HRMIS 2.0 Login 2023 (Cara Log Masuk Portal hrmis2.eghrmis.gov.my)
Macam mana cara HRMIS 2.0 Login untuk mohon cuti? Mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah mudah untuk mohon cuti dan jana eGL seperti yang kami kongsikan di bawah.
Cara Login HRMIS 2.0 Login
Sebelum itu, mohon izin kami kongsikan. Tolong jangan layari laman web rasmi yang lama, iaitu HRMIS 1.0 di https://www.eghrmis.gov.my. Pautan ini tidak lagi berfungsi.
Cara logih HRMIS 2.0 adalah seperti di bawah:
- Layari laman utama HRMIS 2.0 Login di sini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my
- Anda akan tiba di HRMIS 2.0 Login dengan URL ini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Pada portal tersebut, scroll ke bawah dan tekan ikon 2.0 yang merupakan pautan untuk portal HRMIS 2.0, portal baru HRMIS.
- Pada laman seterusnya, di bawah bahagian Log Masuk Pengguna, anda perlu mengisi ruangan yang tersedia untuk login.
- Pada ruangan ID Pengguna, masukkan ID anda yang telah berdaftar.
- Untuk anda yang bukan warganegara Malaysia, tekan link Klik Sini yang terdapat di ruangan untuk ID Pengguna.
- Disebabkan portal HRMIS mengalami pembaharuan, anda juga perlu mengemas kini kata laluan anda. Loginsecara biasa dengan memasukkan kata laluan anda pada ruangan KATA LALUAN.
- Kemudian, tekan butang HANTAR untuk login.
- Seterusnya, kemas kini kata laluan anda. Untuk kata laluan anda yang baru, kata laluan ini perlu menepati ciri-ciri berikut:
- Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
- Mengandungi huruf dan nombor
- Mengandungi aksara khas atau simbol seperti “@”
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
- Setelah Kata Laluan ditukar, proses dan cara login HRMIS anda kini sudah selesai
Cara Mohon Cuti (Perlu HRMIS 2.0 Login Dulu)
Bagi yang ingin memohon cuti, sila ikuti langkah berikut:
- Layari dan login laman utama HRMIS 2.0 seperti di atas
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
- Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Klik Pengurusan Cuti
- Pergi ke Fungsi > Permohonan Cuti > Pemohon Cuti
- Pilih Kategori Cuti
- Pilih Jenis Cuti, seperti:
- Cuti Sakit
- Cuti Kuarantin
- Cuti Rehat Khas (CRK)
- Cuti Tanpa Gaji
- Cuti Kerana Perkhidmatan
- Masukkan maklumat berkenaan cuti yang dipinta seperti:
- Tarikh
- Alamat
- Alasan
- Kini, permohonan cuti melalui HRMIS sudah selesai
Jana eGL HRMIS2 Guna Aaplikasi
Bagi yang ingin mendapatkan Guarantee Letter pula, tidak perlu HRMIS 2.0Login melalui laman utama kerana fungsi ini memerlukan telefon bimbit.
Seperkara lagi, pastikan smartphone anda mempunyai aplikasi PDF reader untuk mengelakkan masalah tidak dapat jana eGL HRMIS 2.0Login nanti.
Sila ikuti langkah berikut:
- Jika anda pengguna Android, sila dapatkan eGL HRMIS 2.0 Login melalui Google Play Store di sini
- Jika anda pengguna iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS, sila dapatkan eGL HRMIS melalui Apple App Store di sini
- Download dan install sehingga selesai
- Klik untuk membuka aplikasi eGL HRMIS
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login HRMIS
- Lihat di bahagian menu sebelah kiri, ada beberapa pilihan seperti:
- MyHRMIS eGL
- Jana eGL
- Kelayakan Wad
- Ahli Keluarga
- Direktori Hospital / Klinik
- Pilih Jana eGL
- Buat carian dan pilih Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan yang dikehendaki
- Klik Teruskan
- Simpan fail yang dijana tadi dalam format PDF
- Surat eGL (Guarantee Letter) kini anda sudah siap
PERMOHONAN CUTI GUNA HRMIS
Kepada anda yang baru pertama kali ingin memohon cuti menggunakan Hrmis, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun Hrmis anda
- Pada paparan utama klik pada bahagian Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran, pilih pada Pengurusan Cuti
- Seterusnya klik pada Fungsi > Permohonan cuti > Pemohon cuti
- Pada bahagian:
- Katagori cuti: pilih Cuti Kerana Perkhidmatan
- Jenis Cuti: pilih Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas
- Setelah pilih klik pada Teruskan
- Seterusnya pilih Tarikh Mula Bercuti dan Tarikh Akhir Cuti
- Pastikan anda semak pada senarai nama penyokong dan pelulus cuti anda. Sekiranya betul klik hantar.
- Selesai, tunggu sehingga cuti anda disokong dan diluluskan dan anda boleh bercuti.
BAGAIMANA SEKIRANYA NAMA PENYOKONG DAN PELULUS TIADA?
- Sekiranya tiada nama, anda dikhendaki memilih nama pegawai penyokong dan pelulusan anda dengan klik pada Penyokong Cuti atau Pelulus Cuti
BAGAIMANA CARA UNTUK MENUKAR NAMA PENYOKONG DAN PELULUS?
- Sekiranya anda ingin menukar, anda dikhendaki boleh klik pada Penyokong Cuti atau Pelulus Cuti dan cari nama pegawai yang anda inginkan
Nota: Pegawai penyokong kebiasaan penyelia anda
Artikel Lain
CARA ISI HRMIS ( Deskripsi Tugas / Isytihar Harta /SKT & LNPT)
Salam Ceria, saya Lee Mei Ling . Setelah update pada kata laluan saya pada minggu lepas…Hrmis saya tidak dapat dilepaskan , ini menyebabkan kerunsingan pada saya.Kini saya tidak dapat log in dalam hrmis saya… Jadi, saya memohon agar pihak Tuan dapat menolong saya untuk reset semula password Hrmis saya agar saya dapat kemaskinikan maklumat saya pada hrmis saya. Jutaan terima kasih atas pemerhatian pihak Tuan pada kes saya ini.