Senarai Ucapan Perkahwinan (Islamik Formal Menantu Ipar)

Senarai Ucapan Perkahwinan (Islamik Formal Menantu Ipar)

Ucapan Perkahwinan

Terdapat banyak ucapan ulang perkahwinan yang boleh digunakan. Ia boleh diucapkan secara lisan, dihantar sebagai pesanan mesej, atau pun ditulis di atas kad dan diberikan dengan hadiah.

Pabila musim cuti sekolah, banyak majlis perkhawinan dilangsungkan. Kami akan kongsikan beberapa ucapan yang sesuai digunakan kepada pasangan pengantin.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Versi Islamik

Pastinya penting bagi umat Islam untuk mendapat redha Allah SWT dalam proses perkahwinan anda. Kita berminta kepada Yang Maha Esa untuk melindungi serta merahmati sesi hidup seharian kita.

Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin

Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat” – Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah dengan Ali.

Cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.

Sekiranya anda ingin memohon untuk berkahwin, boleh buat permohonan disini

Koleksi Ucapan Perkahwinan Secara Formal

Biasanya ucapan formal ini digunakan oleh tetamu atau jiran yang tinggal berdekatan anda. Hubungan mereka mungkin sekadar kenalan, jadi ucapan yang formal dan sopan adalah yang paling sesuai bagi mereka. Biasanya ucapan pendek sahaja selain daripada mengharapkan kebahagiaan kepada pengantin baru.

  • Selamat berbahagia sahabatku. Selamat atas pernikahan kalian.
  • Selamat pengantin baru, jaga pasanganmu sebaik mungkin.
  • Semoga redha Allah SWT sentiasa menyertai kalian berdua.
  • Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dengan kehidupan baru.
  • Selamat Pengantin Baru buat mempelai.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Menantu

Pasangan yang berkahwin semestinya inginkan berkat dan persetujuan daripada ibu bapa mereka. Umumnya, ucapan untuk menantu selain daripada nasihat dan pengetahuan, adalah supaya cepat menimbang cahaya mata. Bukan nak kata memaksa, tapi itulah hasrat orang tua-tua.

  • Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami soleh dan isteri solehah. Moga lekas menimang cahaya mata. Amin
  • Selamat memulakan gaya kehidupan yang baru. Semoga segera di beri keturunan yang shalih dan shalihah.
  • Semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Diberikan kemudahan rezeki dan juga segera diberi keturunan oleh Allah.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Ipar

Ucapan kepada ipar anda biasa lebih formal daripada ucapan kepada keluarga. Kalau cakap terlebih akrab nanti ada bunyi macam-macam pula di belakang. Ucapan pendek atau panjang berdasarkan hubungan percakapan anda. Namun ia juga boleh jadi lebih mesra dengan ipar yang berjantina sama.

  • Semoga hari pernikahan kalian dilimpahi bersama dengan kasih sayang, cinta dan kebahagiaan. Selamat menempuh hidup baru. Salam Pengantin Baru.
  • Tahniah! Dengan sepenuh hati yang iklas, aku berdoa agar keluarga kecil baru kalian ini akan selalu dalam keadaan bahagia dan penuh rukun. Semoga menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warrohmah.
  • Semoga Allah swt menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menjadikan pernikahan kalian sebagai ibadah kepada-Nya. Amin

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Kawan

Ucapan yang diberikan oleh kekawan rabat semestinya penuh dengan perasaan gembira. Kerana merekalah yang paling teruja selepas anda lafaz akad nikah. Panjang dan pendek itu tidak penting, asalkan niat dan perasaan itu cukup. Kebanyakkan ucapan melalut sedikit dan agak mengusik pasangan pengantin baru.

Ada juga kawan-kawan yang sudah berkahwin akan selitkan satu atau dua nasihat semasa proses ehidupan baru pengantin. Ikutlah kepada keberanian anda semasa memberi ucapan ini.

  • Selamat menempuh hidup baru kawan.Semoga bersama dengan ikatan pernikahan menjadikan kalian keluarga yang selalu dalam lindungan tuhan, penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan.
  • Sungguh kerajaan cinta itu benar-benar nyata. Selamat pengantin baru sahabat!
  • Aku melihat langit hari ini indah penuh dengan bintang berkelipan. Kau tahu kenapa? Kerana hari ini dua orang sahabatku sedang mengikat janji suci. Semoga bahagia kawan, jaga keluarga kecilmu baik – baik
  • Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Tahniah! Akhirnya saat yang engkau nantikan tiba juga hari ini.
  • Selamat menempuh kehidupan yang baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menyempurnakan ibadah kalian. Segera diberikan keturunan yang yang shalih dan shalihah, diberikan limpahan rezeki dan nikmat yang berkat.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Penuh Drama

Keluarga, saudara atau kawan karib selalunya memberi ucapan yang panjang dan agak berpuisi. Yang jenis seperti ini memang drama queen. Semua ayat nak berbelit-belit sebelum berikan ucapan. Biasanya diberikan untuk hapuskan rasa gementar di dalam hati pengantin. Barulah mereka boleh jalankan majlis dengan lebih lancar.

Ucapan begini memang lucu dan mampu membuatkan pengantin tersenyum dan ketawa gembira.

  • Semoga pernikahan kalian diisi bersama dengan semua bahan yang tepat: Tumpukan cinta, sejumput humor, sentuhan romantis dan sesendok pemahaman. Selamat Pengantin Baru.
  • Betapa cerahnya hari ini, sepertinya alam pun merestui pertalian kalian. Kalian adalah pasangan raja sehari merpati sejoli. Cerita cinta kalian bagaikan Romeo dan Juliet, tapi kalian lebih beruntung dari mereka. . Semoga jadi keluarga baru yang penuh puas cita. Selamat Pengantin Baru
  • Cinta di antara kedua insan merupakan kejadian yang terbaik. Cinta sebagai bahagian terindah yang mampu menjadikan iman seseorang menuju jalan yang lebih baik.
  • Bulan purnama ikut tersenyum dengan ramah. Sang bintang juga tidak mau mengalah. Dengan doa yang indah untuk kalian yang baru saja menikah, semoga keluarga kalian sakinah mawaddah dan warrahmah.

Artikel Lain : Senarai Cadangan Hadiah Pengantin Baru

Leave a Comment