BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN(BAP) RM150 2023 (Check Status & Dah Dapat Duit Ke?)

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN(BAP) RM150 (Check Status & Dah Dapat Duit Ke?)

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Antaranya intipati Bajet 2023 andalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bagaimanakah cara permohonan BAP? Disini kami kongsikan cara untuk melihat status bayaran. Semoga bermanfaat.

 

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

 

KRITIRIA KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2023

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

KADAR BAYARAN BAP 2023

Peruntukan BAP ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2023

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu memohon untuk mendapatkan BAP. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan tersebut.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima BAP sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan.Maklumkan kepada pihak sekolah untuk uruskan permohonan ini.

 

TARIKH BAYARAN BAP 2023

Peruntukan akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023. Pihak sekolah dimohon membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.

 

CARA BAYARAN BAP 2023

Peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah. Pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

 

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BAP 2023

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan di https://www.moe.gov.my untuk kemaskini semasa dan pertanyaan juga boleh dibuat kepada pihak sekolah anak anda.

 

Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM ):SEMAKAN & KEMASKINI

3 thoughts on “BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN(BAP) RM150 2023 (Check Status & Dah Dapat Duit Ke?)”

Leave a Comment