Cara Translate Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (BI to BM)

Cara Translate Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (BI to BM)

BM To BI

Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama dunia masa kini. Pelajar mahupun pekerja sekurang-kurangya perlu menguasai bahasa inggeris.

Dalam arus teknologi kini, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk terjemahkan bahasa inggeris ke Bahasa Melayu.

Kami akan membantu anda untuk memahami dengan lebih mudah BM to BI serta BI to BM.

Cara Guna Google Translate (BI TO BM)

Untuk translate dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, anda boleh menggunakan fungsi Google Translate.

  1. Taip sahaja “Google Translate” di carian pelayar web anda ATAU atau terus ke pautan https://translate.google.com.my/
  2. Anda akan dibawa ke laman Google Translate seperti paparan di atas.
  3. Pilih “English” daripada pilihan bahasa yang ingin diterjemahkan
  4. Pilih “Malay” sekiranya anda ingin terjemahkan ke Bahasa Melayu
  5. Dalam ruangan kota (rujuk gambar di atas), tulis atau paste sahaja ayat atau perkataan bahasa Inggeris yang ingin diterjemahkan
  6. Terjemahan dalam bahasa Melayu akan dipaparkan (rujuk nombor 5 di atas)
  7. Untuk cara BM to BI pula adalah sebaliknya.

Cara Guna Kamus Untuk BM to BI

Walaupun telah wujud kemudahan seperti Google Translate, boleh dikatakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang diberikan tidaklah tepat, lebih-lebih lagi untuk kegunaan formal.

Untuk terjemahan yang lebih tepat, anda masih perlu menggunakan buku kamus yang sebenar.

Terdapat beberapa kamus yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku, antara yang dipercayai adalah daripada penerbit-penerbit berikut:

  1. Kamus Dwibahasa – Oxford Fajar
  2. Kamus Inggeris Melayu – Dewan Bahasa dan Pustaka

Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Lebih Mudah

Berikut adalah tips yang boleh anda ikut:

1. Nak belajar English, kena buang rasa malu jauh-jauh

Ini ialah cara belajar Bahasa Inggeris yang paling penting sekali. Cuba ubah ‘mindset‘ terlebih dahulu.

Ingin ditekankan sekali lagi, inilah cara untuk fasih berbahasa Inggeris yang paling asas sekali. Tak ada caar yang pantas. Semuanya perlukan masa.

Kalau hati jadi lemah bila orang ketawakan kita tak pandai berbahasa Inggeris, kena belajar kuatkan lagi hati.

Bagi hati kering. Kena berani dan percaya yang kita boleh berbahasa Inggeris.

Broken English‘ itu biasa. Cara cakap Bahasa Inggeris itu mudah. Janji orang faham. Yang penting, mesej itu sampai. Lama-lama, akan jadi fasih juga.

2. Dengar lagu, baca dan hayati lirik

Bagaimana cara mudah belajar Bahasa Inggeris sambil having fun?

Jawapannya ialah dengan dengar lagu yang kita suka.

Nampak macam tak logik, tapi inilah yang saya cuba sendiri. Dulu-dulu, cuma ada kaset yang berserta dengan kertas yang ada lirik. Sekarang lagi mudah, Spotify ada. Jika mahu lirik, boleh guna Shazam atau Musixmatch.

Ada yang pertikaikan, dengar lagu melalaikan. Benar, jika dengar lagu sampai tinggal solat, berdosa. Apa salahnya, tukar sedikit pemikiran, dengan lagu untuk ilmu.

Lain dengan baca buku, dengar lagu sambil mengikuti lirik adalah cara yang bukan konvensional. Ia nampak lebih santai dan mudah diterimapakai.

3. Belajar Bahasa Inggeris dengan main game

Barangkali, ramai yang kata, “Lagilah macam tak sesuai!”. Tapi percayalah, ia akan membantu mempercepatkan proses pembelajaran bahasa Inggeris.

Ini kerana dalam game, ada banyak frasa bahasa Inggeris yang jarang kita guna. Bila ia diulang banyak kali, ia lekat dalam otak kita.

Tidak kira samada game di komputer atau telefon bimbit, kedua-duanya akan membantu.

4. Kena tahu banyak vocabulary

Tidaklah sampai perlu rebus kamus Dewan dan minum airnya. Cukup sekadar tahu yang biasa-biasa, yang digunakan selalu dalam percakapan.

Kalau mahu bercakap, kita perlukan vocabulary. Antara sebab kita tidak mahu bercakap bahasa Inggeris ialah kerana kurangnya vocabulary yang kita boleh guna.

Selepas banyak vocab, barulah seronok dan jadi lebih senang. Semuanya akan jadi lebih mudah nanti.

5. Praktis cakap Bahasa Inggeris selalu

Persetankan orang yang cakap kita ‘poyo‘ dan berlagak. Kunci kejayaan ialah praktik, praktis, praktis.

Jika segan cakap dengan kawan sendiri, rajin-rajinkan pergi ke tempat tumpuan pelancong. Bukannya nak jual apa-apa, sekadar ingin bertegur sapa.

Tengok mana-mana tempat yang ada banyak bas pelancong seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Peduli apa, belasah sahaja.

6. Dengar radio BFM 89.9

Jangan asyik dengar Era dan Hot FM sahaja. Sesekali tukar IKIM FM untuk kerohanian. Jangan lupa buka BFM 89.9 untuk mendengar bagaimana mereka bercakap dengan Bahasa Inggeris yang sangat sopan dan tersusun.

Bukan mahu kata Hitz atau Mix tidak bagus. Rancangan yang berunsurkan hiburan, tidak sama dengan rancangan bual bisnes.

Percayalah, jika dengar BFM 89.9 selalu, perbendaharaan kata kita dalam Bahasa Inggeris akan bertambah. Kalau tak faham vocab yang pelik-pelik, boleh guna Google Translate untuk terjemah.

7. Baca laman web Quora

Jangan asyik main Facebook sepanjang masa. Kadang-kadang, kita kena larikan diri dari laman yang tidak sudah-sudah ‘troll‘ sana sini.

Cuba buka Quora. Benar, bukan 100% ilmiah kerana ada juga ‘spam‘ yang tidak relevan langsung dengan topik.

Tapi cubalah baca dan sertai sekali dalam menjawab persoalan di sana. Bila kita jawab dengan tatabahasa yang salah, akan ada orang betulkan.

8. Banyakkan tengok movie dengan subtitle

Sedikit-sebanyak akan ada vocabulary yang kita akan dapat belajar. Kalau bukan Astro Movies, Netflix pun ada, dan langganan tidaklah terlalu mahal.

Cuba tonton cerita yang menggunakan American English dan satu lagi, British English. Nampak sama, tapi tak serupa.

9. Belajar Bahasa Inggeris, pedulikan grammar dulu

Susun ayat itu nombor dua. Banyakkan vocabulary dahulu. Baru sedap mahu berbicara. Biarlah orang nak ketawa, kita tunggang terbalik susun ayat. Janji ada orang faham.

Artikel Lain : Contoh Soalan KBAT

Leave a Comment