Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Felda (Ambilan Mei & Jun Lepasan SPM)

Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Felda (Ambilan Mei & Jun Lepasan SPM)

Kolej Yayasan Felda

Perhatian kepada warga Felda dan bukan Felda yang berkelayakan untuk ikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat Diploma. Pengambilan pelajar baru di Kolej Yayasan Felda bagi ambilan Mei dan Jun 2022.

Kami akan kongsikan cara permohonan dan tawaran kursus pengajian yang ditawarkan.

Apa Itu Yayasan Felda

Yayasan Felda ditubuhkan untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma.

Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan.

Lokasi Kolej Yayasan Felda

Untuk makluman, Yayasan Felda mempunyai institut pengajian yang terletak di lokasi berikut :

  • Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga
  • Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias
  • Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak

Program Yang Ditawarkan 

Antara program pengajian yang ditawarkan di Kolej_Yayasan Felda berdasarkan lokasi adalah seperti berikut :

Kolej Yayasan Felda Pahang

Kolej ini menawarkan sembilan (9) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu :

  • Diploma – Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan
  • Diploma –  Pengurusan Bahagian Makanan dan Minuman
  • Sijil – Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Pembuatan Pastri (Tahap 2 & 3)
  • Sijil – Koordinasi Pengurusan Acara

Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan

Kolej ini menawarkan lapan (8) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dengan kerjasama City & Guilds, UK.

  • Diploma – Pentadbiran Fesyen dan Pakaian
  • Diploma – Pengurusan Pentadbiran
  • Sijil – Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 2 &3)
  • Sijil – Pembantu Dialisis (Tahap 1 dan 2)
  • Sijil – Pengurusan Pejabat (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki (Tahap 3)
  • Sijil – Penyeliaan Pembantu Dialisis (Tahap 3)

Kolej Yayasan Felda Perak

Kolej Yayasan_Felda_Perak, Felda Wilayah Trolak menempatkan pelajar yang ingin mengikuti Kursus Insentif Bahasa Inggeris untuk tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris buat para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.

Cara Permohonan ke Kolej Yayasan Felda

Calon yang berminat untuk memohon untuk lanjutkan pengajian di Kolej Yayasan_Felda dengan mengikuti program Sijil atau Diploma yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut : https://kyf.yayasanfelda.org/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Yayasan_Felda, sila layari laman web rasmi Yayasan_Felda di pautan https://kyf.yayasanfelda.org/

Anda juga boleh hubungi Yayasan Felda di talian 03-2693 4224 atau emelkan ke alamat [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Artikel Lain : Permohonan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti 2022

1 thought on “Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Felda (Ambilan Mei & Jun Lepasan SPM)”

Leave a Comment