TEKS PENGACARAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

TEKS PENGACARAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

TEKS PENGACARAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Sekolah anda akan mengajurkan program jom ke sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacaraan majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacaraan program jom ke sekolah.

 

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Contoh Teks Pengacaraan Program Jom Ke Sekolah

Anda boleh download teks di pautan ini : CONTOH 1

 

TEKS PENGACARAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, KRMJ DAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA

 

PERKARA/PEMBACAPERNYATAANCATATAN
PRNGUMUMAN KETIBAANMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Sarjan Razman bin Nikmat, barisan pentadbir diiringi cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Kota Masai masuk ke dewan.

 

 
NYANYIAN LAGU(Nyanyian Lagu Bangsa Johor)

(Nyanyian Lagu Negaraku

(Nyanyian Lagu Malaysia

 

 
BACAAN DOASeterusnya, dipersilakan saudara Muhammad Aiman Nur Hakim bin Hashdi untuk mengepalai bacaan doa.

 

 
IKRARDipersilakan saudari Qaseh Qistina binti Mohd Razi untuk membaca Ikrar Rukun Negara.

 

Cikgu-cikgu dipersilakan duduk. Atur cara majlis diteruskan dengan menjemput

 

Saudara Putra Amar Syakir bin Mohd Sufian untuk membaca ikrar Murid.

 

(Arahan Komandan untuk murid dan pemimpin duduk)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
SALUTASIAssalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bismillahirahmanirahim

 

Yang Berbahagia

Sarjan Razman bin Nikmat

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah

IPD Seri Alam Johor

 

Yang Berusaha

Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang dihormati

Cikgu Ahmad Imran bin Md Isa

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang dihormati

Cikgu Nor Aiani bt Ghazali

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang dihormati

Cikgu Zulkefli bin Abu Talib

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Cikgu Muhammad Tariq bin Aripin dan Cikgu Mizeyah bt Taib

Guru Bimbingan dan Kaunseling

 

Seterusnya, cikgu-cikgu dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

Cikgu-cikgu dan murid-murid diingatkan agar sentiasa berada dalam keadaan senyap sepanjang majlis ini berlangsung.

 
UCAPAN GURU BESARPara guru dan murid yang dikasihi,

 

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi,

 

 
UCAPAN PERASMIANHadirin yang dihormati.

 

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Sarjan Razman bin Nikmat, Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seri Alam, Johor untuk tampil menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program Jom Ke Sekolah, KRMJ dan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

 

(Gimik Perasmian)

 

(Pemimpin berdiri dengan arahan komandan)

 

 
PENYAMPAIAN WATIKAHHadirin,

 

Seterusnya ialah acara penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

 

Dipersilakan,

 

1.     Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz sebagai ketua murid SK Kota Masai.

 

2.     Qaseh Qistina binti Mohd Razi sebagai Ketua Pengawas SK Kota Masai.

 

3.     Zahwa Zahirah binti Hairul selaku Ketua Pembimbing Rakan Sebaya SK Kota Masai.

 

4.     Putra Amar Syakir bin Mohd Sufian sebagai Naib Ketua Pengawas Pusat Sumber SK Kota Masai.

 

5.     Dan Muhammad Aiman Nur Hakim bin Hashdi sebagai Ketua Pengawas Surau SK Kota Masai.

 

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan atas kesudian menyempurnakan penyampaian watikan pelantikan sebentar tadi.

 

 
IKRAR PEMIMPINSeterusnya ialah bacaan ikrar pemimpin sekolah yang akan diketuai oleh Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz.

 

 
PENYAMPAIAN CENDERAMATAHadirin yang dihormati,

 

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hj Zainuddin Bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai.

 

Dipersilakan Yang Berbahagia Sarjan Razman bin Nikmat, Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seri Alam Johor unruk menerima cenderamata daripada pihak SK Kota Masai.

 

 
 NYANYIAN LAGU SEKOLAHSebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, hadirin dijemput berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu sekolah. Hadirin diminta menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

 

 

 

 

 
BACAAN TASBIH KAFFARAH DAN SURAH AL-ASRSeterusnya, bagi menutup tirai majlis kita pada hari ini, dijemput saudara Muhammad Aiman Nur Hakim bin Hashdi untuk memimpin bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr. Murid-murid diminta mengikut bacaan ayat suci tersebut.

 

 
BERSURAIDengan ini berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Mengumumkan Yang Berbahagia Tuan Sarjan, barisan pentadbir diiringi cikgu-cikgu SK Kota Masai untuk meninggalkan majlis.

 

Saya serahkan majlis ini kepada Ketua Guru Yang Bertugas. Sekian, terima kasih.

 

 

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian berkenaan contoh teks pengacaraan program jom ke sekolah ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Teks Pengacara Majlis Hari Guru

 

 

Leave a Comment