Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2023/2024 (Cetakan Surat Tawaran)
Permohonan politeknik Kolej Komuniti sesi pembelajaran 2023/2024 dibuka untuk permohonan kemasukan. Pelajar yang telah memohon juga boleh membuat pengemaskinian permohonan anda. Makluman untuk semua pelajar lepasan SPM, permohonan pelajar ke Politeknik atau Kolej Komuniti kini dibuka secara online untuk pendaftaran dan kemaskini melalui http://upu.mohe.gov.my. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Politeknik & Kolej Komuniti bagi bakal pelajar yang berminat.
Apakah Politeknik & Kolej Komuniti?
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969.
TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik. Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10.
Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Walau bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat.
Pada tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.
Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu jabatan.
Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018. Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti diuruskan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Senarai Lokasi Politeknik & Kolej Komuniti di Malaysia
- Terdapat 38 buah Politeknik dan 104 Kolej Komuniti di seluruh negara. Senarai politeknik di Malaysia boleh dirujuk melalui pautan berikut :
- Lokasi Kolej Komuniti di setiap negeri di Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut : https://www.upuonline.com/kursus-kolej-komuniti.jsp
Kadar Bayaran Yuran Politeknik & Kolej Komuniti
Yuran pengajian bagi politeknik dan kolej komuniti adalah serendah RM200 bagi satu semester. Pemohon permohonan politeknik Kolej Komuniti yang layak juga boleh memohon bantuan pinjaman pendidikan daripada PTPTN.
Syarat Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti
Anda boleh merujuk syarat kelayakan asas mengikut peringkat penggajian permohonan yang ditawarkan. berikut adalah merupakan syarat umum iaitu:
Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik | Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti |
Politeknik Premier
Politeknik Konvensional / METrO
| Diploma
Sijil Kolej Komuniti
|
Bidang Penggajian Politeknik & Kolej Komuniti
Berikut adalah merupakan antara bidang penggajian yang ditawarkan iaitu:
Bidang Pengajian Politeknik | Bidang penggajian Kolej Komuniti |
|
|
Rujuk: Di Sini | Rujuk: Di Sini |
Tarikh Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2023/2024
Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi program sepenuh masa Sesi II 2023/2024 telah dibuka bermula 03 Oktober 2023 sehingga tarikh tutup permohonan pada 1 Disember 2023
Cara Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2023/2024
Permohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan)
Program Penggajian Sarjana Muda Politeknik
Program Sarjana Muda yang ditawarkan di politeknik ini adalah seperti berikut:
- Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian.
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian.
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian.
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian.
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian.
- Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian.
Bayaran Yuran
Bayaran yuran yang dikenakan bagi pelajar di politeknik bagi program Sarjana Muda adalah seperti berikut:
- Yuran pengajian: RM200
- Yuran asrama: RM 60-RM630 (tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan).
- Bayaran pelbagai:
– Semester 1: maksimum RM600
– Semester seterusnya: maksimum RM150
Syarat Am
Syarat am yang dikenakan bagi individu yang ingin memohon kemasukan ke politeknik bagi program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.
Syarat Khusus
Individu juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:
- Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.
- Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
- Tidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).
- Lulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).
Tatacara Permohonan
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp.
- Di bahagian “Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda” klik butang “Klik di Sini Untuk Permohonan ke Sarjana Muda.”
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Masuk.”
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Klik butang “Hantar Maklumat Permohonan” untuk menghantar permohonan.
Tarikh Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 2023/2024
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Ambilan 2023/2024 Program Sepenuh Masa bagi sesi ii
Semakan Permohonan Politeknik 2023/2024 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI AMBILAN SESI II 2023 / 2024
Semakan keputusan boleh dibuat mulai 5 JANUARI 2024 di pautan berikut : http://ambilan.mypolycc.edu.my
Cara Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 2023/2024
Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my/
Cara Cetakan Surat Tawaran Politeknik & Kolej Komuniti 2023/2024
Bagi calon-calon yang ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, cetakan surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 2 Januari 2023 mulai jam 5.00 petang menggunakan http://ambilan.mypolycc.edu.my
Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 16 Januari 2023.
Cara Rayuan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2023/2024
Bagi calon-calon yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti, permohonan boleh dibuat menggunakan pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 2 Januari 2023 jam 5 petang.
Semakan Keputusan Rayuan Politeknik 2023/2024 Online (Cetakan Surat Tawaran)
Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my setelah tarikh rayuan semakan dibuka. Kepada calon yang berjaya rayuan boleh mencetak surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) menerusi pautan yang sama
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat dan pertanyaan tentang permohonan politeknik Kolej Komuniti sesi 2023/2024, sila rujuk saluran berikut
- Tel: 03 8888 3837 (waktu pejabat)
- Whatsapp: 019 8683738 (whatsapp sahaja)
- email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
Baca Juga:DAFTAR SPA9:CARA PERMOHONAN(Pemohon SPA8i,Perlu Register Baru?
Kalau boleh saya nak masuk Kolej Komuniti sebab saya ingin sambung belajar. Tetapi SPM saya tak berapa nak elok saya gagal. Kalau saya gagal boleh ke saya masuk ke Kolej Komuniti ini. Markah SPM saya ialah 1C , 2E , 4F , B , Lulus hafazan bahasa jawi. Kalau boleh saya nak sangat masuk Kolej ini sebab saya berminat untuk belajar…