Cara Semak Markah Prestasi Tahun 2023 Di HRMIS

Cara Semak Markah Prestasi Tahun 2023 Di HRMIS

semak markah prestasi HRMIS

Perhatian kepada penjawat awam kerajaan Malaysia, anda kini boleh membuat semakan markah prestasi anda di portal HRMIS. Markah tersebut adalah penilaian pada tahun 2023.Kami akan kongsikan cara untuk semak markah prestasi pada portal HRMIS yang mudah dan ringkas.

 

Apa Itu HRMIS

Hrmis 2.0 atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berintegriti. Pelbagai fungsi dan modul yang terdapat di dalam sistem ini. Bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam di sektor atau kementerian lain.

 

Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0

  • Formulasi dan Penilaian Strategi
  • Perolehan Sumber Manusia
  • Pembangunan
  • Pengurusan Kerjaya
  • Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
  • Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
  • Pengurusan Prestasi
  • Penilaian Kompetensi
  • Pengurusan Rekod Peribadi
  • Penamatan Perkhidmatan
  • Data Perjawatan
  • Perkhidmatan Maklumat

 

Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS2 ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).

Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:

  • Data Peribadi
  • Pendidikan
  • Keluarga
  • Bahasa
  • Lesen
  • Sejarah Perkhidmatan
  • Pengalaman Kerja
  • Sejarah Perubatan
  • Anugerah
  • Profil Perkhidmatan

 

Perkara yang di atas ini penting untuk diisi, sebagai contoh di bahagian maklumat keluarga, sekiranya anda ingin menggunakan eGL bagi ibu anda untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, rekod di HRMIS ini akan memudahkan anda, ini berikutan GL sekarang boleh diambil dalam HRMIS. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah, isteri / suami dan anak-anak.

Selain rekod peribadi, anda juga dikehendaki membuat pengisytiharan harta secara online. Ia juga berada di dalam fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Bagi yang pertama kali mengisinya mungkin agak rumit kerana terdapat banyak perkara yang perlu diisi. Bukan sahaja harta kita perlu diisi, malah harta pasangan kita juga perlu disertakan sekali. Jika ada rumah atau kereta perlu disenaraikan juga jumlah pinjaman, bank yang membiayai pinjaman, tempoh pembayaran dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita juga akan menggunakan sistem ini untuk membuat permohonan cuti, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Biarpun sudah ada versi online ini, masih juga ada pengisian secara manual yang turut sama perlu diisi sebagai rekod offline.

 

Cara Semak Markah Prestasi Di HRMIS

Buka Hrmis: https://hrmis2.eghrmis.gov.my

Pergi ke Pengurusan Prestasi – Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

semak markah prestasi HRMIS

Tekan pada Fungsi (atas kiri) – ambil Penilaian Prestasi – Pegawai Yang Dinilai

semak markah prestasi HRMIS

Paparan Markah akan keluar seperti:

semak markah prestasi HRMIS

Anda boleh tekan cetak untuk save dalam bentuk PDF. Slip Ini dinamakan SLIP KEPUTUSAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Nota: Pastikan anda memasukkan Kata Laluan HRMIS yang betul, jika 3 kali salah anda akan disekat, oleh itu sila berhati-hati, jika di block, sila dapatkan bantuan Pembantu Tadbir di Sekolah anda.

Mungkin juga ada yang tidak dapat menyemak Markah Prestasinya lagi, boleh jadi ia belum disahkan lagi oleh pentadbir atau ketua jabatan anda.

Semoga perkongsian cara semak markah prestasi pada portal HRMIS ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara Login Portal HRMIS

Leave a Comment