CARA BAYAR i-SURI KWSP (Guna Maybank2u / Public Bank )

CARA BAYAR i-SURI KWSP (Guna Maybank2u / Public Bank )

cara bayar i-suri kwsp

Perhatian kepada golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas i-Suri di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022.

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

 

Insentif i-Suri KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan

Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

I SURI

Faedah i-Suri KWSP

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Golongan Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

 

Cara Bayar i-Suri KWSP Guna Maybank2U

Jadi kepada mereka yang mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh sahaja gunakan akaun tersebut untuk buat bayaran KWSP secara sukarela kepada akaun i-Saraan pada bila-bila masa dan berapa nilai sekali pun.

Langkah 1 – Pergi ke website Maybank2u di www.maybank2u.com.my

Langkah 2 – Login menggunakan username dan password seperti biasa

Langkah 3 – Kemudian pergi bahagian “Pay & Transfer”

bayar i-suri kwsp A

Langkah 4 – Pergi bahagian Pay, kemudian pada Pay To pilih Payee > New Payment dan pilih “EPF”

bayar i-suri kwsp 

Langkah 5 – Isi segala maklumat yang diperlukan. Paling penting bahagian EPF Account Type pilih “i-Saraan / i-Suri”

  • Member’s EPF No – Nombor KWSP anda
  • EPF Account Type – Pilih i-Saraan/i-Suri
  • To Member’s Name – Nama anda
  • Member’s IC No – Nombor kad pengenalan anda
  • Amount – Jumlah bayaran yang anda ingin buat

Jika sudah selesai, tekan “Pay”

AA

Langkah 6 – Seterusnya buat bayaran dengan dapatkan nombor TAC seperti biasa sehingga selesai. Siap!

Artikel Lain : Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP

 

Cara Bayar i-Suri KWSP Guna Public Bank

Jika anda pengguna Public Bank, anda boleh ikuti langkah dibawah bagi urusan pembayaran i-Saraan KWSP

1)  Login terlebih dahulu seperti biasa di perbankan online Public Bank di www.pbebank.com

2)  Pilih Payment > Other Payment > EPF

3)  Pada bahagian Payment Type, pilih “Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri”

4)  Masukkan semua butiran seperti nama ahli, no KWSP, no MyKad dan jumlah bayaran

5)  Request TAC dan buat bayaran seperti biasa.

Semoga perkongsian cara bayar i-SURI KWSP ini memberikan manfaat kepada anda semua.

2 thoughts on “CARA BAYAR i-SURI KWSP (Guna Maybank2u / Public Bank )”

Leave a Comment