ulul Albab, Teknikal, anda mesti menghadiri sendiri panggilan ujian kelayakan. Anda akan dimaklumkan kelak melalui emel dan SMS.

 

CARA DAN LANGKAH BUAT PERMOHONAN ONLINE MRSM TINGKATAN 1 DAN 4

  1. Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online.
  2. Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem pada judul pautan berikut:
  3. Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan
  4. Anda boleh layari pautan ini : MRSM

 

SOALAN LAZIM

PERMOHONAN MRSM PERMOHONAN MRSM PERMOHONAN MRSM PERMOHONAN MRSM

  1. Dimanakah Program mrsm Ulul Albab ditawarkan?
    • Ada 5 jumlahnya. Anda boleh masuk MRSM Gemenceh, Kota Bharu, Kepala Batas, Sungai Besar dan juga Semporna
  2. Apakah perbezaan Program IGCSE vs International Baccalaureate Middle Years Programme (IBMYP) vs Teknikal
    • IGCSE : Belajar sama dengan pelajar MRSM Premier. Cuba untuk program ini, berpeluang belajar 3 pilihan bahasa ketiga iaitu Mandarin atau Jepun atau Perancis dan bakal ambil exam Cambridge Secondary 1 & 2
    • IBMYP : Berpeluang belajar sistem yang digunakan dalam Sistem Pendidikan International Baccalaureate
    • Teknikal : Berpeluang belajar teknikal seawal Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 supaya mudah untuk sambung kejuruteraan pada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kelak
  3. Bilakah iklan permohonan kemasukan ke mrsm 2023 akan keluar?
    • Permohonan tawaran ke mrsm akan keluar pada minggu pertama bulan September 2022
  4. Bila tarikh pendaftaran bagi tingkatan 1 ?
    • Pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 dijangka pada April 2023.

 

Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2024 / 2025

 

Bermula 18 Januari 2024.

 

Artikel Lain: Contoh Surat Rayuan MRSM

2 thoughts on “PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024(Cara Isi mara.gov.my)”

Leave a Comment