KWSP i-Lindung (Cara Beli Takaful Hayat Guna Akaun 2)
Berita gembira buat pencarum KSWP, anda kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.
Ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli, dengan tawaran perlindungannya berkuat kuasa serta merta.
Tawaran i-Lindung itu untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.
Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.
Kami akan membantu memberikan panduan yang mudah berkenaan cara membeli takaful tersebut.
Apa Itu KWSP i-Lindung
i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Senarai Syarikat Insurans
Syarikat insurans dan pengendali takaful itu adalah FWD Takaful Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd.
Kelebihan KWSP i-Lindung
Platform layan diri i-Lindung, yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa, di mana juga.
Paparan tunggal polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.
Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.
Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
Cara Beli Takaful Di KWSP i-Lindung
Berikut adalah tatacara untuk membeli polisi perlindungan tersebut :
1. Login i akaun : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/landingpage.html
2. Tekan i-Lindung
3. Tekan Get a Quote Now
4. Isi maklumat peribadi
5. Pilih produk yang sesuai dari syarikat takaful berbeza
Info Lanjut
Untuk info selanjutnya, anda boleh layari sini
Artikel Lain : Cara Bayar I-Suri KWSP 2022
bayaran kedua i.citra xmsk2 lg dh nk msk bln 10 …dh serv apa mcm ni ada yg msk ada yg x msk apahal