Kadar Dividen SSPN 2023 & Semakan Penyata Terkini 2024

Kadar Dividen SSPN 2023 & Semakan Penyata Terkini 2024

DIVIDEN SSPN

Berita gembira kepada anda yang mempunyai simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerana bakal menikmati dividen bagi 2023. Disini kami akan membantu anda untuk membuat semakan dividen dengan mudah dan pantas, semoga membantu.

 

Apa Itu SSPN

SSPN merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Pendeposit Simpan SSPN boleh melakukan semakan agihan dividen masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau melalui aplikasi myPTPTN, mulai dari (akan dikemaskini)

Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN, yang boleh diakses mulai (akan dikemaskini). Pendeposit juga boleh menggunakan E-SSPN Online untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit, dan tindakan lain.

 

Cara Daftar SSPN Online

Untuk mendaftar E-SSPN Online, langkah-langkah mudah termasuk:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN atau klik pada pautan yang disediakan.
  2. Klik pada “Daftar Pengguna Baru” dan masukkan No. Akaun SSPN.
  3. Isi maklumat yang diperlukan seperti alamat email, No. KP, poskod, dan kata laluan.
  4. Sahkan maklumat yang dimasukkan dan klik “Simpan.”
  5. Buka peti masuk email untuk pengesahan pembukaan dengan mengklik pautan biru yang diberikan.
  6. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit dan kata laluan semasa log masuk.
  7. Pendeposit boleh membuat semakan baki terperinci/terkini serta melakukan tindakan lain seperti pengeluaran dan pendaftaran direct debit.

Semua maklumat terkini dan pengumuman juga boleh diakses melalui laman web rasmi dan saluran sosial PTPTN seperti Facebook dan YouTube.

Cara Semak Dividen & Penyata SSPN Online

Penyata akaun SSPN kini tidak lagi dihantar ke rumah anda melalui pos. Untuk makluman anda, penyata akaun SSPN boleh disemak secara online selepas 48 jam pembukaan akaun dilakukan.

Berikut adalah cara semak dividen SSPN :

  1. Klik link semak penyata yang terdapat di bawah.
  2. Klik pendaftaran Online E-SSPN-i/Primebagi SSPN-i/Prime ATAU daftar pengguna barubagi akaun SSPN Plus.
  3. Masukkan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik simpan atau daftar.
  4. Semak email yang anda masukan semasa pendaftaran dan klik link yang diberikan oleh pihak SSPN / PTPTN untuk pengaktifan.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit dan kata laluan yang telah anda buat semasa pendaftaran.

 

Kadar Dividen SSPN 2023

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 sebanyak 3.60%,  yang akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.

 

Senarai Kadar Dividen SSPN

  • 2022 : 3.05 %
  • 2021 : 3 %
  • 2020: 4%
  • 2019: 4%
  • 2018 : 4%
  • 2017 : 4%
  • 2016 : 4%
  • 2015 : 4%

 

Kelebihan dan Keistimewaan SSPN

Kadar Dividen Tinggi & Kompetitif

  • Kadar Dividen terkini 4%, lebih tinggi berbanding skim simpanan lain. Simpanan dijamin kerajaan & keuntungan diperoleh boleh dikecualikan cukai.

Penyertaan Seawal Sehari

  • SSPN i-Plus boleh dibuka untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun SSPN i-Plus boleh dibuka secara online tanpa sebarang dokumen perlu dimuatnaik.

Pelepasan Cukai RM11 ribu

  • Seperti yang dinyatakan Belanjawan 2019 Kerajaan Malaysia, simpanan SSPN i-Plus diberikan pelepasan cukai simpanan sehingga RM8,000 & RM3,000 bagi sumbangan takaful SSPN i-Plus.

Pakej Serendah RM1 Sehari

  • Jumlah mimimum deposit sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Dengan tabungan yang mudah dan rendah, serta dapat dividen & manfaat takaful hingga RM40 ribu.

Simpanan dijamin Kerajaan

  • Simpanan yang dibuat oleh pendeposit SSPN i-Plus dijamin Kerajaan Malaysia.

Produk Simpanan Patuh Syariah

  • SSPN i-Plus adalah produk patuh syariah & telah diberikan pengesahan syariah dari Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Tanpa Pemeriksaan Kesihatan

  • Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun SSPN i-Plus (kecuali Pakej Berlian).

Manfaat Takaful Sehingga RM1 Juta

  • Proses penyertaan ringkas untuk layak mendapat manfaat takaful sehingga RM1 juta dengan pakej berlian dengan caruman SSPN i-Plus RM500 sebulan.

Tabung Pendidikan RM100 ribu

  • Ketahui bagaimana dengan simpanan pakej nilam dan menyimpan selama 20 tahun boleh mencapai unjuran simpanan sehingga RM100 ribu. Jumlah yang amat cukup untuk masa depan anak anda.

Manfaat Takaful Bagi Penyakit Kritikal

  • Pendeposit SSPN i-Plus dilindungi manfaat takaful hingga RM100 ribu jika disahkan menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan.

Manfaat Khairat Kematian / Pengurusan Kematian

  • Pendeposit SSPN i-Plus juga layak mendapat manfaat khairat kematian jika berlaku kematian antara pendeposit, pasangan atau anak-anak pendeposit (terhad kepada 3 orang anak sahaja).

Artikel Lain : Cara Daftar Dan Login SSPN

2 thoughts on “Kadar Dividen SSPN 2023 & Semakan Penyata Terkini 2024”

Leave a Comment