SSPN ONLINE 2024(Cara Buka Akaun Simpan SSPN Untuk Anak)

SSPN ONLINE(Cara Buka Akaun Simpan SSPN Untuk Anak)

SSPN ONLINE

 

Makluman bagi yang ingin buka akaun SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat.

Bagi yang belum tahu apakah akaun SSPN dan apakah perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan dan juga cara daftar SSPN online.

 

Pengenalan: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

 

Apakah SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-I Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

 

Jadi, apa perbezaan antara SSPN-i dengan SSPN-i Plus ni yang perlu ibu bapa fahamkan?

Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.

Namun SSPN-i berbeza dengan SSPN-i Plus kerana SSPN-i Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Intan: RM30 / sebulan
  • Pakej Delima: RM50 / sebulan
  • Pakej Topas: RM 100 / sebulan
  • Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Pakej Nilam: RM300 / sebulan
  • Pakej Berlian: RM500 / bulan

Kelebihan Daftar Akaun SSPN Untuk Anak

Antara kelebihan menyimpan di SSPN adalah seperti berikut:

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

Selain SSPN online, ramai ibu ayah juga yang membuat pilihan membuka akaun ASNB online untuk simpanan masa depan anak.

 

SYARAT SYARAT PENYERTAAN SIMPAN SSPN PLUS

Berikut adalah merupakan syarat-syarat pembukaan Simpan SSPN Plus bagi:

  1. Pendeposit
    1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (tertakluk kepada polisi syarikat pengendali takaful yang dipilih oleh pelanggan)
  2. Penerima Manfaat
    1. Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga berumur sebelum mencapai umur 29 tahun
    2. Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja
    3. Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat
    4. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama
    5. Pendeposit wajib mengisi borang potongan gaji/auto debit/direct debit untuk bayaran komitmen bulanan

PAKEJ SIMPAN SSPN PLUS

Berikut adalah merupakan pakej yang terdapat dalan Simpan SSPN Plus

  1. Intan : RM30 (Simpanan SSPN: RM20, Caruman Takaful: RM10)
  2. Delima : RM50 (Simpanan SSPN: RM40, Caruman Takaful: RM10)
  3. Topas : RM100 (Simpanan SSPN: RM90, Caruman Takaful: RM10)
  4. Zamrud : RM200 (Simpanan SSPN: RM180, Caruman Takaful: RM20)
  5. Nilam : RM300 (Simpanan SSPN: RM270, Caruman Takaful: RM30)
  6. Berlian : RM500 (Simpanan SSPN: RM200, Caruman Takaful: RM300)

SYARIKAT PENGENDALIAN TAKAFUL

Sebagai pendeposit anda perlu memilih salah satu syarikat pengedali takaful untuk perlindungan manfaat takaful daripada syarikat berikut:

  1. Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)
  2. Greast Eastern Takaful Berhad (GETB)
  3. Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB)

Cara Daftar Akaun SSPN Secara Online

Di sini kami kongsikan cara daftar akaun SSPN online untuk anak-anak dengan sangat mudah.

1.Buka Laman Web

Untuk mendaftar SSPN online, pergi ke link : https://lovesspn.ptptn.gov.my/

2.Pilih Skim / Pakej

Anda boleh memilih untuk daftar SSPN-i atau SSPN-i Plus, dan klik pada salah satu butang tersebut di SSPN online.

Bagi SSPN-i Plus*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.

*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.

*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.

3.Isi Maklumat Anak / Peribadi

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan dalam SSPN online.

4.Pilih Kaedah Potongan

Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN online.

Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.

Klik ‘Setuju’.

5.Buat Bayaran

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.

(Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)

Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.

6.Pengesahan

Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.

Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.

Lebih mudah dan cepat tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi!

MuDah kan?

Dengan adanya akaun SSPN ini, anak-anak juga akan layak secara automatik untuk mendapat bantuan pinjaman PTPTN apabila menyambung pelajaran nanti.

 

Maklumat Lanjut Tentang SSPN online

Ingin ketahui maklumat tambahan mengenai SSPN online, layari www.lovesspn.com.

Talian hotline SSPN: 03-2193 3000

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/

Artikel Lain : Dividen SSPN

4 thoughts on “SSPN ONLINE 2024(Cara Buka Akaun Simpan SSPN Untuk Anak)”

Leave a Comment