Permohonan Politeknik Kolej Komuniti 2024/2025

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2024/2025(Cetakan Surat Tawaran)

PERMOHONAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Permohonan politeknik Kolej Komuniti sesi pembelajaran 2024/2025 dibuka untuk permohonan kemasukan. Pelajar yang telah memohon juga boleh membuat pengemaskinian permohonan anda. Makluman untuk semua pelajar lepasan SPM, permohonan pelajar ke Politeknik atau Kolej Komuniti kini dibuka secara online untuk pendaftaran dan kemaskini melalui http://upu.mohe.gov.my. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Politeknik & Kolej Komuniti bagi bakal pelajar yang berminat.

 

Apakah Politeknik & Kolej Komuniti?

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969.

TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik. Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10.

Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Walau bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat.

Pada tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu jabatan.

Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018. Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti diuruskan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Senarai Lokasi Politeknik & Kolej Komuniti di Malaysia

  • Terdapat 38 buah Politeknik dan 104 Kolej Komuniti di seluruh negara. Senarai politeknik di Malaysia boleh dirujuk melalui pautan berikut :
  • Lokasi Kolej Komuniti di setiap negeri di Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut : https://www.upuonline.com/kursus-kolej-komuniti.jsp

 

Kadar Bayaran Yuran Politeknik & Kolej Komuniti

Yuran pengajian bagi politeknik dan kolej komuniti adalah serendah RM200 bagi satu semester. Pemohon permohonan politeknik Kolej Komuniti yang layak juga boleh memohon bantuan pinjaman pendidikan daripada PTPTN.

 

Syarat Kemasukan Permohonan Politeknik Kolej Komuniti

Anda boleh merujuk syarat kelayakan asas mengikut peringkat penggajian permohonan yang ditawarkan. berikut adalah merupakan syarat umum iaitu:

Syarat Umum Kemasukan ke PoliteknikSyarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti
Politeknik Premier

  • 5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

Politeknik Konvensional / METrO

  • 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
    • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
    • Sejarah (Wajib Lulus)
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains / Fizik atau Kimia
Diploma

  • Lulusan Sijil Kolej Komuniti
  • Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Sijil Kolej Komuniti

  • Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

 

 

 Bidang Penggajian Politeknik & Kolej Komuniti

 Berikut adalah merupakan antara bidang penggajian yang ditawarkan iaitu:

Bidang Pengajian PoliteknikBidang penggajian Kolej Komuniti
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  • Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Ukur Bahan
  • Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Diploma Geomatik
  • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
  • Diploma Bioteknologi
  • Diploma Agroteknologi
  • Diploma Akuakultur
  • Diploma Hortikultur Landskap
  • Diploma Pengurusan Acara
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Pengurusan Resort
  • Diploma Pelancongan Rekreasi
  • Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
  • Diploma Senibina Kapal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
  • Diploma Akauntansi
  • Diploma Insurans
  • Diploma Kewangan dan Perbankan
  • Diploma Pemasaran
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Perniagaan Antarabangsa
  • Diploma Sains Kesetiausahaan
  • Diploma Pengurusan Peruncitan
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
  • Diploma Keusahawanan
  • Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
  • Diploma Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Teknologi Makanan
  • Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal
  • Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)
  • Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Rekabentuk Industri
  • Diploma Seni Digital
  • Diploma Pengajian Video Dan Filem
  • Diploma Teknologi Media Cetak
  • Diploma Animasi Kreatif
  • Certificate in Culinary Arts
  • Certificate in Food & Beverage Service
  • Certificate In Recreational Tourism
  • Certificate in Room Division
  • Sijil Agroteknologi
  • Sijil Akuakultur
  • Sijil Animasi 2D
  • Sijil Animasi 3D
  • Sijil Dandanan Rambut
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil Kulinari
  • Sijil Landskap
  • Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
  • Sijil Operasi Perhotelan
  • Sijil Pastri
  • Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
  • Sijil Pengembaraan Pelancongan
  • Sijil Pengendalian Acara
  • Sijil Pengoperasian Perniagaan
  • Sijil Penyelenggaraan Bangunan
  • Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
  • Sijil Penyeliaan Tapak Bina
  • Sijil Penyenggaraan Industri
  • Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
  • Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) Mod Bridging
  • Sijil Perkhidmatan Logistik
  • Sijil Rekabentuk Dalaman
  • Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
  • Sijil Seni Visual Kreatif
  • Sijil Servis Kenderaan Ringan
  • Sijil Servis Kenderaan Ringan Mod Bridging
  • Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Sijil Teknologi Elektrik
  • Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
  • Sijil Teknologi Pembuatan
  • Sijil Teknologi Pembuatan Mod Bridging
  • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Mod Bridging
  • Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
  • Sijil Teknologi Senibina
  • Sijil Teknologi Telekomunikasi
  • Sijil Terapi Kecantikan dan Spa

 

Rujuk: Di SiniRujuk: Di Sini

 

PERMOHONAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI 2024/2025

Syabas kepada Pelajar Lepasan SPM yang berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

 

TARIKH PENTING UNTUK RUJUKAN Permohonan Politeknik Kolej Komuniti

Permohonan melalui UPUOnline (Lepasan SPM 2023):

  • Semakan permohonan dan rayuan: 28 Jun 2024
  • Tempoh setuju terima tawaran: 30 Jun – 7 Julai 2024
  • Permohonan rayuan: Bermula 28 Jun 2024

Permohonan melalui eBorang MyPOLYCC (Selain Lepasan SPM 2023):

  • Semakan permohonan dan rayuan: 30 Jun 2024
  • Tempoh setuju terima tawaran: 30 Jun – 7 Julai 2024
  • Tarikh pendaftaran: 28 / 29 Julai 2024

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi pihak POLYCC melalui WhatsApp di talian 03-8888 5625.

 

LATARBELAKANG: Memohon Kemasukan Politeknik di Malaysia

Pengajian di politeknik Malaysia menyediakan alternatif yang baik untuk melanjutkan pendidikan dalam pelbagai peringkat seperti Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma, dan Sarjana Muda. Institusi-institusi ini berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

KELEBIHAN BELAJAR DI POLITEKNIK

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

SYARAT UMUM KEMASUKAN

  • Politeknik Premier: 5 Kepujian bagi mata pelajaran yang ditetapkan
  • Politeknik Konvensional / METRO: 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang ditetapkan
  • Mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains / Fizik atau Kimia

 

Program Penggajian Sarjana Muda Politeknik

Program Sarjana Muda yang ditawarkan di politeknik ini adalah seperti berikut:

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian.

Bayaran Yuran

Bayaran yuran yang dikenakan bagi pelajar di politeknik bagi program Sarjana Muda adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian: RM200
  • Yuran asrama: RM 60-RM630 (tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan).
  • Bayaran pelbagai:
    – Semester 1: maksimum RM600
    – Semester seterusnya: maksimum RM150

Syarat Am

Syarat am yang dikenakan bagi individu yang ingin memohon kemasukan ke politeknik bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.

Syarat Khusus

Individu juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  3. Tidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).
  4. Lulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).

Tatacara Permohonan

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp.
  2. Di bahagian “Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda” klik butang “Klik di Sini Untuk Permohonan ke Sarjana Muda.”
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Masuk.”
  4. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  5. Klik butang “Hantar Maklumat Permohonan” untuk menghantar permohonan.

 

Cara Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 

Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my/

 

Cara Cetakan Surat Tawaran Politeknik & Kolej Komuniti 

Bagi calon-calon yang ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, cetakan surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 2 Januari 2023 mulai jam 5.00 petang menggunakan http://ambilan.mypolycc.edu.my

Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 16 Januari 2023.

 

Cara Rayuan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 

Bagi calon-calon yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti, permohonan boleh dibuat menggunakan pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 2 Januari 2023 jam 5 petang.

 

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik  Online (Cetakan Surat Tawaran)

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my setelah tarikh rayuan semakan dibuka. Kepada calon yang berjaya rayuan boleh mencetak surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) menerusi pautan yang sama

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Permohonan Politeknik Kolej Komuniti

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Putrajaya:

Sila layari media sosial POLYCC untuk berita dan kemas kini terkini:

  • Facebook: politeknik.edu / kolejkomunitihq
  • Youtube: PoliteknikKolejKomuniti
  • Twitter: politeknik malaysia / kolejkomunitihq
  • Instagram: politeknikmalaysia / kolejkomunitihq

 

ARTIKEL LAIN 

Baca Juga:DAFTAR SPA9:CARA PERMOHONAN(Pemohon SPA8i,Perlu Register Baru?

1 thought on “Permohonan Politeknik Kolej Komuniti 2024/2025”

  1. Kalau boleh saya nak masuk Kolej Komuniti sebab saya ingin sambung belajar. Tetapi SPM saya tak berapa nak elok saya gagal. Kalau saya gagal boleh ke saya masuk ke Kolej Komuniti ini. Markah SPM saya ialah 1C , 2E , 4F , B , Lulus hafazan bahasa jawi. Kalau boleh saya nak sangat masuk Kolej ini sebab saya berminat untuk belajar…

    Balas

Leave a Comment