Tarikh Peperiksaan Jadual SPM 2022 (Semak Jadual Terkini)
Perhatian kepada bakal calon peperiksaan SPM 2022, pemakluman tarikh berkenaan ujian tersebut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi kedua untuk seluruh negara telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam satu kenyataan hari ini.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh untuk Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan SPM 2021 sesi kedua pada 5 April hingga 19 Mei 2022.
Semak tarikh rasmi dan jadual spm 2021 termasuk percubaan spm diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah penting untuk masa depan dan halatuju anda selepas ini.
Pastikan anda bersedia secukup mungkin dengan mengulangkaji seberapa banyak untuk semua subjek dan matapelajaran yang anda ambil.
Inilah waktu dan ketikanya untuk anda buktikan yang anda telah membuat persediaan yang rapi dengan harapan anda memperolehi keputusan spm yang baik bagi memudahkan langkah anda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melibatkan kursus pengajian yang anda inginkan.
Berdasarkan semakan MYpt3 pada jadual rasmi yang diumumkan sendiri oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kpm, tarikh peperiksaan akan bermula November ini. Sudah tidak lama sahaja lagi.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jadual SPM akan diadakan pada setiap hujung tahun penggal persekolahan. SPM adalah peperiksaan yang bakal menentukan ke manakah hala tuju pelajar pada masa akan datang samada menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau menceburi bidang pekerjaan.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan Jadual SPM.
Apa Itu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jadual SPM
Bermula tahun 2013, semua calon diwajibkan untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2014 pula, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM mengikut definisi operasi yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malysia (KPM).
Perkara ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Soalan KBAT merupakan soalan yang menguji keupayaan calon mengaplikasi pengetahuan dalam situasi baharu, menganalisis, menilai dan mencipta untuk memberi jawapan.
Amaran Peperiksaan SPM
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:-
- membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Hukuman Salah Laku Pelanggaran Amaran
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Jadual SPM 2021
Semak turutan waktu dan masa untuk subejk yang berkaitan dengan anda melalui tarikh jadual spm 2021.
Dalam Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan hari ini telah dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:
Tarikh & Hari | Perkara |
Februari 2022 | Ujian Lisan & Amali Sains |
Mac 2022 | Peperiksaan Bertulis |
Dalam sidang media tersebut, KPM juga yakin bahawa buat masa ini keputusan ini adalah yang terbaik demi keselamatan dan keberkesanan pelajar ketika tempoh pandemik.
Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa sekiranya sekolah boleh dibuka kelak, pelajar yang menduduki peperiksaan SPM akan dibenarkan ke sekolah terlebih dahulu berbanding kelas-kelas lain seperti proses pembukaan sekolah PKP sebelum ini.
Sidang media khas berkenaan pengoperasian sekolah KPM oleh Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara langsung pada 6 Jun 2021, jam 10.00 pagi telah mengumumkan bahawa PdPR akan diteruskan selama 25 hari lagi mulai 12 / 13 Jun 2021.
Hal ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan melalui LIVE Facebook dan menerusi siaran TV utama.
Tidak kira anda datang dari pelajar sekolah menengah agama, sekolah menengah kebangsaan agama SMKA, sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) jadual waktu spm 2021 anda tetap sama merujuk kepada jadual di atas.
Begitu juga jikalau anda bersekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor dan Pahang menggunakan jadual SPM tarikh yang diumumkan seperti di atas.
Cuma bezanya jadual peperiksaan spm 2020 bergantung kepada subjek dan matapelajaran yang anda ambil.
Download Jadual SPM Dalam Format pdf
Perkara | Butirannya |
Download dalam bentuk dan format pdf | http://lp.moe.gov.my |
Tarikh Jadual Percubaan SPM 2021
Jadual SPM percubaan
Sedang dikemaskinikan
P/S : Daripada awal anda sudah tahu, apa sasaran kerjaya yang anda inginkan. Tumpukan lebih kepada subjek subjek yang memerlukan anda score bagi melayakkan anda masuk ke jurusan yang memerlukannya.
Usah dikejarkan untuk score semua subjek yang akhirnya semua subejk anda dapat biasa-biasa sahaja. Persaingan hari ini sangat-sangat sengit
PP/S: Kepada pelajar tingkatan 5, sila bookmark halaman ini bagi memudahkan anda semak jadual spm 2021
Baca Juga: DERMASISWA ZAKAT PULAU PINANG:PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENGAJIAN MAINPP 2021
Thank you for the Tarikh Jadual Percubaan SPM Malaysia